ALHA ALFA SETTING SPRAY PERFECT FIX | SETTING SPRAY ALHA ALFA BUAT MAKEUP TAHAN LAMA |Dah lebih 2 bulan saya guna setting spray dari Alha Alfa. Saya ni jarang makeup heavy bila keluar. Biasanya makeup simple2 saja. Yang wajib cuma eye shadow, eye liner, lipstik dan loose powder atau pun pressed powder.
Tapi ada masanya perlu juga guna foundation. Bila dah guna foudation ni wajib lah menggunakan setting spray. Setting spray ni tujuan nya adalah untuk buat makeup kita tahan lama. Sebelum ni saya guna setting spray Dazzle Me yang harganya berbelas ringgit saja. Tergerak hati nak cuba setting Spray Alha Alfa walaupun harganya 3 kali ganda dari setting spray Dazzle Me.
Saya tak nak cerita perbezaan dua setting spray ni. Masing-masing ada kelebihan nya. Tapi kalau nak cerita tentang setting spray Alha Alfa memang jauh jurang nya. Saya rasa mungkin saya akan kekal dengan setting spray Alha Alfa terutamanya kalau saya nak keluar dalam cuaca panas di siang hari. Kalau setakat nak keluar sekejap2 boleh la guna setting spray yang murah sikit sebab setting Spray Alha Alfa sesuai untuk kulit berminyak dan juga kulit normal. Alha Alfa Setting spray Review.
Setting Spray Alha Alfa Cosmetics
Lama juga saya nak tunggu stock setting spray Alha Alfa ni. Hampir sebulan menunggu sebab stock tak de. Setting Spray ni ada dua jenis.
- Setting Spray Real Glow
- Setting Spray Real Mate
Untuk Real Glow stock memang sentiasa ada tapi untuk Real mate kena sambar cepat-cepat bila diaorang restock. Laris sangat ye.Saya sendiri pun beli kat agent Alha Alfa sebab dekat HQ memang dah tak de yang Real mate tu. Apa berbezaan Setting Spray Real Mate dan Setting Spray Real Glow?
Setting Spray Real mate khas untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak dan kulit normal. Mana kala Setting Spray Real Glow sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering. Real Glow memberi efect berkilat dan fresh pada wajah. Ianya juga membuat makeup lebih cantik dan menutup kesan kulit kering pada solekan.
Oleh kerana saya guna Setting Spray Real mate , jadi hari ni saya nak review sikit tentang setting spray untuk kulit berminyak dan kulit normal ni.
Setting Spray Real Mate Alha Alfa Cosmetics.
Harga setting spray real mate Alha Alfa ni ialah RM56.90 (agent) manakala kalau korang beli terus di HQ korang akan dapat harga RM47.90. Ianya dalam botol transparent dengan isipadu 50ml. Tak banyak sebab tu jimat-jimat I pakai tau. Kalau nak keluar lama baru saya pakai. Haha.
Cara nak pakai setting spray: saya akan guna setting spray sebelum pakai foundation dan selepas siap makeup. Tapi kalau korang nak spray selepas siap makeup sahaja pun boleh jugak. Tak de masalah pun. Saya suka spray sebelum pakai foundation sebab nak mudahkan foundation tu blend kat muka.
Selepas selesai makeup spray kan ke wajah. Kemudian pastikan wajah korang kena angin supaya setting spray kering. Jarakkan dalam 30cm untuk spray. jangan dekat sangat. Kemudian dah siap..
Tips supaya makeup tahan lama,Lepas satu ke dua jam , kalau muka dah start berpeluh, kipas dulu muka bagi peluh kering kemudian touch up la dengan loose powder atau compack powder. kalau saya, lebih suka guna loose powder sebab loose powder lebih halus . ianya mampu menutup minyak2 di muka.
Gitu je cara saya guna setting spray ni. Setakat ni saya sangat berpuas hati. Bulan lepas saya jalan-jalan di Kedah dari jam 3 petang sampai jam 12 malam. makeup saya memang tak luntur walaupun berpeluh-peluh berjalan sana sini. Bagi saya setting Spray Alha Alfa untuk kulit berminyak ni juga boleh digunakan pada waktu siang dan malam tak kisah korang makeup heavy ataupun makeup ringkas saja.
Kalau tak pakai fouddation pun boleh pakai setting spray ni.
Bagi yang suka makeup, korang wajib ada setting Spray dari alha alfa ni. Harganya memang mahal sikit. Tapi berbaloi la dengan hasilnya dan buat makeup tahan lama.
0 Ulasan