SEKALI AKU BAHAGIA TV3 EPISOD 2

 SEKALI AKU BAHAGIA TV3 EPISOD 2 | Sepanjang ramadan ini Slot Sakura tv3 menayangkan drama penuh emosi  Sekali Aku Bahagia lakonan Ummi Nazeera dan Nabila Huda. Drama ini ditayangkan bermula 28 March 2023 setiap isnin hingga khamis bermula jam 6 petang.

sekali aku bahagia

Episod: 15
Tarikh Tayangan: 28 Mac 2023
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 6:00 petang
Rangkaian: Slot Sakura TV3
Idea Asal: Mama Bella
Penulis Skrip: Dr Mohd Shahremy Ikmal / Mama Bella
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd


Watak Pelakon
Ummi Nazeera sebagai Rania Farahain
Nabila Huda sebagai Aireen
Keith Foo sebagai Muaz
Azhan Rani sebagai Naufal
Meor Mohd sebagai Lan
Duerra Mitilda sebagai Delisha
Qistina Raisah sebagai Eli
Danish Iskandar sebagai Andre
Danish Hazriq sebagai Firas
Nik Ramly Rejab sebagai Kamil
Ayu Azlina sebagai Milah

Sekali Aku Bahagia Full Episod 2

Firas mencuci kipas diruang tamu. Muncul Rania yang menegur Firas. Rania bertanya mengapa akaun sosial media yang dilihat sebelum ini tiba-tiba tidak dapat dilihat pada hari itu. Firas memberitahu mungkin pemilik akaun sudah menukar privasi akaun sosial media. Firas bertanya mengapa mamanya tidak "follow' akaun tersebut semasa akaun tersebut masih berstatus 'public" .

Rania terdiam dan tak tahu apa harus dijawab. Firas bertanya akaun siapa yang manaya ingin lihat. Rania tidak memberitahu dan mengatakan ianya tidak penting. Firas dapat merasakan Rani seperti menyimpan sesuatu darinya. Rani masuk ke dalam bilik dan meninggalkan Firas dan Milah. 

Muaz terserempak dengan Naufal bersama seorang wanita. Naufal mengugut Muaz agar jangan memberitahu Aireen tentang wanita disebelahnya. Muaz mengatakan yang dia tidak mahu campur urusan Naufal.  walaupun kes perceraian naufal dan isterinya juga belum selesai. naufal naik angin dan ingin menumbuk Muaz. Wanita disebelah Naufakl memujuk naufal agar bertenang.

Muaz berlalu pergi meninggalkan Naufal dan wanita tersebut.

Milah memuji bau masakan Rania yang sedang sibuk menyiapkan tempahan brownies. Rania memberitahu Milah bahawa dagulu suaminya sangat suka kan brownies hingga dia belajar sendiri cara membuat brownies. Milah memuji  kerajinan Rania membuat brownies dan tidak mensia-siakan masa mengingati masa silam nya. 

Rania memberitahu sudah 13 tahun berlalu dan dia sudah merancang kehidupan nya. Milah juga memberi sedikit nasihat pada Rania , apa yang berlaku adalah ujian dari Allah yang mahu kita belajar dari kejatuhan kita.


Muaz berbual dengan Aireen dan bertnya tentang bekas isteri naufal. Aireen menjelaskan bahawa kes penceraia Naufal melibatkan isteri keduanya. Muaz bertanya adakah semua isteri Naufal tidak mempunyai anak/ adakah Naufal mandul? Aireen melarang Muaz bercakap buruk tentang naufal. Aireen bertanya mengapa Muaz tiba-tiba bertanya tentang Naufal. Muaz pun membuka cerita tentang dia terserempak dengan naufal yang berkepit dengan seorang wanita.

Aireen meminta Muaz agar jangan masuk campur dengn kehidupan abangnya, Naufal. Muaz mengatakan dia hanya menceritakan apa yang dia nampak sahaja.  Aireen membalas mengatakan dia lebih kenal perangai abangnya. Dia juga mengingatkan Muaz yang Muaz juga pernah melakukan kesalahan berkahwin tanpa pengethuan Aireen. Muaz terdiam dan meminta Aireen jangan mengungkit perkara yang sudah lama berlalu.

Ketika Firas berbual dengan Eli, Firas bertanya tentang kakak Eli. Dia mahu Eli memperkenalkan kakak Eli padanya. Eli naik marah bila mendengar Firas bertanya tentang kakak nya, Delisha. Dia hampir memijak Firas. Ketika ingin pergi 2 rakan baik yang selalu melepak dengan Eli datang mendekati Eli dan melihat Firas dari jauh. Mereka bercaap tentang Firas dan ketawa melihatnya. Firas berkata dalam hatinya, tentu ibu dan mamanya tidak suka dia berkawan dengan budak seperti mereka.

Kamil , Milah dan Rania duduk berbual tentang Firas. Mereka risau jika Firas mempunyai teman wanita. Milah tak mahu anaknya bercinta sewaktu masih sekolah. Dia mahu anaknya fokus pad pelajaran. Rania mencelah mengatakan ramai lelaki yang bercinta lebih dari satu dan berlaku curang. Kamil dan Milah yang mendengar kata-kata Rania mula risau kerana mereka tak mahu Rania memikirkan tenga masa silam nya.

Eli dan Delisha bergaduh di rumah. Eli sangat marah apabila Delisha membebel tentang nya yang selalu balik lewat ke rumah. Tiba-tiba muncul Naufal membuatkan mereka berdua terus terdiam.

Milah memerhatikan Rania sedang menjahit. Milah memuji Rania di depan Kamil. Dia mengatakan Rania sangat pandai menjahit sejak dulu. Rania mengatakan dahulu dia pernah berangan membuka butik. Namun segalanya terhenti apabila peristiwa hitam berlaku dalam hidupnya. Tapi dia tidak menyesal kerana dia dapatbersama dengan kakanya, Milah dan kamil. Dia juga sudah mempu menjual brownies. Tiba-tiba Rania teringat pada anaknya. Dia sangat rindukan anaknya. Dia tertanya-tanya bagaimana keadaan anaknya sekarang. Rania memberitahu yang masanya sudah tiba untuk dia keluar dari tempurung yang mencengkam hidupnya selama ini.

Naufal meemanggil Eli dan Delisha duduk didepan nya. Naufal memarahi Eli kerana dia mendengar banyak cakap-cakapburuk tentang Eli. Aireen yang mendengar kata-kata naufal terus bertanya apa yang membuatkan Naufal marah-marah pada anak-anaknya. Eli terus menyampuk mengatakan dia tak tenang duduk dirumah kerana serabut. Naufal membalas kata-kata Eli dengan menyamakan Eli dengan ibunya sewaktu dulu. Eli tak paham mengapa paklongnya berkata seperti. Naufal sangat marah mendengar kata-kata Eli . Eli juga meminta Naufal agar menjaga rumahtangga nya sendiri dan jangan sibuk hendak mengajar anak orang. Kata-kata Eli membuatkan  Naufal bertambah marah dan hampir memukul Eli.


Mujur lah Aireen menghalang Naufal. Delisha pula terus menarik tangan Eli dan membawa Eli masuk ke bilik. Naufal bertanya pada Aireen dimana Muaz kerana masih belum pulang.

Kamil yang duduk di meja makan sambil menunggu Milah menghidangkan kopi. Kamil risau kerana Rania nampak beriya-iya ingin mencari anaknya. Milah juga merasa risau kerana sebelum ini Firas memberitahu yang Rani sedang belajar menggunakan sosial media. Milah risau jika Rania keluar dari rumah mereka kerana dia teringat dahulu Rania duburu dua lelaki yang jahat. Waktu itu mereka lari bersembunyi.

Ketika sedang berbual Rania muncul dan menjelskan niat sebenar dia mencari anak dan suaminya. Dia tak mahu anak dan suaminya berfikir yang dia sudah mati. Milah yang mendengar hanya mampu mengangguk kerana dia tahu Rania sukar di halang.

Delsha melihat Naufal sedang duduk bermain smartphone. Delisha terus bertanya pada Naufal apa maksud paklingnya semalam yang mengatakan perangai Eli sama macam peranagi ibunya. Aireen muncul dan meminta Delisha jangan melayan perangai paklongnya yang tak betul. Delisha terus bangaun dan pergi dari situ. Aireen mengingatkan Naufal agar jangan sesekali membuat cerita bukan-bukan tentang dirinya didepan anak-anak. Naufal mula mengungkit tentag Muaz dan Aireen dahulu. 

Aireen teringat dahulu Naufal sudah memberi amaran padanya tentang Muaz. Dia menangis kerana merasa dirinya seorang perampas. Naufal memujuk mengatakan Aireen tak bersalah kerana Muaz lah yang menipu Aireen. Aioreen pula menyalahkan Naufal kerana tidak menyiasat latar belakang Muaz yang sudah beristeri. Naufal terus memujuk Aireen yang sedang menangis. Naufal memberitahu yang Naufal akan setia menjaga Aioreen dan tiada sesiapa boleh menyakiti Aireen. Aireen yang mendengar kata-kata Naufal terus meminta Naufal membantunya mendapatkan Muaz. Dia tak mahu berkongsi Muaz dengan wanita lain. Dia mahu Muaz menjadi miliknya seorang. Dia merayu pada Naufal. Naufal yang melihat kesedihan adiknya membuatkan dia rasa serba salah. Namun dia mengikut kata Aireen kerna terlalu sayangkan Aireen.Kenangan tersebut masih melekat dalam hati Aireen.

Aireen juga pernah terserempak dengan Rania tanpa mengetahui wanita tersebut adalah Rania. Dia menghantar Rania pulang kerumah kerana melihat Rania terjatuh. Sampai dirumah tersebut dia melihat gambar Muaz bersama Rania. Ketika itu baru lah dia tahu Rania adalah isteri pertama Muaz yang selama ini dia benci. Aireen terkedu sat itu tak mampu berkata apa-apa. Dia hanya mampu keluar dari rumah rania dengan perasaan sedih. 

Rania duduk diatas katil. Dia teringatkan anak dan suaminya. Rania terkenangkan sewaktu suaminya masih ada. waktu itu  menceritakan pada Muaz tentang kehadiran wanita bernama Aireen yang membantu menghantarnya yang hampir pengsan. Saat Rania menyebut nama wanta tersebut ialah Aireen, Muaz terkejut dan riak wajah Muaz  yang berbeza disedari Rania. Rania tahu ada sesuatu antara Aireen dan Muaz kerana Aireen juga nampak terkejut siang tadi selepas melihat gambar Muaz.


keesokan nya Muaz mencari Rania. Tiba-tiba datang 2 pegawai polis dan menyerahkan bag tangan Rania. Dala  bag tangan tersebut mereka menemui sepucuk surat untuk Muaz dari Rania. Dalam surat tersebut Rania meminta maaf kerana mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain yang kaya dan ikhlas menyayanginya. Dalam surat tersebut juga mengatakan Rania sudah tak boleh hidup bersama MUaz. Dia mahukan kehidupan yang kaya dan bebas bersama kekasihnya dan mahu Muaz menceraikan nya. Polis memberitahu Rania terjatuh di lereng bukit dan masih belum ditemui. 

Rania yang asyik termenung di sedari Milah. Milai hanya mengitai Rani dari celahan pintu. Dia sangat sedar tentang kepayahan hidup Rania disebabkan suami Rania, Muaz.

Eli memeluk Aireen sambil meminta wang pada Aireen. Aireen terkejut kerana dia baru sahaja memberi wang pada Eli. ELi sangat marah kerana Aireen membeza-bezakan dirinya dengan kakak tirinya Delisha. Eli terus pergi dari situ meninggalkan Aireen keseorangan. Aireen sedih kerana Eli sangat berbeza sikapnya dengan Delisha. Aireen teringat sewaktu Muaz datang membawa Delisha bertemu dengannya dan naufal. Muaz kelihatan kecewa kerana dia percaya Rania sudah berlaku curang dengan nya,. Tapi dia sudah tak mahu peduli dengan Rania lagi. Dia malas hendak fikir tentang Rania yang sudah mati walaupun mayatnya belum ditemu.

Ketika itu Naufal tak habis-habis mengungkit salah Muaz. MUaz hanya mampu meminta maaf pada Aireen. Aireen meminta Muaz membahagiakannya. Muaz berjanji tapi mereka juga perlu menjaga Delisha. 

Aireen yang sedih mengenangkan kisah lalu, tiba-tiba di sapa Delisha. Delisha bertanya mengapa Aireen sedih. Aireen mengatakan dia ok cuma dia teringat kisah lama. 

Rania duduk berbual dengan Firas. Dia meminta untuk memeriksa sosial media Firas. Awalnya Firas tak bersetuju tapi terpaksa membenarkan nya. Rania melihat gambar Firas dan Eli. Rania memerhatikan gambar tersebut. Rania bertanya siapa wanita dibelakang mereka. Firas mengatakan wanita tersebut adalah ibu kepada Eli. Rania yang terkejut terus bangun dan pergi dan masuk ke bilik. Firas kehairanan melihat tingkah laku Rania.

Aireen yang sedang duduk diatas katil, melihat Muaz baru pulang,. Muaz meletak kan dompetya diatas meja tapi terjatuh. Aireen mengambil dompet yang jatuh dan ketika dompet suaminya terbuka dia melihat seperti ada gambar di situ. Dia menarik gambar tersebut keluar perlahan-lahan dan terkejut suaminya masih menyimpan gambar Rania. Aireen tiba-tiba menjadi sangat marah dan menjerit sambil melemparkan dompet suaminya.

Muaz yang terkejut dengan sikap gila Aireen muncul dan memarahi Aireen. Aireen bertanya sama ada Muaz ada niat untuk menduakan nya lagi kerana sudah bertahun-tahun Muaz masih menyimpan gambar Rania. MUaz terdiam mendengar kata-kata Aireen.

..bersambung...




Catat Ulasan

0 Ulasan