RESEPI DAGING GORENG PEDAS SIMPLE - RESIPI MUDAH

RESEPI DAGING GORENG PEDAS SIMPLE - RESIPI MUDAH | Ada orang suka masakan yang simple tapi sedap sebab nak cepat dan mudah nak dapat menu tu. Tak payah nak tunggu lama masa memasak dan jugak bajet pun kecil je.Antara masakan yang simple ialah makanan yang dimasak dengan cara kilas-kilas je. Maksudnya masakan tu di campak2 dan di alih2 sekejap dah siap. 



Hari ni saya nak kongsikan satu menu kegemaran suami saya dan menu yang boleh dikatakan paling saya suka masak. Iaitu Daging Goreng Pedas. Saya suka masak menu ni sebab ianya mudah sangat dan tak ambil masa yang lama. Dalam masa 5 minit saja dah siap.


Daging Goreng pedas yang simple ni menjadi menu kesukaan suami setiap kali dia nak makan cepat. Kadang2 bila dia balik makan di rumah, kena cepat sebab waktu makan nya tak lama. Mujur la tempat kerja suami 2 minit je dari rumah. Beli makan diluar lagi lambat dari balik makan dirumah.

BACA:

Sampai dirumah je nasi dah siap hidang. Dia basuh tangan dan duduk terus makan saja.Makan pun bertambah-tambah. Alhamdulillah rezeki suami dapat tempat kerja yang dekat sangat dengan rumah. 



ok. Jom kita mulakan resipi daging goreng pedas ni.

Bahan-bahan

100g daging dihiris nipis

1 sudu kecil serbuk kunyit

secubit garam

1/2 biji bawang besar dihiris tebal

5 tangkai cili padi di belah dua

halia 1/2 inci (ketuk je)

2 sudu besar air

Cara memasak.

1. Panaskan minyak

2. tumis halia dan daging

3. masuk kan serbuk kunyit dan garam

4. masuk kan air. kacau sebati. dan tunggu  sampai daging sedikit garing

5. masuk kan bawang besar dan cili padi.

6. kacau2 sedikut dan siap dihidangkan. 



kalau nak tambah lobak, daun bawang dan daun sup pun boleh jugak. tapi masuk kan masa dah nak angkat sebab kita tak nak sayuran tu layu. Guna saja bahan2 yang mudah dan ringkas.  

Mudah saja kan..Kalau nak buat untuk hidang bersahur pun sesuai cuma kurangkan penggunaan cili sebab makanan pedas tak sesuai untuk mereka yang nk berpuasa. 

Untuk lebih banyak resepi mudah dan simple boleh klik dibahagian tab menu dan pilih RESEPI. Selamat mencuba.

Catat Ulasan

0 Ulasan