REVIEW DAN SINOPSIS : BO-RA DEBORAH. TRUE TO LOVE

REVIEW DAN SINOPSIS : BO-RA DEBORAH. TRUE TO LOVE | Saya sangat suka dengan drama-drama lakonan Yoo In na. Selain dari cantik dia juga sangat kelakar dan bersahaja. Begitu juga dalam drama Bo - Ra! Deborah ( True To Love) yang disiarkan sejak 12 April lalu. Lakonan Yoo In Na dalam drama ni sangat menyentuh emosi dan mencuit hati.

Bo Ra Deborah


Walaupun jalan cerita nya klise tapi ianya apa yang dipaparkan dalam drama ni adalah reality yang dialami oleh kebanyakan dari kita. Putus cinta, menangis sedih sampai berhari-hari. Diselitkan isu scammer yang bagi saya sangat bagus juga sebagai peringatan untuk penonton.

Bila tengok babak menangis putus cinta tu memang terkenang pulak dengan diri sendiri zaman baru kenal jantan. Hahaha.

Bagi saya drama ni bukan sahaja drama cinta tapi juga ada banyak yang kita boleh contohi dalam tempoh kita menjalinkan hubungan dengan seseorang. Banyak tips, nasihat dan perkongsian bermanfaat yang kita boleh guna pakai.

Saya juga suka dengan cara Bo Ra melepaskan perasaan nya. Selepas berhari-hari dia menunjuk kan rasa kecewa dia bangkit semula dengan satu rasa yang lebih fresh demi keluarga dan dirinya sendiri. Semuanya atas dorongan emangat dari orang sekelilingnya.

BACA: REVIEW DAN SINOPSIS : EXTRAORDINARY  ATTORNEY WOO

Itu sebab bila kita sedang dalam keadaan jatuh terduduk penting untuk kita berada disamping orang-orang yang menyokong kita dan memberi kita semangat untuk kita cepat move on dan  meneruskan kehidupan kita.

Sinopsis Bo - Ra ! Deborah ( True To Love)

Bo Ra seorang penulis buku yang menggunakan nama Deborah. Dia menulis tentang Kepakaran nya adalah tentang cara menjalinkan hubungan cinta. Banyak Nasihat-nasihat berguna dari Deborah dijadikan inspirasi peminat-peminatnya. Dia juga dijemput dalam rancangan radio yang berkongsi tentang menjalinkan hubungan  agar hubungan lebih erat. Bo Ra merasakan dia adalah wanita yang bahagia kerana mempunyai kekasih yang baik dan mahu pendengar dan peminatnya juga mencontohinya.

Bo Ra Deborah


Malangnya , kekasih Bo Ra berlaku curang dan Bo Ra sangat kecewa. Dia menangis berhari-hari seperti orang yang sudah putus asa untuk hidup. Dia malu kerana selama ini dia banyak memberi nasihat tentang cinta tapi perjalanan cintanya sendiri kecundang ditengah jalan.

Lee Su Hyeok seorang penerbit buku. Syarikatnya bercadang untuk menerbitkan buku karya Bo Ra. Dia selalu menganggap nasihat-nasihat dari Bo Ra adalah nasihat yang berat sebelah dan tidak boleh dipakai. Ini disebabkan dia sendiri ditinggalkan kekasihnya kerana kekasihnya mendengar nasihat Bo Ra di siaran radio.

Tapi setelah mengetahui Bo Ra dicurangi kekasihnya dia turut bersimpati dengan nasib Bo Ra. Dia memberi Bo Ra kata-kata semangat pada Bo Ra. Dia mencadangkan pada Bo Ra agar menulis tentang hubungan cinta yang sudah putus agar Bo Ra kembali menulis. 

Baru sahaja ingin memulakan hidup baru Bo Ra dan adiknya menjadi mangsa penipuan scammer online yang membuatkan mereka kehilangan wang yang mereka patut gunakan untuk membayar deposit rumah.

Bo Ra ! Deborah


Bo - Ra ! Deborah ( True To Love) Cast

Yoo In Na

Yoon Hyun Min

Joo Sang Wook

Sojin

Chansung

Kim Ye Ji

Catat Ulasan

0 Ulasan