RESEPI SATAY DAGING LEMBUT DAN SEDAP

RESEPI SATAY DAGING LEMBUT DAN SEDAP | Lepas tengok satu tweet satay viral yang harga secucuk rm3.90 terus rasa teringin nak makan satay daging. Tapi untuk harga RM3.90 secucuk mahal sagat la. Apa kata kita buat sendiri je la. Boleh makan puas-puas. Lagipun daging memang dah ada. Bahan lain pun semua lengkap. Tukang bakar satay pun sedia berkhidmat sebab memang suka makan daging. 

Satay daging


Untuk Satay daging kali ni saya cuma guna daging frozen je. Beli dekat Econsave saja. Memandang kan ini satay daging frozen jadi kita kena lembutkan dulu daging nya supaya tak la tercabut gigi masa nak makan nanti.

Cara lembutkan daging untuk buat satay daging

Untuk lembutkan daging frozen selalunya saya akan biarkan daging tu defrost sendiri. letak je dalam periuk dan biarkan saja kat dapur tu. selalu nya kalau nak masak tengahari , pagi-pagi saya dah keluarkan daging supaya dia cair. Jangan letak air panas atau rendam daging dengan air sebab akan merosak kan kualiti daging tu. Lepas tu daging pun tawar je. Dah tak sedap.

Bila daging dah lembut, potong daging ikut lawan urat daging. Potong daging sebesar ibu jari orang dewasa.Bila dah siap potong daging , masuk kan dalam penapis dan biarkan air daging tu menitik keluar. Jangan dibasuh dengan air dulu. 

BACA: Cara buat kuah satay paling sedap

Satu petua untuk melembutkan daging satay ialah , selepas daging dah siap di potong dan di tos air nya, bancuh 1 sudu besar baking soda dengan air. kemudian masuk kan daging tadi kedalam air baking soda. Biarkan selama 15 minit kemudian cuci hingga bersih. Daging akan lembut dan mudah dimakan.

Sementara kita tunggu air sejuk beku pada daging tu habis turun, jom siapkan bahan-bahan buat satay daging lembut dan sedap.

Satay daging


Bahan-bahan buat satay daging yang lembut dan sangat sedap.

1/2 kilo daging - potong dan ketepikan

Bahan untuk dikisar

1 sudu kecil jintan manis 

1 sudu kecil jintan putih 

1sudu kecil lada sulah 

1/2 sudu kecil biji Ketumbar 

1sudu kecil serbuk kunyit  

1 inci kunyit hidup 

2 batang serai 

1inci lengkuas 

5 ulas bawang putih 

1 biji bawang besar 

halia 1 inci 

Gula merah 3 sudu besar 

Gula pasir 2 sudu 

1 sudu kecil garam 

1 cawan air

Cara-Caranya:

*rendam lidi satay dalam air bagi mengelak kan lidi mudah terbakar.

Bersihkan daging yang sudah dipotong dan sudah di tos air nya. Ketepikan

Masuk kan semua bahan kisar ke dalam pengisar . Kisar sampai halus.

Lepas tu masuk kan bahan-bahan kisar ke dalam  daging yang dah di potong dan dibersihkan tadi. Gaul sebati.

Cucuk daging pada lidi. 1 lidi dalam 4-5 ketul saja pun dah cukup.

Bila dah siap cucuk satay  perap dulu selama 8-7 jam sebelum kita bakar. . 3 jam perap diluar dan 4-5 jam kemudian masuk kan dalam peti sejuk. 

Selain menyedapkan satay, bahan perapan juga berfungsi untuk melembutkan daging secara semulajadi.

Kemudian langkah terakhir boleh la bakar satay tu. Bau dia memang boleh buat jiran-jiran tak senang duduk.. tak kan nak bagi bau je.Hantar la sepinggan kat jiran sebelah.

Resepi satay daging ni juga korang boleh gunakan untuk buat satay daging goreng. Kalau malas nak nyalakan api goreng saja satay dengan lidinya sekali. Baunya sangat wangi tau. 

Catat Ulasan

0 Ulasan