JAGA AKU SELAMANYA TV3 EPISOD AKHIR

JAGA AKU SELAMANYA TV3 EPISOD AKHIRDrama terbaru di slot Lestari tv3 ini disiarkan pada 15 March 2023 memasuki episod AKHIR. Drama ini mengangkat isu hak asasi kanak-kanak yang sering diabaikan seperti isu keselamatan, pendidikan dan kesihatan.

jaga aku selamanya

Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam

Rangkaian: Lestary TV3

Episod : 13

Idea Asal: Wan Hasliza Wan Zainuddin

Pengarah: Rashidi Ishak & Wan Alauddin Wan Zainuddin

Produksi: Kl Motion Picture

Pelakon: Nadiya Nisaa, Johan Asari, Baqir Jamalullail, Puteri Rafasya, Dzul Hadziq Zamri, Damia Qaissarah, Yusayri Akma

BACA: Jaga Aku selamanya Episod 12

Jaga Aku Selamanya Full Episod Akhir

Adi bersiap untuk ke sekolah. Tiba-tiba cikgu memberitahu ada seseorang ingin bertemu adi. Pak Ehsan datang melawat Adi dan Yeye. Pak Ehsan memberitahu badan kebajikan tidak membenarkan Pak Ehsan menjaga Adi dan Yeye bersama kerana Pak Ehsan tidak mampu. Adi memberitahu Pak Ehsan agar menjaga Yeye kerana dia boleh menjaga dirinya sendiri. Pak Ehsan menangis dan meminta maaf pada Adi kerana tidak dapat menjaga Adi.

Perbicaraan kes Maya sedang berlangsung. En Mujid menjadi saksi pendakwaraya. Kenyataan yang diberikan En Mujid pada perbicaraan tidak memihak pada Maya. 

Maya tidak bersemangat selagi dia tidak dapat bercakap dengan anak-anaknya. En Yusof tak berhenti memberi semangat pada Maya. Maya juga memberi keterangan tentang apa yang berlaku pada hari pertama dia mengenali wanita bernama suzy. maya memberitahu ketika dia berbual dengan Suzy, tiba-tiba sahaja dia pengsan dan sebaik sahaja dia sedar tekak nya berasa sangat sakit.


Yeye memberitahu Adi, jika abangnya tiada dia juga tk mahu duduk dengan Pak Ehsan. Adi mahu Yeye duduk dengan pak Ehsan. Dia semopat memberi beberapa nasihat pada Yeye.

Ketika perbicaraan Maya memberitahu perutnya juga sakit, lapar dan dia menggigil-gigil. Maya juga memberitahu yang dia langsung tidak sedar apa yang berlaku sebaik sahaja pengsan sebelum bertolak di lapangan terbang.

Pak Ehsan memberitahu bosnya dia mahu berhenti kerja dan pulang ke kampung. Isterinya juga sudah tidak sabar ingin bertemu yeye kerana sudah lama pka ehsan berkahwin tapi dia masih belum mempunyai anak. Bos pak Ehsan memberitahu jika pak Ehsan dalam kesusahan pak Ehsan boleh datang bertemunya.

Sewaktu pendakwa menyoal Maya, adakah maya mengetahui apa barang yang dihantar , Maya terus terang mmeberitahu dia hanya fikir barang yang dihantar hanyalah 30 kotak kek. Setelah diasak dengan soalan oleh pendakwaraya, maya mengakui dia sendiri bersetuju untuk menghantar barang yang di berikan oleh Suzy.

Ketika Pak Ehsan datang mengambil Yeye, Pak Ehsan memujuk Adi yang dia akan membawa adi dan yeye melawat ibu mereka di penjara suatu hari nanti. Dia juga mengingatkan Adi yang ibu mereka bukan orang jahat. Yeye sempat memberi kan Adi patungnya sebagai kenangan untuk Adi. Adi memeluk Yeye dengan erat sambil menangis. Sebelum bertolak Pak Ehsan memeluk Adi sambil menangis. Yeye melambaikan tangan mengucapkan selamat tinggal pada Adi. Adi berlari perlahan mengikut kereta Pak Ehsan yang meluncur laju meninggalkan rumah kebajikan.

Muncul seorang saksi , Suriati, wanita yang bekerja di restoran tempat Maya dan Amri bertemu Suzy. Wanita tersebut mendedahkan Suzy mengarahkan dia untuk memasuk kan dadah dalam minuman Maya. Sebaik Maya pengsan, Maya dibawa ke bilik pembedahan dan orang-orang Suzy memasuk kan paket dadah ke dalam badan maya. Dia juga memberitahu bahawa dia sudah tidak mahu terlibat dengan kerja kotor sebegitu dan kerana itulah dia memilih untuk tampil memberi keterangan di mahkamah.


Pada sesi penggulungan En YUsof meminta yang Arif dapat mempertimbangkan untuk membebaskan Maya dari semua tuduhan ke atasnya.

Adi melihat kawan-kawan nya bermain bola. Mereka mengajak Adi bermain bersama. Adi mula mahu bergaul dengan rakan-rakan yang lain walaupun dia masih merindui keluarganya. Adi melihat anak patung yang diberikan Yeye padanya. 

Selepas beberapa tahun di rumah kebajikan tersebut Adi masih menyimpan anak patung Yeye. Adi juga menulis surat untuk Yeye pada harijadi yeye yang ke 15. Ketika sedang menulis surat cikgu memberitahu ada orang ingin berjumpa Adi.

Sebaik sahaja Adi turun ke bawah dia melihat seorang gadis sedang menunggunya. Dia tak mengenali wanita tersebut. Tapi Wanita tersebut memanggilnya dan waktu itu baru lah Adi tahu wanita tersebut adalah kakalnya, Mia. Mereka menangis dan berpelukan bersama.

Mia menceritakan apa yang berlaku kepadanya selepas dia ditangkap Polis. Mia juga mmberitahu selama ini dia berasa bersalah kerana meninggalkan Adi, Azhar , yeye dan adam dan  tinggal dengan keluarga angkat yang senang. Dia lupa dengan pesan yang diberikan ibunya dulu. Mia meminta maaf pada Adi dengan apa yang sudah dilakukan. Dia hanya tak mahu polis mencari dan menangkap adik-adiknya. Dia termakan dengan kata-kata Seri bahawa tinggal dirumah anak yatim adalah sesuatu yang menyiksakan. 

Mia bertanya Adi tentang ibu mereka. Adi memberitahu kadang-kadang dia melawat ibu. Mia bertanya tentang Azhar. Adi terdiam mengenangkan abangnya yang sudah meninggal dunia. 


Adi membawa Maya ke kubur Azhar. Mereka menangis dikubur azhar. Mia tidak dapat mengawal perasaan sedihnya atas apa yang menimpa azhar. Adi memjuk Mia. Mia meminta maaf berulang kali pada Adi. Dia terlepas pandang dengan nasihat ibu mereka yang meminta agar mereka tetap bersama. Mia menyesal meninggalkan adik beradiknya.

Ketika berada dikubur, Mia dapat merasakan satu perasaan aneh . Dalam masa yang sama sebuah kereta berhenti di kawasan perkuburan. Maya muncul bersama En Yusof. Adi terkejut melihat ibunya . Maya berjalan kearah anak-anaknya. Dia melihat Mia dan memeluk Mia seakan tidak percaya anak yang disangkakan sudah hilang bertahun-tahun kini berada di depan matanya Dia memeluk dan mencium Mia berkali-kali. Mereka menangis dan berpelukan bersama,.

Yeye dan Adam juga datang ke kubur. Mereka bertemu dengan Maya dengan penuh tangisan. Maya menghampiri kubur Azhar. Dia duduk ditepi kubur dan memberi salam pada Azhar. Maya memberitahu adik-adik ada datang dan ibu boleh balik kerumah. 

Tamat.... 
 

Catat Ulasan

0 Ulasan