JAGA AKU SELAMANYA TV3 EPISOD 5

 JAGA AKU SELAMANYA TV3 EPISOD 5 | Drama terbaru di slot Lestari tv3 ini disiarkan pada 15 March 2023 memasuki episod ke 5. Drama ini mengangkat isu hak asasi kanak-kanak yang sering diabaikan seperti isu keselamatan, pendidikan dan kesihatan. 

jaga aku selamanya

Tarikh Tayangan: Mac 2023

Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam

Rangkaian: Lestary TV3

Episod : 13

Idea Asal: Wan Hasliza Wan Zainuddin

Pengarah: Rashidi Ishak & Wan Alauddin Wan Zainuddin

Produksi: Kl Motion Picture

Pelakon: Nadiya Nisaa, Johan Asari, Baqir Jamalullail, Puteri Rafasya, Dzul Hadziq Zamri, Damia Qaissarah, Yusayri Akma

Jaga Aku Selamanya Full episod 5

Adi dan Mia menuju ke tempat rehat. Mia mengeluarkan sebiji kuih lepas pisang dari poket baju nya. Dia menghulurkan separuh kuih lepat pisang pada Adi. Dari jauh cikgu melihat Mia dan Adi. Cikgu Daud menghampiri mereka dan bertanya mengapa Azhar tak datang ke sekolah. Mia mengatakan Azhar tak sihat. Ketika cikgu berjalan pergi Qistina menahan cikgu Daud dan memberitahu tentang keluarga Mia dan Azhar.

Cikgu Daud terus menghubungi Maya dan bertanya sama ada betul anak-anak maya tinggal tanpa pengawasan orang dewasa. Maya menyangkal dan mengatakan semua itu tak benar kerana  anak-anaknya tinggal dengan nenek mereka.


Maya mula menjadi risau apabila cikgu Daud memberitahu Azhar sudah lama tidak datang ke sekolah. Maya cuba menghubungi Seri. Tapi Seri tak peduli kan panggilan telefon Maya. Setelah di tegur Mak Minah barulah Seri menjawab panggilan Maya. Sambil merungut Seri terus ke rumah Azhar dan Mia. 

Maya dapat bercakap dengan Azhar. Dia terus berpesan pada Azhar supaya jangan beritahu pada sesiapa yang ibu dan ayah tiada dirumah. Maya sebenarnya risau jika orang tahu anak-anaknya tinggal tanpa pengawasan anak-anaknya mungkin akan dibawa tinggal dirumah kebajikan. Maya meminta Azhar pastikan cikgu di sekolah juga tidak tahu tentang mereka. Dia juga mahu Azhar pergi ke sekolah kerana tak mahu cikgu mengesyaki apa-apa.

Seri terus merampas telefon ketika Azhar masih ingin bercakap dengan ibunya. Dia terus pulang ke rumah tanpa mempedulikan Azhar dan anak-anaknya.

Ros bertanya pada Maya tentang anak-anak Maya. maya tak tahu apa harus dilakukan . Dia risau tentang anak-anaknya dalam masa yang sama dia perlu bekerja demi anak-anaknya.


Di sekolah Cikgu Daud cikgu berjumpa dengan Azhar dan bertanya mengapa Azhar lama tak datang ke sekolah. Azhar memberitahu yang dia demam. Bila ditanya tentang surat Mc Azhar memberitahu dia tidak ke klinik. Cikgu Daud bertanya tentang ibu da ayahnya. Azhar memberitahu ibu dan ayahnya ada dirumah. Cikgu Daud meminta Azhar menceritakan apa-apa  jika Azhar mengalami masalah. Dia sudi membantu jika Azhar perlukan pertolongan.

Qistina bertanya tentang ibu Mia. Mia teringat yang Azhar dah berpesan supaya jangan menceritakan masalah mereka kepada sesiapa. Mia terus mengatakan ibu dan ayah nya ada dirumah. Ketika Qistina mengajak Mia pulang bersama, Mia memberitahu yang ayahnya akan menjemputnya nanti. 

Maya menghantar pesanan pada Seri mengatakan dia sudah mengirimkan duit sewa rumah dan bil . Dia mahu Seri memberi wang tersebut pada Azhar. Tapi Seri tak jujur.Dia hanya memberikan separuh sahaja duit pada Azhar . Barag-barag didalam rumah Azhar juga sudah banyak diqambil semula kerana tak    dibayat.

Amri kasihan dengan Maya. Dia menawarkan diri untuk menghantar Maya pulang ke kampung. 

Seri menggunakan wang yang dikirim maya untuk membayar hutangnya. tiba-tiba Mak minah sesak nafas dan pengsan. Seri membawa mak minah ke hospital. 

Pagi itu Azhar datang ke rumah mak minah . Tapi mak minah dan seri tiada kerana mereka di hospital. Azhar terpaksa ponteng sekolah lagi. 

Dirumah , pegawai TNB datang kerumah menghantar notis bil elektrik., Jika bil elektrik tiada di langsaikan, elektrik di rumah akan di potong. Wang simpanan Azhar hanya tinggal rm20. Mia mencadangkan agar meminta bantuan Mak minah. Azhar tak bersetuju. Lagipun Rumah mak minah tiada siapa-siapa. Mia mula mempersoalkan mengapa semua orang tinggalkan mereka termasuk mak minah.

Mia sangat risau . Azhar memujuk adik-adiknya.

  .

Amri selalu membantu Maya. Ros bertanya pada Maya jika Amri tahu yang Maya masih isteri orang. Maya terdiam .

Encik Mujit datang berjumpa Maya dan bertanya jika Maya mahu membuat kerja lebih masa. Maya setuju. Encik Mujid menghulurkan wang kepada maya dan mengatakan wang tersebut adalah advance untuk kerja lebih masa. Ros pelik kerana encik Mujid memberi wang kepada Maya. Dia tahu ada sesuatu yang tak kena.

Azhar mula mencari kerja di sekitar tempat tinggal mereka. Dia membawa Adam dan Yeye bersama. Dia terdesak untuk mendapatkan wang. Tapi susah nak melakukan apa-apa kerja jika membawa Yeye dan Adam bersama.
 
Mia melihat beras dalam simpanan juga sudah hampir habis. Telur yang ada cuma sebiji terjatuh ketika adi memegangnya. Mia terus mencedok semula telur yang pecah. disebabkan hanya itu sahaja telur yang ada dia terpaksa masak telur tersebut walaupun telur sudah pecah jatuh ke lantai.

Ketika sedang makan malam bersama , Azhar meminta Mia untuk tidak pergi kesekolah dan menjaga adik-adik dirumah kerana dia perlu bekerja. Mia tak setuju kerana dia mahu bersekolah, sertai tarian dan tak mahu menjaga adik-adik kerana susah nak menguruskan Adam yang masih kecil. Azhar merayu kena dia perlu mencari wang untuk belanja makan mereka adik beradik. 


Azhar meminta kerja di kedai makan. Tapi ditolak kerana Azhar masih dibawah umur. Azhar merayu dan menipu mengatakan dia terpaksa kerana ibunya sakit.

Disekolah cikgu-cikgu sudah bercakap tentang Mia dan Azhar yang kerap tak hadir ke sekolah. Cikgu risau kerana Azhar dan Mia pelajar yang pandai. Cikgu Daud perlu lakukan sesuatu untuk mengetahui masalah sebenar Azhar dan Mia.

Azhar sudah mula bekerja mencuci pinggan di restoran. Dia dibayar gaji dan diberikan makanan. Mia dirumah sangat tertekan dengan keadaan mereka. Dia mengadu yang lampin adik sudah habis dan adam asyik berak sejak tadi. Dia merungut dan menangis.

Keadaan rumah mula tidak terurus. Mia merungut dan membebal disebabkan dia perlu menjaga adam. Azhar melihat pinggan di sink tidak berbasuh. Azhar meninggikan suara pada Mia kerana merasa Mia tidak membantu menguruskan rumah. 

Ketika Azhar sedang menjemur pakaian, tiba-tiba seseorang memberi salam..

Bersambung...

 





Catat Ulasan

0 Ulasan