AMALAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN | 10 malam terakhir ramadan sebelum syawal menjelang tiba. Malam yang penuh barakah dan di tunggu-tunggu umat islam kerana pada 10 malam terakhir bagaikan malam untuk semua mengejar segala pahala yang melimpah dengan berbagai amalan kebaikan.
Sangat beruntunglah bagi mereka yang melakukan amal ibadat pada malam lailatul qadar kerana pahala yang diperolehi sangat berlipat ganda. Malam Lailatul Qadar jatuh pada 10 malam terakhir dibulan ramadan.Kerana itu lah keutamaan 10 hari terakhir ramadan sering diperkatakan dan digalak kan untuk perbanyak kan lagi amalan seperti hari-hari lain dibulan ramadan.
BACA: MANFAAT DAN KELEBIHAN DOA BISMILLAHI TAWAKKALTU ALALLAH DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
Amalan 10 Hari Terakhir Ramadan
Ramadan adalah bulan pengampunan di mana pada bulan ini Allah membuka luas pintu ibadah dan memberikan ganjaran keampunan buat dosa-dosa silam kita.
Bagi yang melakukan pecutan amalan kebaikan pasti berharap bertemu dengan malam Lailatul Qadar. untuk 10 malam terakhir kita boleh melakukan beberapa perkara ini agar mendapat pahala yang berlipat ganda.
1. Qiyamullai
2. solat taubat
3. Bersedekah
4. Membaca Al quran
5. Banyak berdoa
6. Berzikir
Kelebihan Malam Lailatul Qadar
Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut. Imam Qurtubi berkata: “Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.
Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.
Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar. Al-Dahhaq berkata: “Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan. Sedangkan Mujahid berpendapat: “Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.” Lihat Tafsir al-Qurtubi 20/133. Kelebihan malam lailatul qadar.
0 Ulasan