SAAT HILANG CINTAMU |Slot cerekarama TV3 menampilkan drama menarik lakonan Zamarul Hisyam dan Rita Nadira. Saat Hilang Cintamu menemui penonton pada 25 March 2023 jam 10 malam. Drama ini mengetengahkan isu kecurangan dalam rumahtangga - lelaki yang dikhianati isteri yang sangat disayangi selepas mula bekerja dan mengenal dunia .
Waktu Siaran: Sabtu, 25 Mac 2023, 10:00 malam
Rangkaian: TV3 slot Cerekarama
Idea Asal: Halmey Hamdah
Skrip: Lee Chonz
Pengarah: Rahila Ali
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd
Pelakon: Zamarul Hisham, Rita Nadira, Malek Mccrone, Kash Haiqal, Dania Miazara, Fendi London
Rangkaian: TV3 slot Cerekarama
Idea Asal: Halmey Hamdah
Skrip: Lee Chonz
Pengarah: Rahila Ali
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd
Pelakon: Zamarul Hisham, Rita Nadira, Malek Mccrone, Kash Haiqal, Dania Miazara, Fendi London
SAAT HILANG CINTAMU FULL
Salina dalam perjalanan pulang ke sekolah. Tiba-tiba dia terjatuh . Razil yang melalui jalan yang sama memberhentikan motorsikal. membantu Salina membetulkan rantai basikal. Salina memberikan saputangan pada Razill untuk membersihkan tangan yang terkena minyak hitam. Razil sempat mengajak Salina berkahwin selepas Salina habis menduduki peperiksaan STPM.
Razil membersihkan sapu tangan yang diberikan salina. Dia memandang saputangan tersebut sambil tersenyum. Tak lama kemudian mereka pun berkahwin, Razil mengucapkan terima kasih kepada salina kerana sudi berkahwin dengan nya. Dia berjanji akan membahagiakan Salina hingga ke akhir hayat.
3 bulan kemudian Salina mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.Dia juga sudah hamil 3 bulan. Razil asyik memandang slip keputusan peperiksaan salina. Dia sangat bangga dengan Salina. Razil mengizinkan Salina bekerja jika Salina mahu. Salina menolak kerana dia mahu menjadi isteri dan ibu yang mendidik sendiri anak-anak dirumah, Razil bersyukur dengan permintaan Salina.
10 tahun sudah berlalu mereka masih hidup bahagia bersama. Ketika Salina sedang memetik pucuk ubi mak Salina menegur salina kerana tidak bekerja. Dia mengungkit tentang Salina yang tidak bekerja walaupun sudah belajar hingga mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Mak salina bercakap dengan kasar sehingga Razil sendiri mendengar.
Anak perempuan Salina demam. Mak Salina menyuruh Salina membawa anak nya ke hospital. Dia juga mengatakan jika Salina tidak mempunyai wang dia sanggup memberikan wang. Salina takut jika kata-kata maknya didengari Razil. Maknya sempat berpesan pada Salina jika sesuatu berlaku pada Razil dimana lagi Salina nak bergantung.
Razil membeli makanan di kedai makan. Dia berjumpa dengan rakannya dan sempat bertanya jika ada peluang kerja kosong. Dia mahu isterinya bekerja di tempat yang selesa dan tidak berpanas sepertinya.
Salina sudah mula bekerja, Setiap hari Razil menghantar Salina ke tempat kerja.
Di rumah Razil menguruskan anak-anaknya. Razil membeli pakaian untuk Salina. Dia mahu membelikan pakaian untuk isterinya pergi bekerja. Petang hari dia menjemput Salina di tempat kerja. Razil juga membantu Salina menguruskan rumah, memasak dan melayan anak dan isterinya makan. Salina memuji masakan Razil. Razil juga mengajar anak-anaknya membuat kerja sekolah. Salina gembira dengan pakaian yang dibelikan Razil untuknya.
Pagi itu Razil menghantar Salina ke tempat kerja. Dalam perjalanan motorsikal nya tiba-tiba rosak. kebetulan Encik Kamal datang dan memberhentikan kenderaan. Dia terus mengajak Salina menumpang keretanya. Razil terkejut . Rupanya lelaki tersebut adalah bos tempat kerja Salina.
Satu hari Encik Kamal datang ke rumah Salina dan mengajak Salina pergi kerja bersama . Kebetulan pagi itu Razil terpaksa menghantar anak-anak ke sekolah. Anak perempuan salina yang berada di tempat duduk belakang hanya menjelaing melihat Encik Kamal yang bermulut manis dengan Salina.
Encik Kamal berjumpa Razil dan meminta izin pada Razil untuk mengambil dan menghantar Salina setiap hari. Razil terdiam. Salina juga ingin meminta izin pada Razil untuk dia menumpang kereta encik Kamal. Walaupun dia ragu-ragu untuk bertanya, tiba-tiba Razil memberitahu yang dia izinkan seolah-olah diatahu apa yang Salina ingin katakan.
Dia berasa kasihan dengan anak dan isterinya kerana terpaksa menumpang kereta encik Kamal. Tapi hari itu anak perempuan nya tidak mahu menumpang kereta Encik Kamal Alasan nya kerana dia sakit mata. Razil tak ambil peduli dengan kata-kata anaknya.
Salina memberitahu Razil yang tempat kerjanya kan buat majlis makan-makan. Salina mahu Razil datang ke majlis tersebut. Razil menolak kerana dia tak biasa dengan majlis-majlis begitu. Razil juga menghulurkan wang kepada Salina,. Salina terkejut kerana Razil memberikan wang yang banyak. Salina mengucapkan terima kasih pada suaminya.
Razil memilih pakaian untuk dia pergi ke majlis makan malam di tempat kerjanya. Dia hanya memilih pakaian dari bundle sahja awalaupun untuk isterinya dia memberikan wang yang banyak untuk membeli pakaian yang cantik.
malam itu dimajlis makan malam Salina dan encik Kamal diperkenalkan dengan Dr Hadi, seorang kaunselor.. Tetamu yang datang ada yang bercakap tentang Razil. Mereka tidak tahu Razil adalah suami Salina. Salina yang mendengar kata-kata umpatan pada Razil hanya mendiamkan diri. Apabila dia duduk bersama suaminya barulah mereka tahu itu suaminya.
keesokan harinya rakan tempat kerja Salina datang dan meminta maaf pada Salina kerana bercakap buruk tentang Razil.
Pulang dari kerja, anak-anak Salina meminta Salina mengajarkan kerja sekolah mereka. Salina marah kerana penat. Dia sempat menyuruh anak-anak meminta Razil mengajaR namun razil menolak. Razil memberitahu yang dia bukan orang yang pandai dan tidak bersekolah tinggi. Salina marah mendengar kata-kata Razil. Dia marah kerana Razil tidak belajar pandai dahulu. Razil terasa dengan kata-kata Salina.
Razil memberitahu salina yang ini pertama kali dia mendengar salina bercakap kasar dengan nya. Salina yang masih marah terus memberitahu Razil agar selepas ini tidak perlu lagi ikut dia ke mana-mana majis syarikat kerana memalukan salina. Dia juga meminta Razil supaya mandi kerana Raazil berbau busuk.
Malam itu sebelum tidur Razil bertanya jika Salina penat. Salina terus melenting dan memarahi Razil kerana dia mengganggu Salina tidur. Razil yang mendengar kata-kata Salina terus menyuruh salina tidur.
Salina dan Encik Kamal berjalan bersama beruda-duan . Encik Kamal mengatakan dia malu dengan kawan-kawan sekerja yang bercakap buruk tentang mereka. Encik Kamal meluahkan rasa menyesal kerana tidak bertemu salina dari awal.
Salina juga berasa menyesal kerana kahwin awal dan tidak bertemu encik kamal. Encik kamal memberitahu yang dia sejujurnya sangat menyintai Salina. Tapi Salina sudah berkahwin dan seorang isteri .
Hari itu Razil datang ke tempat kerja untuk menjemput Salina. Razil bertanya pada rakan sekerja salina, dimana Ralina. Rakan sekerja nya memberitahu yang salina cuti,. Razil hairan kerana Salina pergi kerja seperti biasa pagi tdi.
Salina pulang kewat malam. Razil bertanya kemana salina pergi. Salina menjawab dia dari tempat kerja. Razil memberitahu yang dia tahu salina menipu. Salina menyatakan itu semua fitnah. Razil memberitahu yang dia pergi menunggu Salina di tempat kerja.
Mereka mula bertengkar dan didengari anaknya.
Salina mengungkit semua perkara dari Razil. Razil sangat kecewa kerana Salina semakin berubah. Salina semakin melampaui batas apabila dia meninggikan suara pada Razil. Razil meminta Salina agar tidak mudah tergoda dengan hasutan syaitan. Salina terus berlalu masuk ke bilik dan tak mahu mendengar kata Razil.
Razil tak tahu apa yang harus dilakukan.
Salina bertemu dengan doktor Hadi. Dia memberitahu yang dia sudah tidak mempunyai rasa cinta pada suaminya. Dia mahu bercerai. Salina memberitahu kisahnya pada Hadi. Dia malu dan menyesal mempunyai suami yang tak mahu berubah dan tiada kemajuan. Hadi berjanji akan membantu Salina.
Dato Adli , ketua di Syarikat memarahi Encik kamal kerana mengganggu rumahtangga Salina. Encik Kamal terpaksa ditukarkan ke cawangan di Shah Alam demi menyelamatkan rumahtangga Salina dan Razil serta menjaga imej syarikat. Encik kamal sangat marah dan terus keluar dari pejabat Dato.
Salina melihat encik kamal keluar dari pejabat dengan membawa barang-barangnya . Dia tahu encik kamal sudah dikenakan tindakan tatatertib kerana hubungan dengan nya.
Salina juga sudah sebulan tidak tinggal dengan suaminya. Dia tinggal dengan emaknya. Dia tawar hati kerana Razil dikatakan mengongkong. Salina mengadu berbagai perkara buruk pada Hadi untuk menampakkan diri Razil seorang yang jahat, kuat cemburu dan dayus
Hadi semakin rapat dengan Salina. Dia selalu mendengar masalah salina. Mereka juga keluar makan bersama. Salina juga semakin mesra dan rapat dengan doktor Hadi.
Razil menguruskan anak-anaknya seperti biasa. Razil bertanya jika anak-anak rindu pada salina. Tapi anak-anaknya mengatakan mereka langsung tidak rindukan Salina. Razil ingin anak-anaknya berjumpa dengan Salina dan tidak sesekali membenci ibu mereka.
Salina mula tertarik Hadi. dia selalu teringat pada Hadi. Mak salina menegur sikap salina yang meninggalkan anak-anak. Mak salina mengingatkan Salina supaya jangan tinggalkan ana-anak kerana nanti mereka akan melupakan nya.
Mak Salina memberitahu yang tindakan Salina adalah menderhakan kan suami. Maknya sangat kasihan pada Razil. Dia tahu Razil suami yang baik setia dan jujur. Dulu dia memarahi Salina bukan kerana bencikan Razil. Tapi kerana dia tak mahu Salina tidak berkerja dan hanya berharap pada suami yang bersusah payah bekerja.
Razil sangat sedih mengenangkan isterinya. Dia menangis sendirian apabila mengenangkan sikap salina yang sudah berubah. Dia sedar dia juga salah kerana tidak beringat sejak awal dan mengizinkan Salina rapat dengan lelaki di tempat kerja.
Salina dan Hadi amasuk ked alam bilik hotel. Baru sahaja mereka duduk tiba-tiba pintu bilik hotel di ketuk,. Rupany pemeriksaan bilik oleh pejabat agama. Mereka mengatakan ada aduan berlaku perbuatan khalwat. Mereka memeriksa di dalam bilik dan menemui sehelai selendang. Bilik air diketuk bertaku-talu dan menemui Salina sedang menangis ketakutan.
Razil mendapat berita bahawa isterinya ditangkap basah. Razil tak percaya. Razil datang melihat sendiri Salina di hotel. Dia menangis sambil memarahi Salina. Salina juga menangis dan malu dengan tindakan nya. Razil memarahi Hadi. Disebabkan hilang sabar Razil hampir-hampir memukul Hadi. Salina dan Hadi dibawa ke balai polis.
Salina dan Hadi bertemu Razil dan meminta Razil menceraikan Salina kerana mereka mengakui yang mereka sudah terlanjur. Razil tak mahu menceraikan Salina. Dia mahu Salina bertaubat dan kembali kerumah. DIa sedia memaafkan Salina dan menerima Salina . Tapi Salina tetap berkeras agar Razil menceraikan nya. Salina menjerit meminta cerai. Dia mengatakan Razil kolot, miskin, hina dan dayus. Razil meminta Salina beristigfar dan jangan ikutkan hati.
Salina tetap berkeras mahu bercerai. Razil akhirmya bersetuju untuk menceraikan Salina dengan syarat supaya Salina tetap tinggal dirumah itu agar salina tetap bersama anak-anaknya. Syarat kedua dia mahu membuat pondok ditepi rumah tersebut agar dapat melihat anak-anak nya setiap hari. Malam itu Razil melafazkan cerai talak satu pada Salina.
Salina akhirnya berkahwin dengan Hadi. Razil tetap tinggal di pondok kecil sebelah rumah seperti yang dimintanya. Setap hari dia melihat kemesraan Salina dan suami baru.
Anak-anak Razil mengadu pada Razil yang Salina sudah tidak memasak dirumah kerana sedang mengandung. Razil risau kerana anak-anaknya sedang membesar tapi tidak mendapat makanan yang baik. Razil berjanji untuk menghantar pekasam kegemaran anak-anaknya.
Ketika sedang makan anak-anak bertanya jika ayah mereka ada menghantar pekasam. Tapi Hadi mengatakan yang ayahnya tidak menghantar pekasam. Anak perempuan nya keluar dan menunjuk kan bungkusan pekasam yang dihantar ayah mereka. Dia tak tahu kenapa ayah tirinya sanggup menipu mereka. Anak perempuan nya memarahi Salina kerana sanggup meninggalkan ayah mereka demi berkahwin dengan lelaki kacak. Salina terus menampar pipi anak perempuan nya.
Anak-anak terus ke pondok Razil dan meminta untuk tidur bersama Razil. Anak perempuan nya bertanya sama ada Razil masih mempunyai makanan kerana dia sangat lapar. Razil mempelawa anak-anaknya makan. dia kasihan dengan nasib anak-anak yang diabaikan Salina.
Pagi itu Razil menghantar anak-anaknya pulang kerumah Salina. Dia bertanya apa berlaku pada pipi anak perempuan nya. Salina tidak menjawab. Hadi keluar dan memegang tangan Salina. Razil yang melihat terus meminta diri.
Salina ingin mengikut Hadi pergi kerja diluar kawasan. Hadi membawa salina kerumah yang sangat besar. Salina bertanya bolehkan dia tinggal dirumah besar tersebut. Ketika sedang berbual tiba-tiba seorang kanak-kanak keluar dan memanggil Hadi sebagai Papa. Seorang wanita muncul dan memperkenalkan diri sebagai isteri Hadi. Salina terus meluru keluar dan marah kerana berasa di tipu.
Dia bertengkar dengan Hadi dan memberitahu yang dia tidak sanggup di madu. ketika sedang berlari keluar. mereka dilanggar sebuah kereta.
Hadi meninggal di hospital manakala Salina terbaring lumpuh. Razil dan anak-anak lah yang menjaga Salina setiap hari.. Mak Salina mengucapkan terima kasih pada Razil. Mak salina juga meminnta Razil berkahwin semula dengan Salina. Razil bersetuju dan begitu juga dengan salina.
Sebaik Razil melafazkan akad Salina menghembuskan nafas yang terakhir.
Tamat.
0 Ulasan