BINTANG TV3 EPISOD 1

BINTANG TV3 EPISOD 1 | Drama Bintang menggantikan Drama  Jaga Aku Selamanya yang berakhir pada 5 April lalu. Drama ini dibintangi oleh Ruhainies dan Daniel Fong. Bintang mengisahkan tentang cinta Iris dan Thirak yang dihalang dengan berbagai dugaan dan ujian. Namun tiada apa dapat memisahkan mereka melainkan tuhan.

bintang



Episod: 20
Tarikh Tayangan: 6 April 2023
Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / tonton
Penulis Skrip: Haida Mazni Mohammad
Pengarah: Nizam Zakaria
Produksi: Country & Universal Sdn Bhd


Pelakon Drama Bintang

Daniel Fong sebagai Thirak
Ruhainies sebagai Iris
Siti Hariesa sebagai Rayna
Keith Foo sebagai Mustafa
Haidar Hasanudin sebagai Dani
Natasha Elyzza sebagai Kamelia
Ain Evon sebagai Mak Thirak
Nadia Kesuma sebagai Rogayah
Azri Iskandar sebagai Pak Mahmud
Faa Zaini sebagai Melati
Azhar Sulaiman
Badrul Muhayat

BACA: Jaga Aku Selamanya Episod Akhir

Bintang Full Episod 1

Iris mengayuh basikal dengan laju. 2 lelaki menaiki motorsikal muncul dari belakang dan menghampiri Iris. Iris terkejut dan dia hampir terbabas. Muncul Thirak dari depan ingin memabantu tapi Iris tidak mahu dibantu dan terus berlalu pergi. Thirak tersenyum sambil mengeluh Iris langsung tidak mengucapkan terima kasih padanya yang berniat untuk membantu

Iris mengadu kejadian tersebut pada Kamelia. Dia tak dapat mehana malu kerana Thirak adalah lelaki yang sudah lama dia minati dalam diam walaupun dia langsung tidak mengenali siapakah lelaki itu.

Thirak tersenyum mengingatkan kejadian tersebut,. Dia juga sebenarnya sangat suka kan Iris. Thirak yang sedang termenung disapa oleh ibunya. Thirak memberitahu yang ayahnya sudah memasuk kan duit ke dalam akaun untuk belanja mereka. Tapi ibu Thirak seakan tidak mahu menerima wang tersebut kerana masih marah pada ayah Thirak. Ibu Thirak memanggil Thirak masuk ke dalam rumah untuk makan.

Ibu dan ayah Iris, Rogayah dan Pak mahmud selalu memikirkan tentang masa depan iris. Tanah milik Iris juga dijadikan homestay  untuk masa depan Iris. Iris adalah anak tunggal mereka dan mereka mahukan yang terbaik untuk iris.

Thirak pulang membawa nasi ayam untuk ibunya. Ibu Thirak seakan merajuk bila Thirak keluar makan dengan ayah nya yang sudah lama mengabaikan mereka. Ayah thirak tinggal di bangkok dan meninggal kan mereka berdua. Tapi Thirak tetap menghormati ayahnya.

Iris bertanya pada ibunya mengapa ibunya tidak pernah mengikut ayahnya out station. Tapi ibunya mengatakan yang dia bosan lagi pun dia perlu menjaga iris dirumah. Iris pula akan menghadapi peperiksaan tak lama lagi

Di sekolah Iris menceritakan pada Kamelia yang ibunya mahu dia tekun belajar kerana dia lemah matematik. Kamelia mencadangkan iris mendapatkan kelas tambahan. Iris terdia, rupanya dia sedang melihat Thirak dari jauh hingga Kamelia bercakap sendirian.

Mustafa berbincang dengan Pak mahmud tentang projek pembangunan homestay yang mereka laksanakan bersama. Mustafa tampak senang dengan Pak mahmud yang memang mesra dengan sesiapa sahaja.

Kamelia masih mengorek rahsia tentang lelaki yang iris sangat minati itu. Tiba-tiba Thirak muncul disebelah Iris. Iris terpaku dan hanya merenung wajah Thirak. Kamelia hanya memerhatikan gelagat lucu teman baiknya itu.

Sejak pertemuan itu Iris kerap tersenyum sendirian. Dia teringat tentang pertemuan itu. Thirak memberikan mangga asam untuk Iris. Iris sangat gembira. Kamelia berjanji pada Iris dia akan menyiasat latar belakang lelaki yang iris sukaan itu .

Thirak keluar dari rumah sambil membawa 2 cawan kopi. Thirak memberitahu yang bermula esok dia akan mula mengajar dikampung itu. Thirak berjanji apabila dia mendapat gaji dia akan belanja ibu nya. ibunya menolak kerana dia mahu Thirak menyimpan wang untuk perbelanjaan di universiti. Dia mahu Thirak belajar menjadi ketua keluarga yang baik. Tidak seperti ayah Thirak yang mengabaikan keluarga.

Di sekolah Kamelia memanggil Thirak yang sedang berjalan di hadapan mereka.. Iris sangat malu . Kamelia awal-awal meminta maaf pada Thirak kerana rakan nya suka mencuri-curi memandang Thirak. Dia berterus terang yang Iris sangat suka kan Thirak. Kamelia bertanyakan nama Thirak. Thirak memperkenalkan dirinya,. Iris hanya tersipu-sipu malu mendengar perbualan Thirak dan Kamelia.

Pak Mahmud memberitahu rogayah dan Iris bahawa esok mereka akan didatangi tetamu. Kontraktor yang akan melawat tapak rumah homestay akan datang. Pak Mahmud mahu Iris membantu Pak mahmud menguruskan perniagaan mereka. Pak mahmud sangat berharap pada Iris. Iris hanya mengangguk setuju. 

Kamelia bertanya pada Irismengapa Iris tidak meminta no telefon pada Thirak. Iris mengakui dia malu dan tak manis dia yang memulakan semuanya dahulu. Iris meminta diri pada Kamelia kerana ada tetamu akan datang kerumah mereka.

Thirak membantu ibunya mencuci pinggan. Dia kasihan pada ibunya kerana ibunya banyak membantu menyediakan keperluan nya. Ibu Thirak sangat bangga dengan Thirak yang sangat penyayang dan mementingkan keluarga.

Iris memberi salam dan melihat tetamu ayahnya sudah berada di rumah. Dia memberi salam dan berlalu masuk ke dapur berjumpa ibunya.  Pak mahmud memperkenalkan iris pada Mustafa. Mustafa nampak tertarik dengan Iris. Rogayah memberitahu yang ayah Iris sudah lama mengenali Mustafa. Mereka sudah lama tidak bertemu dan kini mereka bekerja bersama .

Iris mahu bertolak ke sekolah. Dia menunggu Kamelia tapi nampaknya kamelia  tidak muncul .Iris menunggang basikal nya  sendirian ke sekolah. Thirak yang juga dalam perjalanan ke sekolah menaiki basikal. Iris ternampak Thirak,. Dia yakin Thirak tinggal dikawasan tersebut.

Kamelia selalu memberi semangat pada Iris tentang hubungan dengan Thirak. Dia mahu iris memulakan langkah dahulu sebelum Thirak kerana dia yakin Thirak juga Menyukai Iris

Mustafa memberikan hadiah untuk Iris. Iris mengucapkan terima kasih pada Mustafa. Iris membuka hadiah tersebut dan melihat set catur yang belikan Mustafa. Dia memang sudah lama inginkan set catur tersebut. 

Thirak terserempak dengan  Dani dan melihat Dani sekaan-akan mempunyai masalah. Dani adalah kawan baiknya. Thirak sangat kasihan kan Dani kerana keluarga Dani juga bukan nya orang senang. Ibu Dani pula sakit dan dia masih belum mendapat kerja. Thirak menghulurkan wang pada Dani. Walaupun wang tersebut tidak seberapa tapi dia berharap wang tersebut dapat membantu Dani. Dani sangat terharu dengan bantuan yang diberikan Thirak.

Iris dan kamelia  mengambil angin menaiki basikal di kampung dimana dia terserempak dengan Thirak dahulu. Dia yakin Thirak tinggal dikawasan tersebut. Iris dan kamelia memutuskan untuk meronda dikawasan tersebut dan bersiar-siar. Thirak menaiki basikal dan ternampak Kamelia dan Iris. Dia hanya memerhatikanIris dari jauh,.

Ibu Thirak duduk berbual dengan  Thirak. Thirak bertanya tentang temujanji hospital ibunya. Ibunya bersyukur kerana Thirak menjaganya. Thirak berjanji akan mencari isteri yang suka dan sayangkan ibunya. Ibunya memberitahu dia mahukan wanita yang boleh membahagiakan Thirak. Dia tidak kisah siapa pun yang Thirak pilih. Tapi dia tak mahu Thirak memikirkan soal cinta kerana Thirak perlu memikirkan pelajaran nya dahulu. Ibu Thirak mahu Thirak tidak mengabaikan wanita yang disayangi dan jangan memberi harapan pada wanita. Thirak juga menasihatkan ibunya agat mejaga kesihatan dan jangan lupa makan ubat. 

Sewaktu pulang dari sekolah Iris melihat basikal Thirak di sebuah rumah. Dia yakin itu adalah rumah Thirak. Tiba-tiba Iris terlanggar batu dan jatuh didepan rumah Thirak. Ibu Thirak keluar dan membantu Iris. dia membawa Iris ke rumahnya. Thirak keluar dan terkejut melihat Iris didepan nya . Iris juga terkejut dan tidak menyangka sangkaan nya tepat. 

Thirak bertanya pada ibunya apa yang berlaku. Ibu Thirak memberi tahu yang gadis ini terjatuh didepan rumah dan tangan nya terluka. Ibu menyuruh Thirak mengambil ubat dan merawat Iris. Thirak hanya menurut kata ibunya. Ibu Thirak menasihatkan iris agar menukar pembalut luka sebaik sahaja sampai dirumah.

..bersambung..

Catat Ulasan

0 Ulasan