JAGA AKU SELAMANYA TV3 EPISOD 6

 JAGA AKU SELAMANYA TV3 EPISOD 6 | Drama terbaru di slot Lestari tv3 ini disiarkan pada 15 March 2023 memasuki episod ke 6. Drama ini mengangkat isu hak asasi kanak-kanak yang sering diabaikan seperti isu keselamatan, pendidikan dan kesihatan. 

Jaga Aku Selamanya

Tarikh Tayangan: Mac 2023

Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam

Rangkaian: Lestary TV3

Episod : 13

Idea Asal: Wan Hasliza Wan Zainuddin

Pengarah: Rashidi Ishak & Wan Alauddin Wan Zainuddin

Produksi: Kl Motion Picture

Pelakon: Nadiya Nisaa, Johan Asari, Baqir Jamalullail, Puteri Rafasya, Dzul Hadziq Zamri, Damia Qaissarah, Yusayri Akma

BACA: JAGA AKU SELAMANYA TV3 FULL EPISOD 5

Jaga Aku Selamanya Full episod 6

Azhar menoleh dan dia terkejut melihat Cikgu Daud di depan pagar rumahnya. Cikgu Daud bertanya pada Azhar mengapa dia sudah lama tak datang ke sekolah. Azhar akhirnya terpaksa berterus terang pada Cikgu Daud yang dia terpaksa menjaga adik-adiknya kerana ibu dan ayahnya tida di rumah.

Cikgu Daud memberi semangat pada Azhar untuk terus belajar. Dia mahu Azhar datang ke sekolah. Dia tak mahu Azhar berada dalam masalah.


Maya berulang kali menghubungi Seri. Tapi Tiada jawapan. Amri memujuk Maya agar jangan sedih. Maya berterus terang pada Amri tentang status dirinya.Dia memberitahu segalanya tentang Syukri yang tak pulang-pulang. Amri tidak mahu maya menyembunyikan apa-apa masalah lagi darinya.

Azhar membeli barangan dapur ditemani Adi. Tapi mereka tak dapat membeli lampin pakai buang kerana harga yang sangat mahal.

Ketika dalam perjalanan pulang dari kerja, Ros meminta Maya berhati-hati dengan Amri walaupun Amri seorang yang baik.

Azhar terpaksa membawa adik-adiknya bersama ke tempat kerja kerana tiada siapa yang menjaga mereka dirumah. Bos tempat kerja membenarkan Azhar membawa adik-adiknya asalkan tidak ada pinggan dan cawan yang pecah. 

Di sekolah Adi yang kelaparan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan. Dia hanya memerhatikan kawan-kawan yang sedang makan di kantin. Adi mengambil botol kosong diatas meja dan mengisi air.. Dia minum dan dudk di kantin. Adi mengambil pinggan yang mengandungi sisa makanan dan makan dengan berselera. Cikgu Daud ternampak apa yang dilakukan Adi.


Cikgu Daud kasihan melihat Adi dan membelikan makanan untuk Adi. Adi makan dengan berselera sambil ditemani Cikgu Daud. Cikgu Daud berbual dengan Adi. Banyak perkara tentang keluarga Azhar yang diketahui Cikgu Daud dari Adi.

Mia kebetulan lalu di kantin. Dia ternampak Adi berbual dengan Cikgu Daud. Mia risau jika Adi terlepas cakap didepan cikgu Daud.

Kak Sal. isteri encik Mujid ternampak melihat satu bungkusan diatas meja Encit Mujid. Belum sempat Encik Mujid menghalang dia sudah membuka bungkusan tersebut. Dia gembira apabila melihat hand lotion. Dia sangka kan lotion tersebut untuknya dan terus mengucapkan terima kasih pad Encik Mujit. Encik Mujid terpaksa mengiyakan semuanya. Sebenarnya dia ingin memberikan lotion tangan tersebut pada Maya. 

Azhar menghidangkan makanan untuk adik-adiknya. Dia juga membuat susu untuk Adam. MIa memerhatikan Azghar. Dia kasihan dengan Azhar yang sanggup berkorban untuk nya dan adik-adik. Mia sedikit berubah apabila dia banyak membantu Azhar melakukan kerja-kerja rumah. Azhar gembira dengan perubahan sikap Mia.


Terdengar bunyi enjin kereta berhenti didepan rumah. Azhar dan Mia bergegas lari keluar kerana mereka tahu tentu Mak Minah sudah pulang. Rupanya Seri sahaja yang pulang. Seri memberitahu mak minah sakit kerana menjaga Azhar dan adik-adiknya. Seri memarahi Mia dan Azhar kerana merungut mereka tiada duit untukmakan. Dia juga memberitahu ibu mereka sudah tidak sayangkan mereka lagi.

Maya sangat gembira kerana esok dia akan pulang ke kampung menjenguk anak-anaknya.  Ros mencadangkan Maya membelikan telefon untuk anak-anaknya supaya mudah mereka berhubung.

Pagi itu Maya dan Amri sudah bersiap untuk bertolak pulang ke kampung dengan menaiki van syarikat. 

Azhar sibuk membersihkan rumah. Sambil membebel pada Adi yang suka membuat sepah. Azhar melihat Yeye bermain dengan kalkulator. Azhar menyedari kalkulator tersebut milik kedai tempat dia bekerja. Dia berpesan pada Yeye yang tindakan tersebut sama seperti mencuri.

Maya dan Amri sempat membeli beberapa barang untuk anak-anak maya. Maya sangat berterima kasih pada Amri kerana banyak membantunya.


Dalam perjalanan tiba-tiba van mereka rosak. Amri terpaksa menefon truk tunda. Maya berasa serba salah dan takut jika Encik Mujid marah.

Cikgu Daud datang ke rumah tapi rumah kelihatan tiada sesiapa dirumah. Seri kebetulan mahu keluar. Cikgu Daud bertanya pada Seri tentang keluarga Azhar. Seri memberi tahu Cikgu Daud yang bapa anak-anak itu tidak berguna. cikgu Daud terkejut kerana dia sangka kan ayah mereka ada bersama mereka.

Encik Mujid memberikan lotion tangan pada Maya. Tapi dia tak sedar isterim, Kak Sal memerhatikan dari jauh. Maya sempat meminta maaf pada Encik Mujid berkenaan van company yang rosak. Encik Mujid kehairanan. Maya menceritakan semuanya pada encik Mujid. Encik Mujid

Cikgu Daud memerhatikan Mia dan adik-adiknya dari Jauh. Dia melihat mereka berjumpa dengan Azhar di kedai. Cikgu Daud akhirnya tahu rupanya Azhar bekerja di kedai makan.

Bos kedai makan melihat penguatkuasa datang membuat pemeriksan di kedai makan. Dia terus ke belakang kedai dan meminta Azhar segera lari. Ketika Azhar hendak melarikan diri dia terlanggar cikgu daud.

Bersambung..



Catat Ulasan

0 Ulasan