JAGA AKU SELAMANYA TV3 EPISOD 3

 JAGA AKU SELAMANYA TV3 EPISOD 3Drama terbaru di slot Lestari tv3 ini disiarkan pada 15 March 2023 memasuki episod ke 3. Drama ini mengangkat isu hak asasi kanak-kanak yang sering diabaikan seperti isu keselamatan, pendidikan dan kesihatan. 

JAGA AKU SELAMANYA

Tarikh Tayangan: Mac 2023

Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam

Rangkaian: Lestary TV3

Episod : 13

Idea Asal: Wan Hasliza Wan Zainuddin

Pengarah: Rashidi Ishak & Wan Alauddin Wan Zainuddin

Produksi: Kl Motion Picture

Pelakon: Nadiya Nisaa, Johan Asari, Baqir Jamalullail, Puteri Rafasya, Dzul Hadziq Zamri, Damia Qaissarah, Yusayri Akma

Jaga Aku Selamanya episod 3

Maya memberitahu anak-anaknya bahawa dia sudah mendapat pejkerjaan dan mereka akan berpindah ke Bandar Mega. Anak-anaknya sangat gembira. Tapi Mak Minah tak bersetuju dengan niat Maya. Dia risau tentang hal persekolahan anak-anak Maya. Maya mula tersedar tentang perkara tersebut. Dia bersetuju untuk meninggalkan anak-anaknya atas pengawasan Mak Minah dan Seri. Dia juga berjanji akan menghantar wang belanja untuk anak-anaknya.

Maya memberitahu Mia dan Azhar bahawa mereka perlu menguruskan diri sendiri kerana Maya terpaksa meninggalkan mereka. Maya meminta Azhar agar kuat demi keluarga mereka. Berbagai pesanan dan nasihat diberikan untuk Azhar.

Azhar yang hanya seorang kanak-kanak kini terpaksa menggalas tanggungjawab yang sangat besar.

Malam itu malam terakhir Maya menghabiskan masa bersama anak-anak nya. Sebelum anak-anaknya tidur dia melihat satu-satu wajah mereka. Dia berdoa memohon pada Allah agar bantu dan bimbing nya agar dapat menjaga anak-anaknya.

Malam itu juga selepas anak-anaknya tidur dia megemas pakaian. Dia sempat memeluk Azhar dan terus keluar meninggalkan 5 orang anak-anak nya yang masih kecil. 

Adik-adik Azhar bangun dan mencari Maya. Azhar tak tahu apa yang harus dikatakan bila adik-adiknya bertanya dimana ibu. Azhar memujuk adik-adiknya. Dia memeluk Adi dan Yiyi. Mia yang tidak berpuas hati dengan keputusan ibuya terus berlalu masuk ke bilik. 


Pagi itu Azhar dan Mia menguruskan adik-adiknya. Dia menyiapkan sarapan sambil mengarahkan adik-adiknya mandi. Segala tugas dilakukan Azhar dan Mia. Azhar menghulurkan wang RM1 kepada Mia dan Adi untuk belanja sekolah. Mia merungut kerana wang yang diberi tidak cukup. Azhar menasihatkan Mia agar mereka perlu berjimat. Sebelum kesekolah mereka menghantar Yiyi dan Adam ke rumah Mak Minah.

Di Bandar Mega Maya mencari tempat kerja seperti alamat yang di simpan. Dia akhirnya sampai ke tempat yang dituju. Dia dibawa ke tempat penginapan pekerja wanita. Maya diberikan sepasang pakaian dan diarahkan mula bekerja hari itu juga. 


Adam dan Yiyi tinggal bersama Mak minah. Walaupun seri bersetuju untuk menjaga anak-anak maya tapi dia tidak menyukai mereka. Sewaktu Adam menangis dia keluar dan memukul Yiyi kerana dia mengganggu dia tidur. Mujur Mak Minah keluar dan menegur sikap Seri.

Maya sudah memulakan tugas. Dia diajar cara membersihkan lantai dan sebagainya. Maya sempat mencuri masa menghubungi Seri untuk bertanya kabar tentang anak-anaknya. Tapi Seri tidak menjawab panggilan telefon Maya. 

Maya yang beberapa kali cuba menghubungi Seri tiba-tiba ditegur seorang lelaki. Dia memarahi Maya kerana menggunakan telefon sewaktu kerja. Maya meminta maaf dan meneruskan kerjanya.,

Pulang dari sekolah Azhar menyiapkan makanan tengahari dan menyuap nasi kepada Adi dan Yiyi. Mak Minah datang dan memberi makanan tengahari untuk Azhar dan adik-adiknya. Azhar bertanya sama ada ibunya ada menefon.Tapi Mak Minah mengatakan mungkin ibu mereka sibuk. 

Pulang dari kerja Maya tak putus asa cuba menelefon Seri. Tapi Seri langsung tak menjawab panggilan Maya. Anak-anak Maya datang kerumah berjumpa Seri. Mereka meminta Seri cuba menelefon ibu mereka tapi Seri pura-pura menghubungi Maya. Tapi panggilan tidak disambung. Seri juga menghalau anak-anak Maya supaya pulang.

7 hari kemudian..

Azhar meminta Mia membantunya membuat kerja rumah. Tapi Mia hanya sibuk berlatih tarian. Selepas dimarahi Azhar barulah Mia membantu. 

Azhar pergi kerumah Mak Minah. Dia bertaya sama ada ibunya ada menghubungi mereka. Tapi Seri memberitahu dia tak tahu tapi seri menunjuk kan satu pesanan ringkas kepada Azhar. Dalam pesanan tersebut Maya memberitahu yang dia tidak akan pulang hari ini. Azhar sangat sedih dan memeluk adik-adiknya

...bersambung..


Catat Ulasan

0 Ulasan