BINTANG TV3 EPISOD 2 | Drama Bintang menggantikan Drama Jaga Aku Selamanya yang berakhir pada 5 April lalu. Drama ini dibintangi oleh Ruhainies dan Daniel Fong. Bintang mengisahkan tentang cinta Iris dan Thirak yang dihalang dengan berbagai dugaan dan ujian. Namun tiada apa dapat memisahkan mereka melainkan tuhan.
Tarikh Tayangan: 6 April 2023
Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / tonton
Penulis Skrip: Haida Mazni Mohammad
Pengarah: Nizam Zakaria
Produksi: Country & Universal Sdn Bhd
Pelakon Drama Bintang
Daniel Fong sebagai ThirakRuhainies sebagai Iris
Siti Hariesa sebagai Rayna
Keith Foo sebagai Mustafa
Haidar Hasanudin sebagai Dani
Natasha Elyzza sebagai Kamelia
Ain Evon sebagai Mak Thirak
Nadia Kesuma sebagai Rogayah
Azri Iskandar sebagai Pak Mahmud
Faa Zaini sebagai Melati
Azhar Sulaiman
Badrul Muhayat
BACA: Bintang Tv3 Episod 1
Bintang Full Episod 2
Thirak mengiring Iris dan berbasikal bersama Iris untuk menghantar Iris pulang kerumah. Sepanjang perjalanan mereka berbual dan ketawa bersama.
Rogayah risau kerana Iris masih belum pulang kerumah. Dia menghubungi Kamelia dan bertanyakan tentang Iris, Tapi Kamelia tidak ke sekolah kerana demam. Iris meminta Thirak menghantar Iris di simpang jalan sahaja. Dia tak mahu ayahnya melihat Thirak kerana risau ayahnya akan marah.
Thirak berpesan pada Iris agar berhati-hati. Iris meminta telefon Thirak dan memberikan no telefon nya pada Thirak. Dia berjanji akan menghantar pesanan pad Thirak sebaik sampai ke rumah.
Sebaik Iris sampai Rogayah bertanya kemana iris pergi kerana dia lambat pulang. Rogayah terkejut mendapat tahu Iris terjatuh dari basikal. Rogayah sangat risaukan anak tunggalnya itu.
Ibu Thirak tidak habis-habis mengusik Thirak tentang Iris. Ibu Thirak sangat gembira kerana ada seseorang yang menyayangi anaknya.
Pak Mahmud sangat risau kerana anaknya terluka akibat jatuh dari basikal. Dia bertanya pda Iris tentang keputusan peperiksaan Iris. Iris mengatakan dia lemah matematik. Pak Mahmud mahu Iris mendapatkan tuisyen. Dia sanggup membayar berapa sahaja asalkan anaknya berjaya.
Iris menghantar pesanan pada Thirak., Thirak mengajak iris datang kerumah dan makan bersama. Iris segan tapi dalam hatinya dia gembira kerana akhirnya dia dapat mengenali Thirak.
Kamelia dan Iris bertemu dan berbual tentang Thirak. Iris memberitahu yang dia gembira kerana dia juga dapat mengenali ibu Thirak. Tapi Iris risau kerana ayahnya mahu dia menghadiri kelas tambahan. kamelia mencadangkan agar Iris meminta Thirak mengajarkan nya matematik. Iris terkejut kerana dia tahu mustahil Thirak akan setuju mengajarnya matematik.
Iris dan Kamelia menuju ke rumah Thirak. Ibu Thirak menyambut Iris dan Kamelia dengan senyuman. Ibu Thirak yang sedang meraut daun kelapa berjanji kan mengajar Iris membuat kraftangan.
Thirak terkejut apabila ibunya memberitahu yang Iris mahu belajar matematik dengan Thirak. Thirak takut kerana ayah iris sangat garang. Ibu Thirak memberitahu Thirak agar jangan risau kerana Iris yang akan datang kerumah mereka untuk Belajar. Lega thirak mendengar nya.
Iris meminta Izin untuk belajar matematik dengan Thirak. Ayah dan ibu Iris setuju asalkan Iris berjaya dalam pelajaran. Iris gembira dapat belajar dengan Thirak. Dia mengajak Kmelia belajar bersaa tapi Kamelia menolak kerana dia tidak mahu mengganggu Iris dan Thirak. Dia mahu Iris dan Thirak menjaga hubungan mereka dengan baik.
Iris sangat gembira sejak mengenali Thirak. Selain belajar matematik Iris juga dapat belajar membuat kraftangan dengan ibu Thirak. Hubungan mereka semakin akrab dan mesra.
Iris dan Thirak duduk berbual di bawah pokok sambil memandang tasek yang cantik. Thirak memberikan seutas rantai untuk Iris. Iris juga memberikan bangle yang cantik untuk Thirak.
Mustafa sebenarnya mempunyai niat buruk. Dia mahu mendapatkan Iris . Dia mahu memerangkap Iris agar Iris jatuh ke tangan nya. Tambahan pula Pak Mahmud seorang yang kaya dan Iris pula anak tunggal.
Iris pulang dari kelas tambahan dan melihat Mustafa berbual dengan ayahnya. Mustafa menegur Iris dan bertanya bila dia dapat bermain catur dengan iris. Iris tidak menjawab dan hanya berlalu masuk ke dalam rumah meninggalkan ayahnya dan mustafa.
Iris merunggut yang dia tidak suka melihat mustafa asyik datang kerumah mereka. Dia juga tak suka cara Mustafa memandangnya. Ibu nya meminta Iris berhati-hati dengan percakapan nya kerna risau jika ayah iris mendengarnya.
Iris mengadu pada Kamelia tentang Mustafa yang asyik datang kerumahnya. Kamelia meneka yang Mustafa mungkin mempunyai hati pada Iris. Iris juga risau jika peperiksaan nanti dia tidak dapat keputusan yang baik dan mengecewakan ayahnya. Tapi Iris tahu masa depan nya juga sangat penting.
Mustafa datang ke rumah dan memberikan hadiah kepada Iris. Iris menerima hadiah Mustafa tapi dia tidak selesa . Iris menghulurkan hadiah tersebut pada ayahnya dan meminta ayahnya menyimpan hadiah tersebut keran dia perlu pergi ke kelas tambahan di rumah Thirak. Wajah ustafa seakan kesal kerana Iris seperti tidak teruja dengan hadiah yang diberikan nya
Ibu Thirak bertanya pada Thirak sampai bila dia mahu merahsiakan nama sebenarnya pada Iris. Thirak meminta Ibunya bersabar kerana satu hari nanti dia pasti akan memberitahu hal sebenar pada iris.
Mustafa bertemu dengan Dani dan menawarkan Dani pekerjaan. Dani gembira kerana dia juga memang mengalami masalah kewangan. Mustafa meminta Dani bekerja dengan nya di tapak projek homestay Pak mahmud yang bakal dibina.
Iris pergi ke rumah Thirak dan melihat Thirak dan ibunya sedang memancing ikan. ibu Thirak masuk kedalam rumah kerana dia ingin memasak untuk iris dan Thirak.. Thirak mengajar Iris memancing ikan. Itulah pertama kali Thirak memegang tangan iris. Iris malu-malu apabila Thirak memandangnya.
.
Mustafa ternampak Thirak dan Iris berbasikal bersama.Mustafa bertanya pada Dani sama ada dia mengenali lelaki yang bersama Iris. Dani memberitahu yang lelaki tersebut adalah kawan nya yang berbangsa Siam.
Mustafa terus kerumah Pak Mahmud. Dia mengajak Pak Mahmud ke tapak projek . Pak Mahmud bergegas bangun dan bersiap masuk ke ekerat Mustafa. Mustafa terus memandu membawa pak mahmud ke tempat dimana dia melihat Thirak dan Iris.
Iris dan Thirak duduk di bawah pokok tempat mereka selalu berbual. Lama mereka berbual, Thirak meminta diri sekejap untuk membeli air dan meminta Iris tunggu disitu . Sambil menunggu Thirak kembali, tiba-tiba bahu iris disentuh seseorang. Iris terkejut kerana melihat pak mahmud ada dibelakangnya. Pak Mahmud bertanya iris duduk di situ dengan siapa. Iris memberitahu yang dia bersama Kamelia. Pak Mahmud mengajak iris pulang kerumah dengan nya. Mustafa tidak berpuas hati kerana niatnya untuk emnangkap Thirak dan Iris tidak berjaya.
0 Ulasan