REVIEW DAN SINOPSIS : HEARTBEAT

REVIEW DAN SINOPSIS : HEARTBEAT |Heartbeat mula disiarkan sejak 26 june lalu dan kini sudah memasuki minggu ke 3 dengan 6 episod. Kdrama seram komedi ini diarahkan oleh Lee Min So yang pernah mengarahkan drama The Secret House pada tahun 2022. Heartbeat merupakan drama lakonan Taecyeon dan Won Ji An.

kdrama Heartbeat


Kedua-dua pelakon ini belum pernah digandingkan dalam mana-mana drama sebelum ini.

Review Heartbeat lakonan Teacyeon 

Saya pun tak tahu macam mana saya boleh lupa nak post tentang kdrama Heartbeat lakonan Taecyeon dan Won Ji An. Drama ni best jugak la. Untuk pengetahuan korang saya memang tak kenal lansung siapa Won Ji An ni. Drama-drama lakonan dia sebelum ni pun saya tak pernah tonton.

Masa episod pertama Hartbeat saya macam " who is this????" . Rupanya pelakon baru. Debut pada tahun 2021. Dia juga akan muncul dalam Squid Games2 nanti.

Kdrama Heartbeat



Heartbeat akan disiarkan 16 episod bermula 26 june. Sehingga artikel ni di tulis drama ni dah masuk episod ke 4. Untuk saya drama ni agak slow diawal episod.
Tapi perlu tonton juga untuk pengenalan watak utama yang kematian kekasih yang sangat dicintai kemudian hatinya masih menunggu kehadiran kekasih yang sudah mati tu.


Jalan cerita berubah bila masuk episod dimana Sun Wo Hyeol bangun sehari sebelum 100 tahun dia tidur. Waktu pertama kali dia bertemu Joo In Hae baru lah jalan cerita menarik dan ada banyak scene lucu.

Sehingga episod ke 4 ni jalan cerita masih boleh di baca. Siapa Joo In Hae dan perasaan Sun Wo Hyeol pada Joo In Hae pun tak buat penonton tertanya-tanya. Awalnya saya rasa macam terlalu awal untuk penulis mendedahkan siapa sebenarnya Joo In Hae tapi saya percaya cerita ni bukan nak jadikan watak Joo In Hae tu misteri. Mesti akan ada sesuatu yang lebih dasyat lagi akan berlaku.


Kdrama Heartbeat

Saya tunggu yang tu. Harap-harap lah!

Where to watch Heartbeat Kdrama 2023. Kdrama Heartbeat boleh di tonton di saluran Amazon Prime Video dan siaran KBS2.

Baca: KING THE LAND

Sinopsis Heartbeat Kdrama Vampire lakonan Teacyeon

Sun Wo Hyeol , Vempire yang berusia beratus tahun. Dia jatuh cinta pada seorang wanita manusia . Namun wanita tersebut mati dan sebelum wanita tersebut mati Wo Hyeol minum darah wanita tersebut untuk mengabadikan wanita itu dalam hati sepanjang hayatnya. Dia yakin wanita tersebut akan kembali lagi.

Wun Wo Hyeol memutuskan untuk tidur selama 100 tahun agar dapat kembali menjadi manusia dan hidup bersama dengan wanita yang dicintainya. Dia tidur didalam keranda yang tersedia didalam rumahnya dengan bantuan 3 pembantunya.

Kdrama Heartbeat


Malangnya sehari sebelum tepat 100 tahun, muncul Joo In Hae dan membuka keranda Wo Hyeol. Wo Hyeol sangat marah kerana dia masih belum menjadi manusia sempurna. Joo In Hae adalah pemilik rumah tersebut dan meminta Wo Hyeol keluar. Namun masing-masing berkeras untuk tinggal didalam rumah itu.

Heartbeat Cast

Taecyeon

Won Ji An

Yoon So Hee

Park Kang Hyun

Yoon Byung Hee

Ko KYu Pil

Baek Hyun Joo

Catat Ulasan

0 Ulasan