CARA CONTACT UNIFI UNTUK MASALAH WIFI

CARA CONTACT UNIFI UNTUK MASALAH WIFI | Wifi memang dah jadi 1 keperluan di zaman sekarang. Bagi keluarga saya,  kami banyak menggunakan wifi dirumah. Tv dan radio pun menggunakan wifi. Anak-anak juga menggunakan wifi untuk print kertas, contact kawan-kawan untuk belajar dan berhubung. Jadi kalau sambungan wifi unifi terputus memang menjadi satu masalah besar dan apa yang perlu dilakukan ialah segera contact operator unifi.

wifi router rosak


Baru-baru ni pada 1 mei berlaku ribut petir sekitar Pulau Pinang menyebabkan  banyak pokok tumbang termasuk la dikawasan rumah saya. Pokok tu depan rumah saya je. Jam lebih 12 tengah malam bergelap la rumah kami. Cuma anak sulung je ada dirumah.

Saya dan suami dalam perjalanan balik ke kedah sebab bapa saudara suami meninggal dunia. Susah hati betul sepanjang jalan mengenangkan anak sorang-sorang dirumah. Walaupun dia dah besar tapi bab elektrik ni risau jugak. Menurut kata anak, TNB dah datang dah betulkan cabel elektrik yang putus.Tapi Wifi dan beberapa lampu dalam rumah rosak termasuk la moniter screen komputer.

Bahaya juga bila pokok tumbang dan timpa cable elektrik ni rupanya. Yang peliknya waktu kejadian tu DB box tak jatuh. Sepatutnya DB box jatuh dan putuskan litar elektrik supaya peralatan dalam rumah selamat dan tak berlaku litar pintas. Db box rumah saya pun dah lama dan tak pernah tukar. Jadi kami syak DB Box tu dah rosak dan akan tukar dalam masa terdekat.

Peringatan juga untuk kami lepas ni kalau ribut baik cabut semua soket sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku.

BACA: CARA BUKA AKAUN MAYBANK UNTUK PERNIAGAAN

Cara Contact Unifi untuk aduan kerosakan Wifi.

Dalam kejadian ribut petir tu, router wifi yang warna hitam ni rosak dan memang tak menyala lansung. STB box, BTU, Tv dan phone semua dalam keadaan baik. Cuma wifi router sahaja yang tak menyala.

router unifi rosak


Langkah pertama yang korang patut buat ialah buka aplikasi MyUnifi. Kalau belum ada aplikasi ni, sila install dulu dan register akaun unifi korang.

Kemudian pilih support  -- scroll sampai bawah dan pilih Chat with Maya.

cara contact unifi


Dan boleh interaksi dengan operator yang sedia melayan korang.

Pastikan korang tahu no acc unifi korang, email addres yang korang guna untuk Myunifi, no tel pemilik akaun unifi dan backup tel number supaya nanti technician call tak terlepas pandang.

Kalau ada gambar pokok tumbang tu lagi elok bagus. Saya bagi gambar pun tak jelas sebab gambar malam gelap dalam keadaan tak de elektrik je.

wifi router unifi rosak


Selain menghubungi Unifi melalui aplikasi myunifi korang juga boleh hubungi unifi melalui twitter, Facebook, Email atau terus ke TMpoint yang berhampiran.


Bayaran Untuk Ganti Wifi Router yang Rosak.

Bayaran untuk kerosakan biasanya ditentukan oleh technician berdasarkan apa kerosakan yang berlaku. Tapi untuk kes wifi router yang rosak, bayaran hanya rm53.00 dengan syarat korang kena perbaharui contract unifi. 

APA PERLU BUAT JIKA SAMBUNGAN WIFI TERPUTUS AKIBAT POKOK TUMBANG


Contohnya macam saya punya dah habis sebab dah langgan unifi lebih 2 tahun. Jadi saya renew contract unifi dengan tambahan setahun. Jadi saya dapatlah harga rm53 sahaja.

Tapi kalau korang tak nak renew contract korang kena bayar harga wifi router tu dengan harga lebih RM200. Bayaran kena terus kepada technician yang datang ke rumah. Mahal jugak la. Saya pilih renew contract sahaja. Setahun tu tak lama pun. Pejam celik dan cukup setahun.

Tapi dalam tempoh contract kita tak boleh la nak terminate unifi suka-suka. Kena bayar la.Yang bab itu saya tak berapa pasti la. 

Check Status laporan dalam aplikasi MyUnifi

Selepas laporan korang dah direkod dalam sistem, korang boleh check status report korang melalui aplikasi MyUnifi tu.

Disitu akan tertera nama technician yang akan datang rumah korang nanti beserta dengan waktu technician tu datang seperti yang kita persetujui masa chat dengan operator tadi.

wifi router rosak
Status laporan saya ditanda sebagai complete sebab kes dah selesai.


Untuk check status report:  

Pilih account --- My Activity--- technical report.

kemudian tunggu sajalah technician tu call sebelum dia datang.

Selepas technician datang dan baiki semua kerosakan dan gantikan wifi router, dalam aplikasi Myunifi kita akan keluar status menyatakan kes kita sudah diselesaikan.

ganti wifi router yang rosak

Dalam tempoh 48 jam sahaja dah selesai  sebab saya minta technician datang pada keesokan hari selepas saya buat report pada unifi. Kalau korang report cepat dan minta technician datang awal mungkin akan selesai lebih cepat. Cuma jangan la minta technician datang lewat petang atau malam. Waktu kerjanya sampai jam 5.30 sahaja kalau tak salah saya la.

Wifi Router Yang Sudah di Ganti Baru

Ini lah router yang rosak dan sudah diganti baru. Model yang berbeza dengaan yang lama. yang lama ni boleh lekat di dinding tapi yang baru ni cuma boleh letak atas meja atau rak. Tak de lubang di belakang untuk lekat di dinding.

Tukar wifi routers yang laju


Selepas technician dah setting wifi kita, kita kena masuk kan semula password wifi pada setiap peranti kita termasuk la di STB box jika kita pengguna unifi TV.

Sebelum ni router yang lama agak slow sebab ianya cuma wifi 4 kot. Saya pun tak pasti sebab routers yang saya guna ni dari tahun 2019. Dah cukup lama.kan??  Tapi sejak tukar pada Wifi 6 laju gila babas. 

itu lah saja sedikit perkongsian tentang apa nak buat jika wifi router korang rosak dan bagaimana cara nak contacr technician unifi.Semoga bermanfaat untuk semua.

Catat Ulasan

0 Ulasan