JAGA AKU SELAMANYA TV3 EPISOD 9

JAGA AKU SELAMANYA TV3 EPISOD 9 Drama terbaru di slot Lestari tv3 ini disiarkan pada 15 March 2023 memasuki episod ke 9. Drama ini mengangkat isu hak asasi kanak-kanak yang sering diabaikan seperti isu keselamatan, pendidikan dan kesihatan.

jaga aku selamanya

Tarikh Tayangan: Mac 2023

Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam

Rangkaian: Lestary TV3

Episod : 13

Idea Asal: Wan Hasliza Wan Zainuddin

Pengarah: Rashidi Ishak & Wan Alauddin Wan Zainuddin

Produksi: Kl Motion Picture

Pelakon: Nadiya Nisaa, Johan Asari, Baqir Jamalullail, Puteri Rafasya, Dzul Hadziq Zamri, Damia Qaissarah, Yusayri Akma

BACA: Jaga Aku selamanya Episod 8

Jaga Aku Selamanya Full Episod 9

Pagi itu isteri cikgu daud bangun dan terdengar bunyi suara bayi menangis didepan pintu. Isteri cikgu Daud terkejut melihat Adam sedang menangis keseorangan. Isteri cikgu Daud memanggil suaminya dan cikgu Daud terus bertanya dimana abang dan kakak Adam yang lain . Isteri cikgu Daud menjawab tidak tahu sambil segera membawa Adam yang sedang menangis masuk ke dalam rumah.

Azhar, Adi dan Yeye masih berada di tempat mereka bersembunyi semalam. Azhar menyusun tong-tong kosong dan papan terbuang untuk dijadikan tempat adik-adiknya berteduh. Dia kemudian nya memberitahu yang dia terpaksa menghantar Adam pada cikgu Daud. Azhar bertanya apa yang berlaku semalam. Adi memberi tahu ada penjahat mengganggu dan meminta wang pada mereka. Mereka melarikan diri tetapi Mia ditangkap polis.

Azhar meminta adik-adiknya agar duduk disitu sementara tapi mereka perlu berhati-hati agar pakcik guard yang dilihat malam tadi tidak dapat mengesan mereka. Azhar kemudiannya meminta adik-adiknya tunggu disitu sementara dia keluar mencari makanan.

Ketika cikgu Daud hendak keluar ke sekolah, cikgu Daud memberitahu isterinya yang dia akan keluar mencari 4 beradik tersebut di sekitar kawasan perumahan sebelum membuat laporan polis. 

Azhar duduk ditepi jalan sambil mengira wang di sakunya. datang seorang lelaki dan beberapa orang yang sedang berjalan menghulurkan wang padanya.Dapatlah Azhar membelikan makanan untuk adi dan Yeye.

Adi dan yeye menunggu Azhar. Adi tak tahan dan berasa ingin pergi ke tandas. Yeye melarang Adi kerana Azhar sudah berpesan supaya menunggu nya disitu. Adi bertanya pada yeye sama ada Yeye ingin mandi.


Adi kemudian nya membawa Yeye untuk mencari tempat agar mereka dapat membersihkan diri. Tetapi mereka tersesat. Mereka ternampak pakcik guard yang mereka lihat semalam. Mereka kemudian nya terus melarikan diri keluar dari kawasan tersebut. Pakcik guard tidak mengesyaki apa-apa melihat mereka berlari keluar dari situ.

Yeye dan Adi berjalan di sekitar pekan tanpa mengetahui arah tuju. Mereka sampai di sebuah tempat yang tertera banner pertandingan tarian. 

Azhar berjalan di sekitar kedai dan melihat ramai gelandangan disitu. Mereka juga diberikan makanan.

Adi masuk ke tandas yang terdapat di bangunan disitu dan dia membersihkan diri. Dia kemudiannya menunggu Yeye diluar. Mereka kemudian nya memutuskan untuk ke tempat dimana Azhar meminta mereka menunggu.

Ketika Azhar sedang berjalan dia ternampak pak guard yang sedang meronda dengan basikal, Dia bersembunyi. dan bila keadaan sudah selamat dia terus menuju ke tempat dimana Adi dan Yeye menunggu. Pak guard dapat merasakan ada kelibat seseorang di tapak kosong tersebut tapi dia masih sangsi kerana tidak melihat dengan jelas.

Azhar memarahi Adi dan yeye kerana Adi dan Yeye tidak menunggu nya disitu. Azhar risau jika pakcik guard menangkap mereka kerana tinggal di kawasan tersebut. Azhar memberi Adi dan Yeye makan. Selepas mereka makan , mereka memulakan kerja-kerja membuat tempat tinggal disitu. 

Isteri Cikgu Daud ternampak surat yang ditinggalkan Azhar di dalam kereta sorong Adam. 


Cikgu Daud kemudian nya pergi ke kedai makan di mana Azhar pernah bekerja. Dia bertanya jika Azhar ada datang ke situ. Mereka memberitahu Azhar tak kan datang kesitu lagi.

Cikgu Daud kemudian nya datang ke balai polis untuk membuat laporan kehilangan Azhar dan adik-adiknya.

Pak guard terus memeriksa kawasan terbiar disitu. Dia yakin kelibat budak-budak yang dilihat disitu masih ada disitu. 

Cikgu Daud pulang dari sekolah. Dia berbual dengan isterinya. Isteri cikgu Daud memberitahu yang dia berat hati hendak menyerahkan Adam. Dia kemudian nya menghulurkan surat yang ditulis Azhar kepada cikgu Daud.

Azhar membawa Yeye dan Adi mandi dan membersihkan diri. Yeye memberitahu dia sangat lapar. Azhar kemudian nya membawa Yeye dan Adi ke kawasan kedai untuk mencari tempat supaya mereka dapat memasak nasi. Mereka ingin menggunakan periuk nasi yang diambil dirumah cikgu Daud.

Ketika Adi sedang berdiri diluar kedai dia ternampak seorang lelaki tak ubah seperti ayahnya. Tapi dia hanya memerhatikan lelaki tersebut dan berfikir mungkin dia salah melihat.

Ketika mereka tiada ditempat persembunyian mereka, pakcik guard meronda di kawasan tersebut dan menemui tempat yang Azhar dan Adik-adiknya tinggal di bawah lori terbiar. Pakcik guard memeriksa jika budak-budak itu ada situ tapi mereka tiada.

Azhar dan adik-adiknya siap untuk makan selepas masak nasi bersama telur, Ketika sedang makan Adi bertanya tentang ayahnya pada Azhar. Dia juga memberitahu yang dia dapat rasakan ayah nya ada berhampiran mereka. Tapi Azhar tidak mempedulikan kata Adi. Selepas makan mereka menuju ke tempat mereka berehat. Sampai disitu mereka terkejut kerana terdapat beberapa biji bantal. Yeye terus baring dan Azhar menyelimutkan adik-adiknya.

mereka tidak sedar pakcik guard memerhatikan mereka dari jauh dengan penuh simpati.

Catat Ulasan

0 Ulasan