SEE YOU IN MY 19TH LIFE

SEE YOU IN MY 19TH LIFE | See You in My 19th Life  ialah siri televisyen Korea Selatan yang dibintangi oleh Shin Hye-sun , Ahn Bo-hyun , Ha Yoon-kyung , dan Ahn Dong-goo . Drama ini diadaptasi dari webtoon dengan tajuk yang sama oleh penulis Lee Hey, yang diterbitkan di Naver .Ia ditayangkan pada 17 Jun 2023, dan disiarkan di tvN setiap Sabtu dan Ahad jam 21:20 malam.

SEE YOU IN MY 19TH LIFE


See You In My 19th Life diarahkan oleh Lee Na Jeong  yang pernah mengarahkan beberapa drama cinta romantis  seperti Oh My Venus, Love Alarm dan Fight For My Way.

Review See You In My 19th Life

Sepanjang bulan julai ni ada banyak kdrama menarik dan yang paling saya suka adalah drama See You In My 19th Life. Dari pelakon sampai la jalan cerita semuanya saya suka. jalan ceritanya disusun dengan sangat baik.

Walaupun terlalu banyak kisah dalam drama ni tapi mudah je kita faham.Maklum lah, dia ada 19 kehidupan sebelum ni. Mesti lah ada banyak saling kait nya.

see you in my 19th life



Drama ni juga banyak kejutan. Ramai orang suka tonton drama dan filem yang ada plot twist kan? Kalau korang sejenis yang macam tu saya percaya korang akan suka drama ni.

Episod 1 pun dah cukup buat drama ni best. Tambahan pulak dilakonkan oleh Shin Hye Sun dan Ahn Bo Hyun. Lakonan mantap dan penuh emosi. Kalau scene sedih tu memang sedih la. Tak payah scene menangis meraung pun dah buat kita yang tonton ni bergenang air mata.

 
Sebenarnya drama ni bukan tentang cinta semata-mata. Tapi tentang hubungan keluarga. Itu yang buat meruntun hati. Kehilangan ibu, kemudian kehilangan teman baik, kehilangan seorang kakak, kehilangan seorang anak. Memang sedih la. 

Part paling sedih masa Ban Ji Eum intai mak dia di depan pagar rumah. Lepas tu dia bayangkan mak dia datang peluk dia sambil dia menangis teresak-esak. Dengan saya sekali menangis tengok scene tu.


Where to watch Kdrama See You In My 19th Life . Kdrama See You In My 19th Life boleh di tonton di saluran netflix setiap sabtu dan ahad bermula jam 9.20 malam.

Synopsis See You In My 19th Life


Ban Ji Eum adalah seorang wanita yang sudah berulang kali di jelmakan semula selama hampir beribu tahun. Dia boleh mengingati setiap kehidupan nya yang lepas.

Dalam kehidupan nya yang ke 18 dia dikenali sebagai Yoon Ju Won dan mengenali seorang kanak-kanak lelaki, Mun Seo Ha ,dan menjadi  sahabatnya yang paling dia sayangi. Malangnya dia dan Mun Seo Ha terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan dia meninggal dunia.

see you in my 19th life



Mun Seo Ha hilang pendengaran dalam kejadian tersebut dan dia meneruskan kehidupan nya dengan penuh kesedihan dan kesunyian. Dia sukar melupakan Yoon Ju Won.

Pada kehidupan ke 19 Yoon Ju Won yang sudah mati dijelmakan kembali menjadi Ban Ji Eum. Disebabkan kehidupan nya yang ke 18 yang sangat singkat dia memutuskan untuk mencari Mun Seo Ha. Dia tidak menyangka kematian nya menyebabkan kehidupan keluarga nya dan Mun Seo ha sentiasa dalam kesedihan.

Ban Ji Eum berusaha mendekati Mun Seo Ha. Dia bekerja di hotel yang diuruskan oleh Mun Seo Ha dan disinilah dia bertemu kembali dengan adiknya Yoon Cho Won.


Mun Seo Ha seorang lelaki yang dingin dan kesunyian. Dia tidak mesra dengan ayah dan ibu tirinya. Kebencian nya terhadap ibu tirinya sudah bermula sejak dia kecil lagi. Selepas kematian ibunya, ibu tirinya mengambil alih pengurusan hotel membuatkan dia semakin membenci ibu tirinya.

Kehadiran Ban Ji Eum membuatkan kehidupan nya berubah. Adakalanya di merasakan Ban Ji Eum adalah Yoon Ju Woon. Dia seringkali teringatkan Yoon Ju Won setiap kali dia bersama Ban Ji Eum.

See You In My 19th Life Cast

Shin Hye Sun

Ahn Bo Hyun

Ha Yoon Kyung

Ahn Dong Goo

Cha Chung Hwa

Choi Ji Ho

Kim Si A

Jeong Hyun Jun

Bae Hae Sun





Catat Ulasan

0 Ulasan