10 DOA TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK AGAR BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

10 DOA TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK AGAR BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT |  Mendidik anak-anak kearah mencintai agama adalah tanggungjawab kedua ibu bapa dan ahli keluarga. Ketaatan terhadap agama perlu dididik dan ianya tidak akan diwarisi jika tidak diajar sejak kecil dan dijadikan amalan seharian.

Doa-doa terbaik


Selain dari menunjuk kan contoh yang baik berbagai perkara harus dititik beratkan dalam mendidik anak-anak. Anak-anak bagaikan sehelai kain yang putih bersih. Kita yang mencorak kan anak-anak kita dengan apa yang akan mereka bawa didalam diri mereka. Jika baik corak nya , cantik la ia, dan jika buruk, buruk lah ia.

Mendidik anak-anak juga memerlukan kesabaran yang tinggi. Dengan disertakan doa dan usaha pasti Allah melindungi anak-anak kita dari apa-apa perkara buruk. Berdoalah dengan sepenuh hati dan ikhlas. Jadikan doa dan zikir sebagai amalan harian.

Berikut adalah doa-doa terbaik untuk anak-anak agar berjaya dunia dan akhirat yang boleh dibacakan untuk anak-anak sejak dari mereka kecil sehingga dewasa.

BACA: DOA DAN TIPS SUPAYA ANAK RAJIN SOLAT

Doa-doa terbaik Untuk Anak-anak

1. Doa agar anak mudah menghafal alquran . Doa ini dibaca oleh Nabi Muhammad SAW untuk Abdullah Ibnu Abbas atau dikenali sebagai Ibnu Abbas. Doa -doa untuk anak.


اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

(Allahumma faqqihhu fiddin wa a’llimhuttakwil)

“Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”



2. Doa agar anak murah rezeki. Doa ini dibacakan oleh Nabi kepada Anas Bin Malik.

اللَّهُمَّ ارْزُقْهُ مَالًا، وَوَلَدًا، وَبَارِكْ لَهُ 

Allahummar zuqhu maalan, wawaladan, wabaarik lahu 

“Ya Allah, tambahkanlah rizki padanya berupa harta dan anak serta berkahilah dia dengan nikmat tersebut.”


3. Doa agar anak pandai belajar dan bijak.  Bacakan ayat dari surah Ar-Rahman ayat 1-4 ketika anak sedang tidur. Letak kan tangan di ubun-ubun anak dan baca ayat ini.


(1) اَلرَّحْمٰنُۙ

Ar Rahmaa

(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.


(2) عَلَّمَ الْقُرْاٰنَۗ

‘Allamal quran

Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.


(3) خَلَقَ الْاِنْسَانَۙ

Khalaqal insaan

Dia lah yang telah menciptakan manusia


(4) عَلَّمَهُ الْبَيَانَ

‘Allamahul bayaan

Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.


4. Zikir untuk anak sebelum ke sekolah. Bacakan zikir ini  dengan khusyuk sambil memegang kepala anak sebelum anak keluar ke sekolah. Semoga Allah menjaga dan melindungi anak-anak kita sebagaimana Allah menjaga orang-orang soleh. Doa dan zikir untuk anak dalam kandungan.

 يَا حَفِيظُ
Ya Hafidz

Maha Menjaga

 يَا مُهَيْمِنُ
Ya Muhaimin

Maha Melindungi



5. Doa agar mendapat anak menjadi baik . Doa ini boleh dibaca bagi mereka yang ingin mendapat anak.Doa untuk bayi.  (Surah Al Imran Ayat 38)


doa mendapat anak



Rabbi habli milla dunka dhurryatan tayyiba innaka samiud du`a’

Maksud: ” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan


6. Doa agar anak diberikan rahmat dan zuriat keturunan dilindungi Allah. Doa untuk anak sakit. Doa ini dipetik dari surah Al-Ahqaaf Ayat 15

doa untuk anak


“Rabbi Auzi’ni An Asy-kura Ni’matakal-lati An ‘Amta `Alayya Wa `Ala Waalidayya Wa An A’mala Solihan Tardoohu Wa Adkhil-Nii Bi Rohmatika Fii `Ibaadikas-Soolihiin”

Maksudnya: …Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).


7. Doa agar anak lembut hati. Doa ini dibacakan bersama dengan anak-anak. Surah As-Syuura Ayat 19

doa untuk anak



Allahu Latifun bi ‘ibadihi, yarzuqu man yasha’u, wa huwa l’-Qawiyyu l-‘Aziz”

Maksudnya: Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.


8. Doa agar anak rajin solat. Doa untuk anak berjaya dunia dan akhirat. Surah Ibrahim Ayat 40

Doa untuk anak



Rabbij alni muqiimassolati wamin dzurriyatii. Rabbana wataqobbal duaa’.

Maksudnya: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

9. Doa agar anak menjadi penyejuk mata . Surah Al-Furqan Ayat 74)

Doa untuk anak



“…Rabbana hab lana min azwaa jina wa dzurriyyaatinaa qurrata a’yuun. Waj alna lil muttaqiina imaamaa.”

Maksudnya: …Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.


10. Doa agar anak mentaati perintah Allah. Surah Al-Baqarah Ayat 128



Doa untuk anak

“Rabbana waj alna muslimaini laka wamin dzurriyatinaa ummatan muslimatan laka wa arinaa manaa sinakaa watub alaina. Innaka anta tawwabur rahiim.”

Maksudnya: Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Tags:

doa untuk anak lelaki
doa untuk anak berjaya dunia dan akhirat
ucapan doa untuk anak perempuan
doa untuk anak pandai belajar
ayat untuk anak lelaki
ayat untuk anak perempuan
ayat untuk anak tersayang
doa untuk anak perempuan

Catat Ulasan

0 Ulasan