HARGA BUKU DAN YURAN SEKOLAH UNTUK 2 ORANG ANAK SEKOLAH DI PULAU PINANG

HARGA BUKU DAN YURAN SEKOLAH UNTUK 2 ORANG ANAK SEKOLAH DI PULAU PINANG | Hari ni selesai urusan buku sekolah si kakak. Minggu depan uruskan buku dan yuran sekolah adik pulak. Walaupun buku-buku kakak masih ada yang belum dapat sebab dia tak tahu lagi dapat kelas aliran mana. Tapi ikut anggaran dari cerita  kawan-kawan yang ada anak tingkatan 4 tahun lepas, tak mahal mana pun harga buku-buku rujukan dan kebanyakan nya cikgu bagi link untuk rujukan dan soalan-soalan. Itulah yang bagusnya sekolah Menengah anak aku ni. Faham je kesusahan mak ayah.

harga buku dan yuran 2023


Kalau ada tambahan pun mungkin dalam rm250, untuk yuran PIBG dan buku-buku.Itu pun tak masuk dengan baju sukan sebab baju sukan masih elok. Kalau nak beli lain pun mungkin bulan 10 nanti sebab selalunya time tu la semua dah tak muat.

 

So untuk kos buku tulis kakak  ialah Rm39.00 dan anggaran tambahan Rm250 termasuk Yuran PIBG.

Kemudian untuk buku si adik pun kami dah dapat senarai. Setiap tahun mahal sungguh harga buku budak sekolah rendah. Tak tahu la kenapa lebih mahal dari budak sekolah menengah. Adik punya harga buku Rm116 . Yuran PIBG rm40. Semuanya RM156.00. 

BACA: BERKHATAN GUNA TEKNIK LASER | BERAPA LAMA LUKA BERSUNAT SEMBUH

Ni termasuk la dengan harga buku latihan dan buku aktiviti. 

Untuk  Kafa harga buku dan yuran semuanya berjumlah Rm175. 

Jadi semua bayaran :

Harga Buku Sekolah Kebangsaan : Rm 116.00

Yuran PIBG                                    : RM  40.00

Yuran dan Buku KAFA                  : RM 175.00

Harga Buku Sekolah Menengah    : RM 39.00


Jumlah                                            : RM 370.00

   

Yuran dan buku sekolah 2023

Yuran dan buku sekolah 2023

Yuran dan buku sekolah 2023

Yuran dan buku sekolah 2023

 

Untuk kos kelengkapan sekolah anak-anak aku tak banyak benda pun nak beli. Terutama nya alat tulis. Semuanya masih ada sebab aku memang beli alat tulis banyak2. Jadi pen, pencil, pemadam , corection tape semuanya masih ada. Manila kad, kertas lukisan , water colour juga masih ada. 

Cuma yang perlu di beli ialah Kasut sekolah dan bag sekolah saja. Pakaian sekolah masing-masing masih elok sebab tahun lepas masa bulan 11 ada belikan pakaian sekolah  untuk dia orang dan masih elok.

Anggaran kasut sekolah dan bag sekolah untuk 2 orang tu pun tak mahal. Aku anggarkan dalam RM300. Anak-anak aku pulak bukan jenis pilih barang berjenama besar. Kasut palas pun dah cukup dah bagi diaorang.

So itu je lah kos persekolahan anak-anak aku untuk tahun ni. Anak pun dua saja.  jadi tak sampai la rm1000. Semoga artikel ni membantu korang untuk buat anggaran sekolah anak korang nanti. Alangkah bagusnya harga buku sekolah di semua sekolah menengah dan rendah ni diselaraskan dengan harga yang dah ditetapkan oleh kementerian pendidikan. Kalau semua sama senang la. Tak de la sekolah yang pilih buku-buku mahal sebagai buku tambahan anak-anak.


Catat Ulasan

0 Ulasan