PENGALAMAN GUNA FOUNDATION FULL COVERAGE ALHA ALFA - LUMINOS SILK FOUNDATION ROYAL PROPOLIS FOUNDATION

PENGALAMAN GUNA FOUNDATION ALHA ALFA - LUMINOS SILK FOUNDATION  ROYAL PROPOLIS FOUNDATION  | Alhamdulillah baru-baru ni saya ada beli foundation Alha Alfa. Mula-mula tengok adik saya pakai foundation Alha Alfa. Nampak best foundation dia. Terus anak saya kata nak beli foundation tu. Dia minta kat ayah dia , ayah dia pun ok je, suruh beli. Dapat lah ibu tumpang pakai. Hiphip horey!!

Review alha alfa foundation
Abaikan makeup tak siap ni ye. Maskara tak pakai , eyeliner pun tak siap. Fokus kat foundation saja. 

Mula-mula nak cerita pasal harga lah. Harganya memang mahal sikit la. Lagi pula saya beli dari agen Alha Alfa. Korang boleh beli dekat website alha alfa, shopee dan juga tiktok. Mungkin akan dapat harga murah sikit dari saya beli kat agen ni. Harga beli kat agen Alha Alfa : Harga RM59. 90. Harga Alha Alfa propolis foundation. Alha Alfa foundation price.

Tapi aku saran kan korang beli masa live Tiktok untuk dapat harga murah sikit. Cuma kelemahan beli kat Tiktok ni ialah barang lambat sampai. Yang beli tu ramai jadi proses penghantaran untuk tiktok customer memang ambil masa sikit. Untuk website sama je harga dengan korang beli at agen. Jadi saya rasa kalau nak harga yang sama dengan website baik beli kat agen. Barang sampai on the sport depan mata. Kalau sanggup tunggu boleh beli online saja. best full coverage matte foundation

BACA: Moisturizer Terbaik untuk kulit berminyak dan berjerawat

Review Alha Alfa Foundation

Sebenarnya saya mula tertarik nak guna foundatin AA ni masa tengok anak saya makeup dengan maksu dia la. Maksu dia guna foundation AA. Lepas anak saya apply kat muka nampak elok sangat . Memang foundation full coverage. Tak bercapuk dan senang nak ratakan. Tapi yang maksunya guna tu foundation AA yang botol lama. Foundation Alha Alfa terbaru:

Alha Alfa Foundation


Minta kat suami nak belikan untuk anak foundation AA, suami ok je sebab saya cakap saya pun nak pakai sama. 
 . best full coverage foundation for mature skin

Apa yang saya boleh katakan foundation ni memang sangat best. Nak tahu apa yang best jom saya cerita sikit. 

Pertamanya ialah teksturnya tak cair tak pekat. Senang nak blend dengan code lain dan ratakan di muka. Kalau guna jari saja pun cantik. Tapi guna brush atau span lagi lawa. Foundation ni juga kalau nak basuh kena cuci betul2. Takat siram2 air tu memang tak jalan. Sebab dia waterproof foundation.  alha alfa waterproof foundation review. best full coverage foundation for oily skin.

Foundation alha alfa


Saya guna code 50 Ficus. Code ni untuk korang yang ada kulit nak kearah tanned. Kalau korang kulit cerah, boleh pilih code 40, 30 20. Semua code lawa-lawa tau. Nanti kalau ada rezeki boleh beli code yang gelap lagi sebab saya suka blend2 foundation. best full coverage foundation 2023

Saya ni suka tukar-tukar colour foundation. Kadang-kadang rasa nak kulit gelap sikit. Kadang-kadang nak kulit cerah-cerah. Tak la orang nampak sama je hari-hari. Sebab tu kadang-kadang nampak saya macam cerah, kadang nampak gelap. Heheh. Alha Alfa foundation review.hd full coverage foundation

Rasa bersyukur juga ada kulit yang tak gelap tak cerah macam ni. Boleh guna code foundation atas pagar. hahaha..

Foundation Alha Alfa

Foundation ni ada dua jenis. Satu untuk kulit berminyak dan satu lagi untuk  kulit kering. Disebabkan kulit saya ni kulit orang tua tapi kulit saya jenis norma dan anak saya pulak ada masalah kulit kering di bahagian dahi dan hidung jadi sangat sesuai la untuk guna yang ni. Kalau korang ada kulit berminyak boleh ambil yang botol tinggi tu.best full coverage foundation for combination skin

Foundation ni memang full coverage tau. Tengok gambar di bawah ni, saya punya bekas-bekas jerawat tu pun hilang. Biasanya saya pakai 1 setengah pump saja. Tu pun dah cukup untuk cover bekas-bekas jerawat dan parut hitam.

Tapi kalau jerawat jenis timbul tu, kesan timbul tu masih nampak la walaupun samar-samar saja. Dekat bahagian pori kulit yang besar tu korang blend dulu foundation kat situ guna jari supaya foundation dapat tutup pori tu. Tapi nak lagi bagus apply dulu primer sebelum pakai foundation.

Alha alfa foundation

Yang dalam gambar atas ni saya pakai tak sampai 1 pump. Saya tekan tak habis pun.Sebab nak tunjuk contoh sebelum dan selepas pakai je. Primer pun tak pakai sebab saya nak tunjuk betul2 rupa macam mana kulit korang lepas pakai foundation ni.

Tapi kalau untuk pakai makeup keluar berjalan saya pakai 1 setengah pump. Kadang blend dengan code lain juga untuk dapatkan tone colour yang lain. Yang dalam gambar ni , tak sampai 1 pump pun boleh cover bekas jerawat kat dagu tu tau.


Saya suka pakai foundation guna brush sebab malas nak basahkan span. Kalau pakai foudation guna span elok span tu di basahkan dulu. Lepas tu pastikan span tu lembab dan tak berat dengan air. perah la span tu sampai hilang air nya. Baru guna untuk dap2 foundation. Foundation lebih senang di ratakan. Tapi kalau guna foundation AA ni tak payah basahkan span pun , foundation korang perfect. 

Nak lagi mantap sapu argan oil dulu kat muka sebelum apply foundation. Lagi meletop.

Saya dah guna foundation ni sebulan dah. Paling lama makeup saya tahan ialah 8 jam. foundation tak capuk-capuk.Tak crack langsung. Sesuai kalau korang nak makeuop outdoor. 

Ni adalah code foundation Alha Alfa. Boleh dikatakan ada untuk semua tone kulit. alha Alfa foundation code: 


alha Alfa foundation code



Tips makeup tahan lama dan tak bercapuk.


Ada beberapa step yang korang kena buat kalau korang nak makeup korang tahan lama, dan tak bercapuk walaupun korang kena panas. 

foundation Alha Alfa

1. Prep muka dengan betul. Untuk orang yang simple macam saya ni , saya prep muka senang je. Mula-mula cuci muka ---> pakai moisturizer ---->pakai sunscreen. Pastikan setiap skincare yang korang guna dah kering dan meresap ke kulit baru korang apply sincare yang lain. jangan pulak moisturizer belum kering korang dah pakai sunscreen. Sabar sikit..


2. Apply setting spray sebelum apply foundation. Lepas je pakai primer saya suka pakai setting spray dulu. Kasi kering kejap kemudian baru pakai foundation.nanti dah siap makeup kita sembur setting spray sekali lagi.

3. Loose Powder adalah penyelamat.  Bila korang keluar bawa loose powder kemana sahaja. Setiap kali korang rasa makeup korang dah tak cantik, pakai loose powder. Apply di bahagian yang korang rasa nampak berpeluh dan berminyak. Cara ni akan buat makeup korang boleh tahan 12 jam.

4. Jangan sentuh makeup guna tangan. Kadang-kadang memang rasa nak kuis-kuis sikit peluh kat muka. Jangan!!!!! Pergi tempat yang ada angin atau kipas2 sikit muka untuk keringkan peluh. kemudian apply loose powder. Selesai masalah.

Sayangi lah makeup korang. makeup pun guna masa dan wang tau. Jadi jangan bazirkn makeup korang tu. Silap langkah baru 1 jam makeup dah habis rosak makeup korang yang cantik tu.

Catat Ulasan

0 Ulasan