CARA TUKAR SURAT BERANAK LAMA KE BARU- CABUTAN SURAT BERANAK BARU DI JPN.

CARA TUKAR SURAT BERANAK LAMA KE BARU | Pertama kali tukar surat beranak anak masa dia nak buat kad pengenalan pada tahun 2019. Waktu tu proses nya mudah sebab nak tukar dari Maykid Ke IC biru, automatik pegawai JPN akan tukar surat beranak tersebut ke surat beranak baru yang kaler hijau. Tapi macam mana pulak kalau surat beranak orang lama-lama yang lahir tahun 90 an, 80, 70 an dulu nak tukar yang baru?

tukar surat beranak lama kepda baru


Jom kita ketahui prosesnya seperti yang dikongsikan rakan facebook saya ni. Kak Mawarni Sani ni berniat nak menukar sijil kelahiran. Berikut adalah langkah mudah dan apa yang perlu dibawa untuk memudahkan proses menukar surat beranak lama kepada baru.


CARA CABUTAN SURAT BERANAK BARU DI JPN (LAMA TUKAR BARU)

.
Hari ni pegi #JPN
Nak print surat beranak lama kepada yang baru

Okey, saja share cara nya
 
bawa 1 salinan ic (ori dah tentu kita bawak sentiasa)
surat beranak original (tapi tadi staf tak minta tengok pun)
bayar rm5 (bayar guna kad ye)
tunggu sekejap, dah siap

BACA: DARI STREAMYX KE UNIFI TV : PUAS HATI BILA INTERNET LAJU

Boleh print jugak untuk pasangan

Syarat nya
bawa surat nikah ori & salinan
1 salinan ic Wakil yang nak print
bayar rm5 jugak

Surat beranak lama, boleh simpan & frame sebagai kenangan

Setel hal surat beranak

Benda boleh buat, kenapa nak bertangguh

Best pulak tengok surat beranak baru
Cantik. Rasa macam kembali jadi kanak2

 

Proses menukar surat beranak lama kepada baru memerlukan bayaran RM5 dan ianya boleh diakukan bila-bila masa sahaja. Denda untuk surat beranak yang hilang tidak dikenakan. Pemohon hanya perlu membayar rm5 untuk proses buat surat beranak yang baru.

Kita juga tak perlu membuat laporan polis untuk surat beranak yang hilang. Pemohon hanya perlu ke JPN dan menyediakan semua dokumen seperti diatas dan membuat bayaran dan surat beranak yang baru akan dikeluarkan.

Semua warganegara Malaysia diberikan surat beranak atau sijil kelahiran semasa proses mendaftarkan nama anak yang baru lahir. Sijil kelahiran atau surat beranak yang rosak atau hilang boleh dicetak semula di Jabatan Pendaftaran Negara . Semua maklumat tentang pemohon sudah ada dalam sistem JPN jadi proses nya mudah sahaja. Untuk lebih maklumat lanjut boleh lawati laman web JPN https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kelahiran/semenanjung/pen-daftar4a-sm

semoga bermanfaat untuk semua.

Catat Ulasan

0 Ulasan