VIRAL PEMILIK KUCING BUANG NAJIS KUCING DARI ATAS APARTMENT - CARA BETUL BUANG NAJIS KUCING.

VIRAL PEMILIK KUCING BUANG NAJIS KUCING DARI ATAS APARTMENT- CARA BETUL BUANG NAJIS KUCING. | Menjaga haiwan peliharaan  seperti kucing memerlukan persediaan yang betul termasuk lah cara menguruskan najis dan sisa buangan kucing kita. Najis kucing tidak boleh dibuang di kawasan terbuka kerana ianya boleh menyebabkan pencemaran bau dan ianya juga mengandungi bakteria. 



Sejak semalam tersebar satu video menunjuk kan seorang penghuni pangsapuri di Petaling Jaya yang juga pemilik kucing membuang sisa najis kucing dari atas bangunan pangsapuri tersebut.

Video tersebut dirakam oleh seorang penghuni lain yang tinggal di tingkat atas bangunan itu.

Dalam video tersebut jelas menunjuk kan penghuni tersebut memcampak kan najis kucing ke bawah. Dia juga sengaja membuatkan  pasir kucing berterbangan di bawa angin ke bawah bangunan. Apa yang dilakukan penghuni tersebut mendapat kecaman ramai. 



Menurut pemilik video tersebut aduan sudah dilakukan  pada pengurusan Pangsapuri berkenaan.

BACA: KANAK-KANAK NAKAL KUNCI LEHER IBU DENGAN U-LOCK TAPI TERLUPA KOD KUNCI

 Cara Buang najis Kucing Yang Betul

Sebagai pemilik kucing kita patut selalu memastikan tempat sisa buangan kucing berada dalam keadaan bersih. Jangan sesekali membiarkan najis kucing bertimbun didalam pasir buangan kucing. Ini akan menyebabkan pasir kucing mudah tercemar dan dipenuhi ulat.

Najis kucing yang menumpuk terlalu lama juga akan membuatkan pasir lembab dan menyebabkan pembaziran pasir kucing. 

Pastikan pasir kucing tidak berada di tempat lembab kerana ianya boleh memerangkap bau najis kucing. 

Berikut adalah cara tepat membuang najis kucing.

1. Cedok najis kucing dan masuk kan ke dalam plastik yang sudah dialas dengan kertas. 

2.Pastikan plastik tersebut tidak mudah terkoyak agar senang pekerja pembersihan mengangkat bungkusan plastik sisa buangan.



3. Masuk kan kertas lagi untuk menutup bahgian atas najis kucing. 

4. Ikat plastik dengan ketat dan kemas sehingga tiada bau yang keluar dari plastik tersebut.

5. Buang bungkusan najis kucing di tempat pembuangan sampah. 

Semoga artikel cara buang najis kucing ini memberi manfaat untuk anda.

 

Catat Ulasan

0 Ulasan