REVIEW DAN SINOPSIS : BLOODHOUNDS

REVIEW DAN SINOPSIS : BLOODHOUNDS |Selepas Joseon Attorney: A Morality.  Woo Do Hwan tak menunggu lama untuk membuat penonton tak berhenti menyebut namanya. Kalini Do Hwan membintangi Bloodhounds yang sedang bersiaran di Netflix sejak 9 june lalu.

Bloodhounds


Drama ini di adaptasi dari web comic berjudul Sanyanggaedeul yang diterbitkan pada tahun 2019 oleh Jung Chan. Selain Do Hwan drama ni turut dibintangi oleh Lee Sang Yi, Choi Si Won, Park Sung Woong, Heo Jun Ho dan ramai lagi.

Drama dengan genre penuh aksi ini pernah hangat diperkatakan apabila salah seorang pelakon terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kerosakan teruk pada peniaga dikawasan tersebut. Kim Sae Ron dikatakan memandu dalam keadaan mabuk dan dia membuat permohonan maaf serta mengumumkan akan menarik diri dari projek drama ini. Namun kemunculan Kim Sae Ron dalam drama ini sangat mengembirakan peminat-peminatnya.

BACA:  REVIEW DAN SINOPSIS : CRASH COURSE IN ROMANCE 

Review Bloodhounds Kdrama On Netflix

Drama ni cuma ada 8 episod sahaja tapi cukup memberi kepuasan pada yang menonton. Saya paling suka dengan persahabatan antara  dua pelakon utama dalam drama ni. Mereka serasi sejak awal lagi dan terus menjadi kawan. Betul la orang kata lelaki sesama lelaki mudah jadi kawan baik. Tegur sikit, ajak minum terus boleh kamcing.

Bloodhounds


Babak aksi dalam drama ni memang sangat terbaik. Nampak real dan mendebarkan. Aksi tinju Do Hwan dan Lee sang yi memang boleh dipuji. Ada satu babak di episod 4, masa tu boleh nampak Do Hwan punya badan ketak-ketak. Berbeza sangat dengan dia didalam drama Joseon Attorney. Saya harap lepas ni Do Hwan boleh terlibat dengan banyak lagi drama aksi macam ni yang lebih sesuai dengan dia.

Cerita ni tentang penipuan dari sebuah syarikat ceti. Jadi memang babak aksi , samseng bertarung ramai-ramai tu memang ada la. Benda biasa yang selalu kita tengok dalam banyak drama korea. 

Yang tak best tentang drama ni ialah bila masuk episod 6 kau terus rasa semangat kau hilang. Perasaan menonton macam roller coster , jatuh menjunam bila ada satu kejadian yang membuatkan 2 watak utama terpaksa mengharunginya tanpa apa2 sokongan. Perasaan tu memang tak best la. 

Watak Hyeon Ju yang hilang tiba-tiba dipertengahan cerita buat saya tak puas hati jugak. Mungkin ini ada kaitan dengan kes kemalangan ketika mabuk yang dialami oleh Kim Sae Ron . Mungkin... Ini sedikit sebanyak buat jalan cerita tak berapa kuat dan mengelirukan.

Where to watch this kdrama? drama ni korang boleh tonton di Netflix kerana ianya sudah ditayangkan sejak 9 jun lalu.

Sinopsis Bloodhounds Kdrama on Netflix

Bloodhounds mengisahkan 2 sahabat yang memburu penjahat yang menipu dengan memberi pinjaman kepada peniaga kecil ketika covid melanda dunia. Kim Gun Woo dan Hong Woo Jin adalah petinju yang kemudian nya menjadi sahabat baik sebaik selepas mereka selesai bertarung di gelanggang.

bloodhounds


Ibu Gun Woo menjadi mangsa penipuan satu sendiket yang memberi pinjaman dengan kadar bunga yang sangat tinggi. Sekumpulan samseng datang ke kedai nya dan mengugut ibu Gun Woo. Disebab kan Gun Woo ingin menyelamatkan ibunya, dia dipukul dan wajahnya di kelar ketua samseng tersebut iaitu Kim Myeong Gil yang juga ketua kepada sebuah syarikat memberi hutang.

Woo Jin menghubungi kenalan nya untuk membantu Gun Woo mendapatkan pinjaman, Namun mereka dipertemukan dengan Presiden Choi, seorang lelaki yang pernah menjalankan perniagaan pinjaman wang satu masa dulu. Tapi sekarang Presiden Choi hanya memberi pinjaman tanpa mengenakan sebarang faedah kepada peminjam. Dia dibantu cucu perempuan nya, Hyeon Ju.

Presiden Choi risau dengan keselamatan cucunya. Dia mengupah Gun Woo dan Woo Jin untuk membantu melindungi cucunya yang sering keluar memburu Yang Jae Myeong, seorang penipu yang juga bekerja untuk Kim Myeong Gil.

Ketika keluar mengintip Yang Jae Myeong identiti mereka terdedah dan orang-orang Kim Myeong Gil mula memburu Gun Woo, Woo Jin dan Hyeon Ju. 

Bloodhounds Kdrama Cast 

Woo Do Hwan 

Lee Sang Yi

Heo Jun Ho

Kim Sae Ron

Park Sung Woong

Lee Hae Young

Ryu Soo Young

Ha Soo Ho

Jo Wan Ki

Catat Ulasan

0 Ulasan