JAGA AKU SELAMANYA TV3 EPISOD 8

JAGA AKU SELAMANYA TV3 EPISOD 8Drama terbaru di slot Lestari tv3 ini disiarkan pada 15 March 2023 memasuki episod ke 8. Drama ini mengangkat isu hak asasi kanak-kanak yang sering diabaikan seperti isu keselamatan, pendidikan dan kesihatan.

JAGA AKU SELAMANYA

Tarikh Tayangan: Mac 2023

Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam

Rangkaian: Lestary TV3

Episod : 13

Idea Asal: Wan Hasliza Wan Zainuddin

Pengarah: Rashidi Ishak & Wan Alauddin Wan Zainuddin

Produksi: Kl Motion Picture

Pelakon: Nadiya Nisaa, Johan Asari, Baqir Jamalullail, Puteri Rafasya, Dzul Hadziq Zamri, Damia Qaissarah, Yusayri Akma

BACA: Jaga Aku selamanya Episod 7

Jaga Aku Selamanya Full Episod 8

Azhar membawa adik-adiknya kerumah Cikgu Daud. Azhar meminta maaf kepada cikgu Daud kerana selama ini dia banyak menipu cikgu Daud. Isteri cigu Daud juga melayan mereka dengan baik. Azhar dan adik-adiknya sangat gembira. 

Azhar dan adik-adiknya juga sudah mula bersekolah. Cikgu Daud dan isterinya menjaga mereka seperti anak sendiri. Cikgu Daud membincangkan hal Azhar dan adik-adiknya kepada pengetua sekolah.

Cikgu Daud dan isterinya sudah lama berkahwin dan mereka belum mempunyai cahaya mata. Isteri Cikgu Daud berniat menjaga Azhar dan adik-adiknya selama-lamanya. Cikgu Daud serba salah. Dia tahu tindakan nya mengambil Azhar dan adik-adiknya satu kesalahan kerana azhar dan adik-adiknya masih mempunyai ibu bapa,

Isteri cikgu Daud sangat susah hati , Dia risau jika Azhar dan adik-adiknya akan meninggalkan mereka.

Mia banyak termenung sejak dia mendengar perbualan Cikgu Daud dan isterinya. Dia risau jika mereka akan dihantar ke rumah kebajikan. Azhar bercadang agar dia sahaja yang keluar mencari ibu. Mia membantah dan meminta Azhar menerima kenyataan bahawa ibu mereka sudah meninggalkan mereka. Mia bercadang untuk keluar membawa adik-adiknya dari rumah Cikgu Daud.

Malam itu selepas Cikgu Daud dan isterinya tidur mereka merancang untuk keluar dari rumah malam itu jugak. Mia sempat mengambil periuk nasi lama kepunyaan isteri cikgu daud. Mereka juga membawa semua barang-barang mereka.

Ketika isteri cikgu daud bangun membuat susu untuk Adam, dia menyedari Azhar dan adik-adiknya sudah tiada didalam bilik. Cikgu Daud meronda sekitar kawasan rumah , Dia juga pergi ke rumah lama Azhar dan mendapati Seri sedang menangis. Rupanya Mak Minah sudah meninggal akibat sakit jantung. Seri menangis kesedihan ditambah dengan abang-abangnya yang berniat mengambil semula rumah yang Seri duduki. Cikgu Daud sempat berpesan agar Seri hubungi nya jika Azhar dan adik-adiknya pulang kerumah.

Azhar mengajak Mia pulang kerumah dan menunggu ibunya balik. Tapi Mia berkeras untuk pergi jauh dari situ.

Seri duduk menonton tv keseorangan. Dia gembira kerana hidupnya bebas tanpa mak minah dan gangguan dari Azhar dan adik-adiknya. Seri juga menghantar pesanan ringkas pada abangnya agar jangan berani hendak merampas semua harta  kerana dia tak kan mengizinkan nya.

Tanpa dia sedari ada orang yang sedang memerhatikannya dari luar rumah.

Adik-adik Azhar merungut kelaparan. Azhar masuk ke kedai dan membeli makanan sementara Mia dan adik-adik menunggu di luar. Datang seorang lelaki dan menghulurkan wang pada Mia. Azhar yang melihat Mia memegang wang terus berpesan supaya jangan sesekali minta sedekah. Mia mengatakan yang mereka bukan ada wang. Azhar terpaksa bersetuju dengan Mia.

Mereka meneruskan perjalanan dalam gelap gelita di lorong belakang kedai dan berhenti berehat dilorong  belakang kedai. Cikgu Daud belum menemui mereka lgi. Isteri Cikgu Daud sangat sedih dan risau dengan nasib Azhar dan adik-adiknya.

Azhar mengambil sehelai kertas dan menulis sesuatu di atas kertas. Dia memandang adik-adiknya yang sedang tidur. Dia kemudian nya membawa Adam yang berada di dalam kereta sorong bayi. Dia kembali semula kerumah Cikgu Daud dan meninggalkan adam di rumah cikgu Daud. Azhar tahu dia tak mampu menjaga Adam.  Azhar menangis kerana terpaksa berpisah dengan adiknya yang masih kecil . Dia menyelitkan surat yang dia tulis ke genggaman tangan adm yang sedang tidur lena. Dia terus keluar dan pergi dari situ.

Seri yang sedang leka menonton tv tidak sedar rumahnya dimasuki seseorang. Dia terdengar bunyi pelik. Perlahan-lahan dia berjalan ke dapur. 

Azhar kembali semula ke tempat adik-adiknya sedang berehat. Dia melihat beberapa orang lelaki mengejar adik-adiknya. Azhar membawa Adi dan Yeye lari bersama dan bersembunyi. Mujur datang pengawal keselamatan yang sedang meronda dan menghalau lelaki yang mengejar Azhar dan adik-adiknya. Selepas pengawal keselamatan pergi , Azhar memeluk adik-adiknya yang ketakutan.

Mulut Seri di tekup, Perompak yang memasuki rumah seri mengambil barang kemas dan menolak Seri. Seri jatuh pengsan.

..bersambung..

Catat Ulasan

0 Ulasan