RESEPI GORENG PISANG RANGUP SIMPLE GUNA TEPUNG SEGERA ADABI

RESEPI GORENG PISANG RANGUP SIMPLE GUNA TEPUNG SEGERA ADABI | Sedap betul makan goreng pisang yang digoreng guna tepung segera adabi. Dah jadi kegemaran anak-anak pulak. Tepung dia yang rangup, mudah dibancuh dan paling penting murah je. 

 

goreng pisang rangup

Kalau suka tepungnya tebal sedikit boleh bancuh pekat. Kalau nak tepung nya nipis , cairkan sedikit saja bancuhan. Memang mudah la. Macam gambar diatas ni , saya buat bancuhan nya sedikit cair . Cantik sungguh hasilnya. Pisang goreng tetap rangup walaupun sejuk.


Bancuhan tu saya cairkan sebab pisang sedang elok untuk digoreng, Kalau pisang tu dah terlebih masak boleh la buat bancuhan tepung segera adabi ttu sedikit pekat dan guna api besar supaya pisang tak masuk minyak. Jadi gorengnya pun sekejap saja. Tak boleh lama2 sebab nanti pisang jadi lembik dan mencair. 



goreng pisang rangup

Harga tepung goreng pisang adabi ni pun murah saja, Tak sampai rm3. Tepung gandum lagi mahal dari tepung goreng pisang ni. Untuk sebungkus ni boleh buat 2 sikat pisang saiz sederhana. banyak kan?? Buat guna bancuhan yang tak pekat dan tak cair


goreng pisang rangup

Saya pun tak tahu nama pisang yang saya guna ni. Tapi pisang ni memang sedap untuk buat goreng pisang atau pun kek pisang. Pisang yang sesuai untuk buat goreng pisang mestilah tak terlalu masak. Jangan pilih pisang yang masak ranum sebab nanti bila dah goreng pisang jadi lembik dan masuk minyak. Cara ni juga terpakai kalau korang guna resepi goreng pisang guna tepung gandum.

goreng pisang rangup

Kalau nak lebih sedap dan menarik lagi, boleh taburkan biji bijan dalam bancuhan tepung goreng pisang. Cara ni selalu digunakan dalam resepi pisang goreng rangup untuk berniaga . 


goreng pisang rangup

Resepi Goreng Pisang Rangup


Berikut adalah cara buat tepung goreng pisang rangup guna tepung goreng pisang Adabi.

Bahan-bahan:

1 sikat pisang

1\2 cawan tepung goreng pisang adabi

1 cawan air sejuk

1 sudu kecil garam

minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

1. panaskan minyak dalam kuali. Minyak kena banyak seab kita guna deep fry. 

2. Dalam 1 bekas campurkan garam ke dalam tepung.

3. Masuk kan air sedikit demi sedikit sambil kacau. 

4. Bancuhan ikut citarasa sendiri. Boleh test celup pisang dalam tepung. Kalau tepung tersalut penuh di pisang maknanya dah ok la tu.


goreng pisang rangup

5. Kemudian bila minyak dah panas boleh la goreng pisang yang dah dicelup dalam tepung. Masuk kan satu demi satu dalam kuali. 

6. Tak lama pun pisang keperangan terus angkat dan toskan minyak. 


Ada banyak resepi goreng pisang . Tapi tak banyak yang sedap dan boleh dimakan bila dah sejuk. Ada satu tips kalau nak pisang goreng rangup buat la resepi goreng pisang guna tepung beras. Cuma campurkan sedikit tepung gandum untuk memejalkan bancuhan. Tapi rumit juga tu sebab kalau silap bancuh pisang goreng jadi terlalu keras. nak mudah guna je tepung goreng pisang adabi ni., Selesai satu masalah.

Catat Ulasan

0 Ulasan