REVENANT

REVENANT | Bulan julai ini ada banyak kdrama menarik dan salah satu yang ditunggu-tunggu adalah Kdrama Revenant lakonan Kim Tae Ri dan Oh Jung Se. Revenant adalah drama arahan Lee Jung Lim dan di tulis oleh  Kim Eun Hee.

Revenant


Lee Jung Lim pernah mengarahkan drama popular VIP lakonan Jang Na Ra. Kdrama Revenant mula ditayangkan sejak 23 Jun 2023 dan berakhir pada 29 julai 2023.  

Review Kdrama Revenant lakonan Kim Tae Ri

Dah lama tak tengok kdrama genre seram. Bila dengar Kim Tae Ri Bakal muncul dengan drama baru genre seram memang rasa tak sabar nak tengok. Lagi mantap dia bergandingan dengan Oh Jung Se, pelakon hebat kegemaran ramai.

Sehingga artikel ni di tulis drama ni dah masuk episod ke 4. Setiap episod berdurasi 1 jam dan disiarkan 12 episod sahaja. Walaupun disiarkan 1 jam untuk setiap episod tapi rasa cepatnya drama ni. Memang tak puas la tonton 1 jam. Sebab best sangat.

Revenant


Cuma kalau korang dah biasa tonton drama mistik macam ni korang akan rasa drama ni jalan ceritanya biasa saja. Hantu yang berkaitan dengan sejarah lama muncul dan mendampingi gadis. kemudian gadis tu berusaha menyingkirkan hantu yang ada dekat dia. Simple je kan?

BACA: Battle For Happiness

Tapi cara penulis menyusun jalan cerita dalam drama ni yang buat ianya sangat sedap di tonton. Drama ni tak de la seram macam kita tengok cerita hantu. Dia cuma drama misteri yang disebaliknya ada kes-kes bunuh diri. Imej hantu tu sendiri tak di tunjuk kan pun. Cuma bayang-bayangnya sahaja yang kita tengok.

Kes-kes bunuh diri tu  lah yang ditekan kan dalam drama ni dan mereka mencari punca kes-kes tersebut dan membawa kepada kemunculan hantu syaitan dalam drama ni.

Saya tak rasa drama ni nak tonjolkan babak seram dan menakutkan. Sebab memang tak seram lansung. Usaha mereka untuk mengetahui cara bagi menghapuskan hantu tersebut yang buatkan drama ni sangat menarik. Apa pun korang wajib tonton drama ni.

Sinopsis Kdrama Revenant lakonan Kim Tae Ri dan Oh Jung Se

Gu San Yeong seorang pelajar yang melakukan banyak pekerjaan sambilan dan tinggal menyewa bersama ibunya selepas kedua ibu bapanya bercerai. Satu hari ibunya mendapat berita bahawa ayahnya sudah meninggal dunia. Sewaktu Gu San Yeong dan ibunya melawat mendiang ayahnya, nenek Gu San Yeong menyerahkan satu hiasan rambut kepada nya.

Revenant


Ibu Gu San Yeong menyedari anaknya memegang sesuatu dan melarang Gu San Yeong mengambil hiasan rambut tersebut dan mereka bergegas pulang. 

Selepas kejadian tersebut Gu San Yeong mendapat berita lelaki yang pernah menipu wang nya, telah ditemui mati. Gu San Yeong tidak mengesyaki apa-apa sehingga lah dia menemui Yeom Hae Sang, seorang pensyarah yang mengajar tentang budaya dan sejarah korea di sebuah university. Yeom Hae Sang juga mampu melihat hantu sejak dia kecil lagi.

Yeom Hae Sang memberitahu Gu San Yeong bahawa ada hantu yang mendampingi Gu San Yeong. Dia juga mengatakan sesiapa sahaja yang Gu Sa Yeong benci akan mati. Pada awalnya Gu San Yeong tidak mempercayai. Namun selepas melihat beberapa orang yang mempunyai kaitan dengan nya mati secara tiba-tiba dia menyedari ada benarnya kata-kata Yeom Hae Sang.

Sejak itu Gu San Yeong dan Yeom Hae Sang mula mencari tahu tentang hantu yang mendampingi Gu San Yeong. Tambahan pula hantu yang mendampingi Gu San Yeong adalah hantu yang pernah membunuh ibu Yeom Hae Sang ketika dia masih kecil.

Revenant


Revenant Cast

Kim Tae Ri

Oh Jung Se

Hong Kyung

Park Ji Yong

Kim Won Hae

Jin Sun Kyu

Ye Soo Jung

Catat Ulasan

0 Ulasan