KING THE LAND

REVIEW DAN SINOPSIS : KING THE LAND | Kdrama King The Land di siarkan bermula 17 June lalu dan episod terakhir akan ditayangkan pada 6 Ogos depan. Drama ini dilakonkan oleh Lee Joon Ho dan Yoona. Drama romantic comedy ini boleh di tonton di saluran Netflix.

King The Land netflix


2 bintang idola Kpop ini memang mempunyai peminat tersendiri dan rata-rata peminat sangat menyukai gandingan mereka. Lee Jun Ho adalah salah seorang ahli 2PM manakala Yoona adalah anggota Girl Generation .Ketika pengambaran drama ini mereka juga dilihat sangat akrab walaupun dibelakang kamera dan ini lah yang membuatkan keserasian mereka menyerlah didalam drama ini.

Review King The Land Kdrama On Netflix 

Walaupun drama ni ditayangkan sejak 17 june tapi saya baru tonton drama ni pada hari ni 22 June sebab poster drama ni nampak drama ni macam biasa-biasa saja. Tak menarik dan saya anggap drama ni sama je macam drama cinta romantik komedi tahun 2015- 2018.

BACA: REVIEW DAN SINOPSIS : BLOODHOUNDS

Ternyata jangkaan saya sangat tepat. Drama dengan jalan cerita klise.Watak lelaki utama : kacak, dingin, kaya dan ada trauma. Watak perempuan utama: cantik, penuh keyakinan, kerja dibawah watak lelaki utama. 

King the land


Korea tetap buat drama macam ni sebab diaorang tahu drama macam ni memang ada peminatnya. Tambah pulak dilakonkan oleh 2 bintang idola kpop popular. Kalau kat Malaysia drama suami curang menjadi kegemaran ramai, di Korea drama lelaki kaya dan dingin jatuh cinta dengan perempuan biasa menjadi kesukaan ramai.

Saya bukan lah tak suka dengan drama macam ni tapi sebab terlalu banyak jalan cerita macam ni saya anggap ianya biasa-biasa sahaja. Tapi drama macam ni akan jadi menarik jika babak lucu tu betul-betul lucu. Tapi untuk drama King The Land saya belum nampak lagi babak lucu. Jadi bagi saya drama ni agak bosan sedikit.

Ada sesuatu yang saya suka dengan drama ni ialah bila ada satu babak dimana Gang Da Eul minta staf-staf dia hentikan sikap mengambil kesempatan pada staf-staf baru. Yang ni saya suka sangat. Saya dah meluat tengok drama yang asyik tunjuk budaya mengampu atasan dan menjadikan orang bawahan sesuka hati mereka.

King The Land


Saya harap ada banyak drama yang tekan kan isu ni dalam drama mereka sebab saya tahu benda ni dah jadi macam budaya kerja di korea. Ada yang sampai ketuk kepala, sepak kaki. Sangat tak best tonton drama macam ni.

Untuk 2 episod awal saya katakan drama ni biasa-biasa sahaja. Tak ada yang menarik. Bulan ni ada 2 drama yang berkaitan hotel. Selain King The Land, drama See you in My 19th Life (SYIM19L) juga sedang on going. Nanti saya review Drama ini ye . Bagi saya Drama SYIM19L lebih menarik jalan cerita nya.

Sinopsis King The Land Kdrama On Netflix

King The Land mengisahkan Gu Won yang tidak suka melihat orang tersenyum kerana bagi nya semua senyuman adalah palsu. Dia mempunyai kisah pedih ketika kecil hingga membuatkan dia tidak suka melihat orang tersenyum padanya. Gu Won berasal dari keluarga kaya dari King Group.

King The Land


Bapanya mahu dia bekerja di King Group namun kakak nya Hwa Ran tidak menyukai Gu Won terlibat dengan urusan King Group.Dia tidak mahu King Group jatuh ke Gu Won.Demi mengikut kata ayahnya, Gu Won memilih untuk menguruskan Hotel King. 

Cheon Sa Rang seorang gadis yang mempunyai kenangan manis waktu kecil dimana dia menginap di sebuah Hotel yang sangat cantik bersama ibunya. Sejak itu dia bercita-cita untuk bekerja di hotel. Dia diterima bekerja di King Hotel dan disebabkan prestasinya yang baik dia kerap dipilih sebagai pekerja terbaik. Sebagai seorang yang bekerja di barisan hadapan King Hotel Sa Rang sudah dilatih untuk sentiasa tersenyum.

king The land


Namun Gu Won tidak suka melihat Sa Rang tersenyum dan selalu mempertikaikan senyuman Sa Rang yang dianggap palsu. Sering kali terjadi salah faham antara mereka namun Sa Rang tetap bersabar dengan sikap Gu Won.

Cast King The Land

Lee Joon Ho

Yoona

Go Won Hee

Kim Ga Eun

An Se Ha

Kim Sun Young

Kong Ye ji

Catat Ulasan

0 Ulasan