PENGALAMAN GUNA INSTANT PORE FIX PRIMER DARI SILKYGIRL

PENGALAMAN GUNA INSTANT PORE FIX PRIMER DARI SILKYGIRL | Dulu saya memang tak de masalah pori besar tapi sejak dah berumur ni pori besar ni mula menjadi masalah dalam hidup saya terutamanya bila saya nak makeup.

Pore fix primer silkygirl


Saya perasan pori besar pada muka saya ni bermula masa umur 40 lebih. Kemudian saya pulak sejenis yang makan je apa yang terhidang. Memang tak de pantang larang. Macam tu lah jadinya bila yakin diri tu akan cantik seumur hidup. Terlupa yang kecantikan tak kan kekal lama kalau tak di jaga.

Bajet macam kau canteeeekkkkk je sebelum ni!! Hahahah

Ok sambung cerita pasal pore aku yang sukar dikawal ni.Jalan-jalan kat watson saya nampak la Primer kecil molek dari Silkygirl ni. Tapi tengok harga macam sayang je duit. Hahaha. Nak cantik tapi kedekut tu biasa ye. Sampai la baca kat twitter ada yang kata barang makeup kat tiktok lagi murah dari kita beli kat watson or guardian. 

pore fix instant Primer silky girl


Apa lagi..Kita pun terus buka tiktok. Sekali tengok harga dia cuma rm18 sebab masa tu ada Live Silkygirl. Kalau beli masa dia buat live dapat la harga rm18 tu. Kalau tidak dapat harga rm22 ni. Tapi kalau beli kat drug store lagi mahal tau dari ni. Kalau tak salah saya dalam rm25 atau rm26.

pore fix instant Primer silky girl


Memula risau juga takut-takut kalau barang fake. Tapi bila tengok akaun yang jual tu adalah official silkygirl punya akaun terus saya order.

Tak sampai 2 hari primer kecil molek dah sampai.

Review Pore Fix primer Silkygirl

Biasanya sebelum makeup lepas pakai sunscreen saya terus je pakai foundation. Dah terbiasa kan? Lepas beli primer silkygirl ni, beberapa kali jugak la saya terlupa nak pakai primer. Geram betul rasa sebab sayang la foundation tu. kan??

pore fix instant Primer silky girl



Pasrah je saya ni cuci semula muka dan prep muka semula kemudian pakai primer. Tapi makin lama makin terbiasa sudah pakai primer sebelum pakai foundation. Jadi primer ni dah dikira benda wajib pakai sebelum saya pakai foundation. primer paling berkesan untuk pori besar.

pore fix primer silkygirl
Gambar pori besar tanpa primer (kiri) . Gambar  (kanan) selepas pakai primer dan makeup.

Perasan tak gambar diatas ni. Bila dah pakai primer , solekan  jadi cantik, smooth dan pori kat muka pun tak nampak langsung. 

Siapa yang tak tahu macam mana pori besar tu boleh tengok gambar ni. Biasanya pori besar di sekitar bahagian bawah pipi. Kat tepi hidung. Kalau pori besar dibelah kiri , di kanan pun mesti pori besar jugak.

Kalau tak pakai primer, beberapa jam lepas makeup memang jelas sangat nampak bertompok kat bahagian pipi tu sebab foundation kat situ dah tak mampu nak tutup pori besar tu. Awal-awal dia mampu la. Tapi bila start muka berminyak, lubang-lubang pori tu dari jauh dah jelas nampak.

Tak cantikkk!! nampak lebam. kalau bahagian dahi boleh juga samar2 kan dengan tudung tapi ni bahagian pipi. Wajib pakai primer.


Instant Pore Fix Primer Silkygirl


Primer ni tak berminyak tau. Dia jenis mate. Memang sesuai la kalau korang ada kulit berminyak. Warna pink sama macam warna tiub dia. Picit sikit je pada tempat yang pori besar tu.

Gambar pori besar dan lepas makeup
sebelum blend pada kulit



Ni saya picit kat tangan. Picit banyak ni je untuk pipi kiri. dan kuantiti yang sama untuk  pipi kanan. Lepas tu blend kat muka.

Gambar pori besar dan lepas makeup
selepas blend pada kulit



Gambar sebelum kita blend  (atas ) dan selepas kita blend. Boleh nampak tak perbezaan dia. Selepas blend kulit jadi smooth dan tak de lubang-lubang kan? Macam tu la efek dia pada muka kita.

Bila pakai primer ni makeup kita akan lebih tahan lama, kulit nampak gebu-gebu macam tu.  Saya memang suka sangat dan puas hati la dengan primer dari Silkygirl ni. Berbaloi beli. Walaupun tiub kecil je tapi tahan lama. Lagi pun saya jarang makeup. Seminggu sekali dua je makeup pun. Kalau korang makeup hari-hari pun sesuai guna primer ni sebab gunanya sikit saja.




Saya sendiri guna primer ni pada bahagian yang pori besar je. Korang kena kenal pasti dulu lah tempat-tempat yang pori besar.Lebih jimat kalau buat macam tu. Macam mana, Cantik tak saya??Hahah..


Catat Ulasan

0 Ulasan