ENJIT-ENJIT SEMUT CEREKA AHAD TV3

ENJIT-ENJIT SEMUT CEREKA AHAD TV3 | Slot cereka Ahad yang disiarkan setiap ahad jam 9 malam menampilkan drama Enjit-enjit Semut lakonan Nabil Aqil, Usop Wilcha, Yuna Rahim dan ramai lagi. Drama ingin mengetengahkan aktiviti kemasyarakatan antara golongan tua dan muda di sebuah masjid.

enjit enjit semut


Waktu Siaran: Ahad, 26 Mac 2023, 9:00 malam
Rangkaian: TV3 slot Cereka Ahad
Idea Asal: Zabidi Mohamed
Pengarah: Heykal Hanifah
Produksi: Luqsar Kreatif Sdn Bhd
Pelakon: Nabil Aqil, Yuna Rahim, Danish Hazriq, Jay Nazif, Syed Ali Murtadha, Usop Wilcha, Fathil Dani, Rashid Jaafar, Kamarool Haji Yusof, Dewa Sapri, Kamal Ibrahim, Nani Nassir, Shyrim, Intan

Enjit-Enjit Semut Tv3 full

Mesyuarat komuniti penduduk kampung Sungai Kantan menjadi tegang. Berbagai isu bercampur di bincangkan. Walaupun perkara sudah dipersetujui tetap menjadi perbincangan yang hangat

Adik merajuk dan sangat marah kerana berasa sakit dicubit semasa bermain enjit enjit semut dengan 2 kawan nya. Syaza datang menghampiri dan bertanya mengapa tangan adiknya merah.Syaza menjeling ke arah 2 orang kawan adik yang sedang bersembunyi ketakutan. 

Mesyuarat masih belum mendapat penyelesaian. Masih membincangkan hal yang sama. Hj Dorani mahu semua sepakat memilih syarikatnya untuk menyediakan perkhidmatan canopy manakala Dolah mahu menguruskan soal catering dari syarikatnya.

Syaza memberi nasihat pada mereka bertiga tentang cara sebenar bermain enjit-enjit semut. kerana bermain enjit-enjit semut . Cubit mestilah sama rata. Tak perlu cubit dengan kuat. Dia sempat memberi nasihat agar jangan sampai membuat orang lain sakit hati. Dia juga meminta mereka bertiga saling bermaafan.

Mesyuarat berakhir dengan cikgu yang sesak nafas melihat Hj Dorani dan Dolah bertengkar. Kemudian aktiviti berselfie antara ahli mesyuarat diteruskan.

Lelaki menghulurkan wang rm100 untuk membayar kopi yang diminum. Tam mengatakan dia tidak mempunyai wang kecil. Lelaki kemudian nya meminta wang tersebut digunakan untuk membayar makanan pelanggan lain yang datang nanti. Tam bersyukur kerana ada yang sudi bersedekah dan berdoa agar Allah memudahkan rezeki lelaki.  Lelaki kemudian nya meminta diir dan menaiki sebuah kereta besar. Tam berasa sangat kagum  melihat lelaki. Dia langsung tak mengenal lelaki tersebut Dia rasa mungkin lelaki itu seorang ahli politik.

Mesyuarat disambung semula.Cikgu mengatakan mesyuarat yang diadakan langsung tidak matang. Dolah dan Hj Dorani terasa dengan kata-kata cikgu. Suasana mula menjadi hampir tegang sebelum tok ketua masuk campur dan meminta mereka semua bertenang.


Muaz turun dari kereta sambil membawa sebuah luggage. Dia memberi salam pada Pak Tam. Pak Tam menjawab dan terkejut melihat Muaz. Dia bertanya bila Muaz balik?

Mesyuarat masih dalam keadaan tegang. Tok Imam menjerit sekuat hati agar dolah dan tok mudim berhenti berbalah. Tok Ketua terpaksa menghentikan mesyuarat sekali lagi.

Tok ketua hairan mengapa mesyuarat mereka tak pernahnya aman. Tok Imam pun pelik sedangkan mesyuarat kejiranan sahaja.Bukan nya sidang Parlimen. Tok Ketua tahu Dolah dan Hj Dorani masing-masing risau jika tender mereka bertukar tangan ke pihak lain walaupun selama ini kampung mereka tak pernah mengambil catering dan canopy dari syarikat lain. Tok ketua dapat merasakan mereka hanya mahu menjaga periuk nasi mereka sahaja . Sebab itu mereka sibuk mahukan jawatan dalam ajk kampung.

Ketika sedang berbual Tok Ketua tiba-tiba sakit dada. Tok Imam terus memanggil ahli mesyuarat yang lain.

Pak Tam membawa secawan teh tarik untuk Muaz. Dia mengatakan di Mesir tak ada teh tarik seperti teh tarinya. Muaz bertanya pada Pak Tam bagaimana keadaan Ajk di kampung tersebut. Pak Tam menjelaskan bahawa keadaan langsung tak berubah sejak Muaz ke Mesir  hingga lah Muaz pulang dari mesir. Langsung tak berubah. Asyik nak bergaduh. Dia sendiri tak tahu AJk mana satu yang akan mati dulu.

Muaz sangat terkejut kerana dia dapat merasakan keadaan yang lebih buruk sedang berlaku. 

1 dan Syaza berbual dengan tok ketua . Mereka risau dengan keadaan ayah mereka yang tiba-tiba sakit dada. 

Muaz berbual dengan Tok Imam. Dah lama dia tak berbual dengan ayahnya itu. Lagipun ayahnya aan menunaikan umrah tak lama lagi. Tok Imam meminta Muaz tolong menjaga surau semasa ketiadaan nya. Muaz tak faham dengan permintaan Tok Imam. Tok imam hanya mengatakan lakukan sesuatu untuk mengimarahkan surau dan menjadi imam jika perlu. Muaz risau kerana dia hanya belajar perubatan sahaja . Tok Imam tak peduli kerana pelajar perubatan juga boleh menjadi imam

Adik dan kawan-kawan nya ternampak Muaz sedang duduk di kedai makan. Mereka bergegas dan bersalam dengan Muaz. Adik bertanya jika Muaz ingin berjumpa dengan kakak nya. Adik meminta Muaz datang kerumah untuk memeriksa kesihatan ayahnya . Dan boleh berpeluang berjumpa dengan Syaza. Muaz hanya tersenyum gembira.

Adik pulang ke rumah dan memberitahu Syaza yang dia bertemu dengan Muaz. Dia juga menjemput Muaz datang kerumah. Syaza merasa gelabah kerana dia langsung tak bersiap lagi. Adik meminta supaya Syaza tak perlu risau kerana dia percaya Muaz tetap suka kan Syaza kerana kakanya sangat cantik. 

Muaz datang kerumah dan memeriksa kesihatan Tok Ketua. Muaz bertanya jika tok ketua mempunya masalah jantung. Tok Ketua mula membuka cerita tentang kesihatannya terjejas sejak syaza kecil lagi. Muaz meminta tok ketua agar banyak berehat dan jangan selalu stress. Syaza datang dengan membawa air minuman. 

Tok ketua meminta Muaz bertukar tempat duduk keran dia tak mahu Syaza dekat dengan Muaz. Muaz menyarankan tok ketua berehat saja di rumah. Tok Ketua mengatakan dia ingin berbakti kepada orang kampung diwaktu hujung-hujung usianya. Syaza kemudian nya mengatakan alangkah senang jika arwah ibunya masih ada. Wajah tok ketua bertukar hiba. Sambil menangis dia berjalan berlalu meninggalkan Muaz dan syaza.

   

Sejak bertemu Muaz Syaza asyik tersenyum sendiri. Tok Ketua menyedari tingkah laku anaknya. Syaza sempat memuji Muaz di hadapan ayahnya. 

Tok Imam menasihati Hj Dorani agar dapat mengawal percakapan ketika bermesyuarat. Hj Dorani mengatakan dia memang bercakap dengan nada sebegitu. Imam dan cikgu memuju isteri Hj Dorani kerana bertahan dengan perangai Hj Dorani yang bercakap dengan nada tinggi. Hj Dorani juga memberitahu yang isterinya mengalami masalah pendengaran sejak dahulu menyebabkan dia perlu bercakap dengan nada tinggi

Syaza dan Tok ketua datang bersarapan di kedai bersama. Tiba-tiba cikgu datang dan meminta Tok ketua datang bermesyuarat yang belum selesai. Syaza pelik kerana mesyuarat masih belum selesai. Syaza risau keadaan kecoh jika ayahnya pergi mesyuarat. Syaza ingin mengetahui siapakan pencetus masalah di mesyuarat tersebut. Baru saja cikgu hendak buka mulut Tok ketua sudah mencelah. Syaza meminta ayahnya tidak menghadiri mesyuarat dan mengutamakan kesihatan nya,

Hj Dorani menegur Muaz dan Syaza yang keluar dari kedai bersama . Syaza sempat bertanya sama ada di mesyuarat mereka siapa kah yang selalu membuat onar. Hj Dorani hairan dengan soalan syaza. Hj Dorani meminta Syaza melihat IG kak Kiah. Dalam Ig tersebut masing-masing tersenyum gembira membuktikan mesyuarat mereka langsung tidak mempunyai masalah. syaza tak percaya dengan kata-kata hj Dorani. Hj Dorani mengatakan  Ayah Syaza pernah mengalami masalah jantung. Kerana itu lah ayah syaza jatuh sakit tempoh hari.

Syaza sempat memberi amaran pada Hj Dorani jika sesuatu berlaku pada ayahnya, dia akan mencari Hj Dorani.

Tok Imam juga bertemu dengan Dolah agar jangan terlalu mendesak semasa mesyuarat nanti. Dia mahu Dollah lebih lembut dalam berkata-kata.  Tok Imam sempat mengajar Dollah cara-cara bercakap dengan lembut dan tertib disertakan dengan senyuman. 

Syaza datang bercakap dengan tok ketua. Dia berharap mesyuarat esok tidak membuatkan ayahnya tidak stress. Ayahnya juga mengharapkan yang sama. Tok ketua memberi tahu dia sudah meminta tok imam menasihatkan dollah dan Hj Dorani. 

Tok imam memberitahu Muaz yang dia ingin membawa Muaz bersama ke mesyuarat kejiranan. Tujuan nya untuk mengajar Muaz menjadi pemimpin yang berhemah dan bagus, Muaz terpaksa mengikut kata ayahnya walaupun dia tak tahu apa yang akan berlaku esok.

Semasa mensyuarat keadaan tetap sama seperti biasa. tegang dan panas . penuh dengan jerit pekik. Tiba-tiba tok ketua pengsan. Muaz yang berada disitu sangat terkejut . 


Syaza tak habis-habis membebal pada ayahnya kerana degil pergi ke mesyuarat. Syaza dan Muaz membawa Tok ketua pulang kerumah. Syaza sempat mencadangkan agar ayahnya mengikut tok imam ke Mekah dan berehat. Tapi tok ketua risau tentang mesyuarat. 

Tok ketua sempat memuji anaknya didepan Muaz dan mengatakan sesiapa yang mendapat anaknya sangat bertuah. Muaz semakin suka kan Syaza dan selalu teringatkan Syaza.

Tok ketua dan tok imam bertemu cikgu dan meminta cikgu menguruskan mesyuarat yang akan diadakan esok. Cikgu yakin dia dapat mengawal Hj Dorani dan Dolah yang kerap bergaduh semasa mesyuarat. Pak Tam yang hanya memerhati menyampuk mengatakan dia risau jika tok imam dibaling kerusi ketika mesyuarat kerana dolah dan Hj Dorani buka mudah untuk di kawal.

Isteri Hj Dorani bertanya jika Hj dDorai akan ke mesyuarat esok. Hj Dorani bercadang dia tak mahu ke mesuarayt kerana boasan ayik bermesyuarat tak habis-habis. Isteri nye pelik bagaimana dia nak memasak esok kerana hj Dorani tak mahu membeli kobis. Hj Dorani mengulang katanya dan mengatakan 'mesyuarat tak habis-habis". Hj Dorani memberitahu dia tak boleh kalah dengan si Dolah yang ada kepentingan peribadi. Tapi isteri haj Dorani terkejut kerana dia mendengar Hj Dorani kata Hj dolah kahwin lagi. HJ Dorani terpaksa mengulang katanya berkali-kali agar isterinya mendengar dengan jelas. Dia meminta isterinya masuk ke dalam kerana dia malas hendak bercakap dengan isterinya yang pekak.

Hj Dorani meminta AJK mesyuarat memboikot mesyuarat kerana dia rimas mesyuarat yang tak endapat kata putus. Hj Dorani asyik berkempen mengajak semua boikot dari menghadiri mesyuarat tersebut.Hj Dorani gembira kerana dia dapat merasakan rancangan nya berjalan dengan lancar. Dia juga mengajak Dolah agar tidak menghadiri mesyuarat yang akan diadakan nanti.

 

Cikgu menunggu semua AJK datang ke mesyuarat. Tapi semua tak nampak batang hidung. Cikgu datang ke rumah Hj Dorani dan bertanya mengapa dia tidak datang. Tapi Hj Dorani mengatakan dia tak datang kerana semua ahli tidak menyukainya. Cikgu pulang dengan kecewa. Nampaknya mesyuarat masih belum dapat kata putus dari AJK. 

Adik dankawan-kawan ya yang sedang bermain di dalam dewan komuniti ternampak sehelai kerta yang menunjuk kan minit mesyuarat. Dalam minit mesyuarat tersebut menunjuk kan perlawanan pingpong yang bakal diadakan dalam beberapa hari saja lagi. 

Mereka membawa minit mesyuarat tersebut kepada Muaz dan Syaza. Muaz dan Syaza merasakan aktiviti pertandingan Pingpong tersebut perlu diadakan walaupun kata akhir belum dicapai. Jika nak diharapkan AJK kampung mungkin kampung mereka tak akan mengadakan apa-apa program.

Muaz , syaza, adik dan 2 kawan nya berusaha mencari dana. Mereka meminta pertolongan Pak Tam. Pak Tam meminta bantuan ahli politik yang pernah datang minum di kedainya dahulu untuk menaja hadiah dan menjadikan pertandingan pinpong tersebut berjaya. Pak Tam juga meletak kan syarat agar catering untuk majlis tersebut perlu diberikan pada Pak tam. 

Pak Tam juga sudi menaja 10 buah smartphone untuk program solat subuh berjemaah di surau yang diuruskan oleh Muaz dan Syaza. Adik dan kawan-kawan nya membantu mereka dan bersungguh-sungguh agar program mereka berjaya.

Pak Tam bertanya pada penaja sebenar program yang bakal diadakan mengapa dia sanggup membantu budak-budak tersebut. Dato Razak tersebut memberitahu bahawa isterinya sangat suka melakukan kerja amal membuatkan dia juga tertarik dengan aktiviti amal. Dia juga meminta Pak Tam merahsiakan pada mereka bahawa dia yang menaja semua peruntukan untuk program tersebut. Dia hanya memerhatikan budak-budak tersebut dari jauh sahaja.


Pak Tam mengatakan dia mahu budak-budak tersebut membuat satu lagi program iaitu potong rambut percuma. Pak Tam mahu adik dan kawan-kawan nya membawa seberapa ramai kawan-kawan mereka dan memotong rambut secara percuma di sebuah kedai rambut . Dan dia akan membayar semua kos tersebut.Adi dan kawan-kawan sangat gembira mendengar kata-kata Pak Tam.

Hj Dorani duduk minum di kedai Pak Tam. Dia ternampak minit mesyuarat yang di tinggal kan 3 sekawan diatas meja. Dengan niat untuk merosak kan program tersebut dia mengubah minit mesyuarat.

Tidak disangka-sangka apa yang ditulis dalam minit mesyuarat dipersetujui dan surau tempat mereka mendapat van jenazah yang ditaja oleh Dato Razak. Dato Razak memuji geng Enjit-enjit semut kerana berjaya elaksanakn berbagai program tanpa pergaduhan dan sengketa.

tamat

Catat Ulasan

0 Ulasan