JAGA AKU SELAMANYA TV3 EPISOD 10

JAGA AKU SELAMANYA TV3 EPISOD 10 Drama terbaru di slot Lestari tv3 ini disiarkan pada 15 March 2023 memasuki episod ke 10. Drama ini mengangkat isu hak asasi kanak-kanak yang sering diabaikan seperti isu keselamatan, pendidikan dan kesihatan.


Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam

Rangkaian: Lestary TV3

Episod : 13

Idea Asal: Wan Hasliza Wan Zainuddin

Pengarah: Rashidi Ishak & Wan Alauddin Wan Zainuddin

Produksi: Kl Motion Picture

Pelakon: Nadiya Nisaa, Johan Asari, Baqir Jamalullail, Puteri Rafasya, Dzul Hadziq Zamri, Damia Qaissarah, Yusayri Akma

BACA: Jaga Aku selamanya Episod 9

Jaga Aku Selamanya Full Episod 10

Adi bertanya pada Azhar apa yang mereka akan makan hari ini. Tapi Azhar mendapati duit mereka tidak cukup. Azhar melihat bekas plastik yang dipijak Adi. Dia kemudian nya mengajak Adi mengikutinya . Yeye juga nak ikut Azhar tapi Azhar menghalang dan emminta Yeye menjaga 'rumah' baru mereka. 

Azhar dan Adi pergi ke kedai makan dan Azhar mengeluarkan bekas plastik dari poket seluarnya. Dia berjalan dari meja ke meja dan meminta wang sedekah dari orang ramai yang sedang makan disitu. Gelagat mereka diperhatikan pakcik guard yang kebetulan sedang makan disitu.

Yeye yang berada di tempat persembunyian berasa sangat bosan. Dia memutuskan untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan tersebut.

Azhar datang ke meja pakcik guard dan meminta wang.  Tapi pakcik guard meminta mereka duduk dan makan bersama nya. Awalnya Azhar tidak mahu selepas melihat Adi yang tak sabar untuk makan dia duduk bersama dan makan. Pakcik guard bertanya dimana rumah mereka dan Azhar menipu mengatakan rumah mereka di belakang kawasan tersebut. Pakcik guard meminta mereka datang ke kedai tersebut setiap pagi diwaktu yang sama dan makan disitu bersamanya. Dia juga tak mahu mereka meminta sedakah lagi.

Azhar dan Adi pulang ke tempat persembunyian mereka dan melihat Yeye tidak ada disitu. Mereka memanggil Yeye berulang kali tapi tidak menemui Yeye. Azhar sangat risaukan yeye. Dia perlu mencari Yeye dengan segera.


Sambil memeriksa kawasan tersebut mereka berulang kali memanggil Yeye. Tiba-tiba mereka ternampak Pakcik guard tersebut bersama Yeye. Azhar merayu pakcik guard meminta izin agar mereka dapat tinggal disitu untuk sementara. Pakcik guard atau dikenali sebagai Pak Ehsan memberi syarat jika mahu duduk disitu mereka tak boleh meminta sedekah dan jangan sampai tertangkap oleh bos pak Ehsan

Pak Ehsan mengatakan mereka sepatutnya bersekolah. Azhar berjanji tidak akan meminta sedekah tapi dia akan mengutip barang terbuang untuk mendapatkan wang.

Pagi itu mereka pergi berjumpa Pak Ehsan. Mereka meminta izin untuk keluar mengutip barang terbuang. Pak Ehsan sempat menghulurkan wang untuk mereka makan. Pak Ehsan berulang kali mengingatkan mereka agar jangan meminta sedekah. Pak Ehsan juga akan menjaga Yeye sementara Azhar dan Adi keluar mencari barang terbuang.

Yeye seronok melayan kelatah Pak Ehsan.

Azhar dan Adi mengutip barang terbuang di sekitar belakang kedai. Tiba-tiba 2 orang remaja mengikuti mereka berdua. Remaja tersebut mencuri dan melarikan barang-barang terbuang yang dikumpul Azhar dan Adi. Mereka tak sempat berbuat apa-apa. mereka meneruskan kerja-kerja mencari barang terbuang walaupun berasa kesal dan marah dengan 2 remaja terbabit.


Selepas penat mengutip barang terbuang Azhar dan Adi duduk di tepi jalan. Tiba-tiba mereka ternampak seorang wanita menolak troli yang kosong . Azhar tersenyum pada Adi. Mereka pun membawa troli tersebut untuk memudahkan mereka membawa barang-barang yang dikutip

Barang-barang yang dikutip kemudian nya dibawa untuk dijual. Hasil jualan mereka hari ini mereka mendapat rm5.

Azhar dan Adi pulang untuk menjemput Yeye yang berada bersama Pak Ehsan.Tiba-tiba bos pak Ehsan muncul dari belakang. Pak Ehsan menipu bos nya mengatakan budak-budak tersebut adalah anak saudaranya. Bos menasihatkan Pak Ehsan agar memastikan kanak-kanak itu selamat . Dia risau kerana tempat tersebut sangat bahaya untuk mereka. Pak Ehsan hanya mengangguk dan mengatakan yang ibu kanak-kanak itu akan datang mengambil mereka petang nanti.

Malam itu Pak Ehsan melihat Azhar duduk termenung. Pak Ehsan bertanya mengapa Azhar belum tidur. Azhar mengatakan yang dia sangat risaukan tentang ibu mereka. Azhar berasa sangat putus asa. Pak Ehsan meminta Azhar bersabar. Pak Ehsan meminta Azhar tidur kerana dia yakin ibu Azhar akan pulang nanti. Azhar sempat berterima kasih pada Pak Ehsan kerana sudi mengambil berat tentang dirinya dan adik-adik.

Malam itu Adi selsema teruk. Dia asyik bersin berkali-ali. Siangnya ketika mereka sedang mengutip barang terbuang Azhar meminta Adi duduk disatu tempat sementara dia mengambil makanan. Ketika Adi sedang menunggu Azhar tiba-tiba dia melihat seorang lelaki saling tak tumpah seperti ayahnya.

Lelaki yang memberikan makanan untuk gelandangan makan memanggil Azhar . Dia bertanya sama ada azhar adalah anak syukri. Azhar tidak mengaku. Tapi lelaki tersebut yakin azhar adalah anak syukri. Lelaki tersebut memberi tahu yang ayah azhar sudah meninggal. Polis menjumpai mayat syukri di belakang bangunan kedai. Azhar tak percaya dengan kata-kata lelaki tersebut. Dia terus pergi meninggalkan lelaki tersebut.

Ketika Azhar dan Adi makan, Adi memberitahu yang dia melihat ayahnya. Azhar tak percaya kata Adi dan meminta Adi segera makan kerana mereka perlu menyambung kerja mencari barang terbuang.


Azhar dan Adi berjalan dilorong belakang kedai sambil mengutip kotak. Adi yang sememang nya tidak sihat duduk bersandar di tepi bangunan. Dia mengadu dia sangat penat. Sa,bil menggendong Adi dibelakaang nya Azhar menolak troli yang berisi barangan terbuang.  Azhar meminta Adi tunggu di tepi sebuah kedai sambil dia membeli ubat. Adi bangun ketika Azhar datang semula untuk bmemberinya ubat. ketika Adi bangun Adi berulang kali memanggil bapak. Azhar memeriksa badan Adi dan melihat banyak bintik-bintik merah di badan Adi.

Malam itu Adi tidur sambil meracau-racau memanggil bapaknya. Azhar sentiasa menjaga adiknya. badan Adi makin panas. Adi memanggil bapak berulang kali. Azhar akhirnya memberitahu yang bapak mereka sudah mati. Adi menjerit kerana dia tidak percaya kata-kata Azhar. 

Azhar tidak dapat tidur malam itu. Dia teringatkan ibunya. Kata-kata ibu terngiang-ngiang di ingatan nya.  Dia sangat mengharapkan kepulangan ibunya. Azhar datang semula pada Adi. Dia meminta maaf kerana memarahi Adi tadi. Azhar memeriksa tempat tidur adi. Rupanya Adi sudah hilang.

Maya mendengar anak-anaknya memanggilnya berulang kali. Dia akhirnya terjaga dan membuka mata. Dia mendapati dirinya berada di hospital dengan tangan nya digari di palang katil. Dia berasa lemah dan ingin muntah.

Catat Ulasan

0 Ulasan