RESEPI DAGING MASAK KICAP YANG SIMPLE TAPI SEDAP

RESEPI DAGING MASAK KICAP YANG SIMPLE TAPI SEDAP | Minggu ni malas betul rasa nak masak. Nasib baik suami minta masak yang simple-simple je sebab faham isteri malas masak. Kepala pun asyik pening sebab cuaca melampau panas. Nak buat apa-apa aktiviti kat luar pun rasa malas. Jadi hari ni saya buat daging masak kicap saja. Hidangan yang simple tapi sedap untuk bekal suami ke tempat kerja. Kebetulan hari ni suami kena beli buku sekolah anak. Dia mungkin tak sempat nak balik makan. Tapi dia akan balik sekejap untuk hantar buku anak, dan kita siapkan lah bekal je untuk dia ambil nanti.

Daging Masak Kicap

Saya punya resipi daging masak kicap memang simple sangat. Resepi ni diajar mak saya masa saya masih bersekolah dulu. Tak gunakan bahan yang banyak dan masak pun lebih cepat. Daging pun dihiris nipis sebab kita tak mau kuahnya dimasak atas api terlalu lama. Daging masak kicap simple.


Kicap ni kalau terlalu lama dimasak diakan mengubah rasa kicap tu. Kadang-kadang kicap jadi pahit. So kita nak elak kan semua tu , masak kicap perlu dimasak dengan ringkas dan cepat. Jadi sebaiknya daging dihiris nipis. Bukan di potong dengan saiz besar. Daging masak kicap kenduri

Resepi Daging Masak Kicap Berkuah


Daging masak Kicap pedas. Hidangan ni untuk seorang atau dua orang makan saja. Boleh tambahkan lobak , daun bawang dan daun sup jika suka. Daging masak kicap ni sangat sesuai juga untuk budak-budak sebab tak pedas. Saya tak masuk kan cili giling atau sos tiram. Sebab tu hidangan ni simple saja.
Daging Masak Kicap Berkuah


Daging Masak Kicap Lada Hitam. Untuk kicap saya gunakan kicap kipas udang sebab kicap ni saja yang bagi saya sesuai untuk daging masak kicap.Jom kita tengok bahan-bahan untuk resepi Daging Masak Kicap Yang Simple. Saya masuk kan juga lada hitam untuk menambah kesedapan nya.

Bahan-bahan ( Hidangan untuk 2 orang ) 

100 g daging dihiris nipis
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar air
2 sudu besar minyak masak

Bahan kisar halus
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan di tumbuk halus
1 batang kulit kayu manis
3 batang bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1sudu kecil lada hitam

1\2 biji Bawang besar dihiris tebal
5 tangkai cili kecil (tak payah potong)

Bahan yang di tumbuk halus tu boleh je kalau tak nak tumbuk tapi nanti nak makan tak syok la. Jenuh ye kalau tergigit bunga cengkih dan bunga lawang.  Dan rasanya pun tak kuat.Lebih sedap bila di tumbuk halus.

Cara masak Daging Masak Kicap 

1. Dengan api perlahan panaskan minyak dalam kuali.

2. Dalam satu mangkuk campurkan bawang merah, bawang putih , halia , daging dan bahan yang sudah rempah taus yang ditumbuk halus.

Daging Masak Kicap

 

3. Masuk kan kicap jugak. Dan gaul sebati. Saya masuk kan kicap anggaran dalam 3 sudu besar. Kalau korang nakmasuk kan lebih sikit pun boleh. Tapi jangan banyak sangat la sebab rempah ratus tu tak banyak mana pun. Nanti rasa kicap je yang lebih.

Daging Masak Kicap

4. Bila minyak dalam kuali dah panas, tuang saja semuanya dalam kuali. Kacau dan biarkan mmendidih dalam 3 minit . Masuk kan 1 sudu air. 


Daging Masak Kicap


5. kacau-kacau sekejap, Tutup api dan masuk kan bawang besar yang dah dihiris bersama dengan cili kecil. Boleh juga masuk kan lobak , daun bawang dan daun sup waktu api baru di tutup. Sebab kita tak nak sayur-sayur tu layu. Daging Masak Kicap Viral.

Daging Masak Kicap

Dah pun siap dan boleh la dihidangkan. Memang paling sedap dan mudah dimasak

Daging Masak Kicap

Tempoh memasak dan penyediaan bahan cuma dalam kurang 10 minit saja. 1 tips untuk korang masak dengan lebih cepat, korang boleh kisar bawang merah, bawang putih dan halia banyak2 dan simpan dalam peti sejuk. 

Bila semua bahan dah siap sedia nak memasak pun jadi mudah. Walaupun saya surirumah saja, tapi saya tetap gunakan cara ini supaya saya boleh jimatkan masa dan fokus untuk buat perkara lain pulak. Daging Masak Kicap berempah.Daging masak kicap simple

Catat Ulasan

0 Ulasan