RESEPI BISKUT RAYA PALING SENANG GUNA BAHAN RINGKAS - BISKUT CHUI KAO SO

RESEPI BISKUT RAYA PALING SENANG GUNA BAHAN RINGKAS - BISKUT CHUI KAO SO | Seminggu saja lagi kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Dah tentu ramai yang sedang menyiapkan biskut raya dan ada juga yang memilih untuk membeli sahaja. Bagi yang bajet kecil mungkin pilihan korang adalah biskut raya yang simple dan paling senang dibuat serta tak menggunakan bahan yang banyak.

Biskut raya
photo: ig @lestari sahidin


Saya ada jumpa satu resepi biskut raya yang dinamakan Chui Kao So. Saya tak tahu la kalau di Malaysia ni apa nama biskut ni yang sebenar. Sebab resepi ini saya ambil di instagram dari seberang. menurut mereka biskut ni sebenarnya berasal dari tanah besar china dan sangat popular sewaktu perayaan tahun baru Cina.kuih raya tradisional.

BACA: 5 RESEPI BISKUT RAYA PALING SEDAP TAPI MUDAH DAN CEPAT DIBUAT

Rasa biskut ni seperti rasa kacang tapi mengikut resepi memang tak diletak kan kacang dalam adunan nya.Bagi yang berminat nak mencuba resepi biskut Chu Kao So sebagai biskut raya korang jom kita try buat sama-sama nanti. Resepi biskut raya 2023.

Resepi Biskut Raya Mudah Chui Kao So

Bahan-bahan

250 gram tepung gandum
75 - 90 gram gula pasir
100 ml minyak sayuran
1 biji kuning telur
50 gram butter
1/4  sudu baking powder

1 sudu besar air
1/2 sudu teh baking soda



Untuk sapu diatas biskut: 1 biji kuning telur dicampurkan dengan secubit garam 

Toping: badam atau bijan


biskut raya
photo: ig @yulichia88

Cara buat biskut Raya paling mudah:

1. Campurkan baking soda ke dalam air

2. Dalam bekas lain ayak tepung gandum dan baking powder.

3. Tambahkan gula pasir, butter, minyak dan 1 biji kuning telur. Kacau rata.

4. Masukkan 1 sudu makan air baking sida yang kita bancuh awal-awal tadi. Uli hingga menjadi doh.

5. Ambil sedikit adunan dan bulat kan. kemudian tekan sedikit menjadi leper.

6. Letak atas loyang dan sapu kuning teklur yang sudah dcmpur dengan secubit garam.
 
7. Taburkan bijan atau pun almond.

8. Bakar selama 15-17 minit dengan suhu 175 atau mengikut oven masing-masing . Resepi biskut raya mudah.

Selamat mencuba resepi biskut raya Chui Kao So yang mudah dan sedap.

Catat Ulasan

0 Ulasan