CARA SOLAT TERAWIH LENGKAP BESERTA BACAAN DAN MAKNA

CARA SOLAT TERAWIH LENGKAP BESERTA BACAAN DAN MAKNA  | Hukum solat sunat terawih adalah sunat Muakkad, iaitu yang sangat dituntut (dikerjakan) oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan. Solat sunat terawih boleh dikerjakan sama ada secara berseorangan mahupun berjemaah di masjid, surau, atau di rumah.

Masjid



Solat Terawih bermakna solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isyak. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Terawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ,20 ataupunlebih lagi.

Solat terawih dilakukan setiap 2 rakaat untuk 1 solat. 2 rakaat kemudian beri salam dan lakukan 2 rakaat lagi. Sama seperti melakukan solat sunat lain.

Ganjaran dan Kelebihan melakukan solat Terawih

Terdapat hadis palsu yang menyebarkan tentang kelebihan solat terawih dari malam pertama hingga malam terakhir. Jakim telah mengesahkan bahawa hadis tersebut adalah palsu.

Selain memperolehi ganjaran pahala yang berganda Sebenarnya Solat terawih mampu meningkatkan stamina, keyakinan diri serta memberikan ketenangan pada mental seseorang. 


Cara-cara Solat Terawih.

Solat terawih boleh dilakukan secara berjemaah ataupun solat sendirian di rumah. Nabi Muhammad s.a.w tidak menetapkan jumlah rakaat yang perlu dilakukan. kerana solat Terawih ini dilakukan mengikut kemampuan dan kerelaan. Ianya seperti solat sunat biasa yang dimulai dengan 2 rakaat beserta salam. Kemudian lakukan 2 rakaat lagi beserta salam hingga mencukupi jumlah rakaat yang hendak kita lakukan.  

Berikut adalah panduan mendirikan Solat Terawih:

Solat Terawih berjemaah di Masjid


1. sebelum menunaikan solat sunat tarawih seeloknya dilakukan terlebih dahulu solat sunat Ba'diyah Isyak. Setelah selesai barulah ditunaikan solat terawih. 

Niat solat sunat Ba'diyah 

niat solat
Usolli Sunnatal Isyak’i Rak’ataini Ba’diyyatan Lillahi Ta’ala

Makna: Sahaja aku solat sunat selepas Isyak dua rakaat kerana Allah Taala

Kemudian lakukan solat sunat 2 rakaat seperti biasa.


2. Selepas selesai solat sunat Ba'diyah barulah diteruskan dengan solat Terawih berjemaah.

Bilal akan mengambil alih untuk melafazkan kalimah 


Solat terawih di masjid




Subhanallah Walhamdulillah Wa Laa ilaaha illallaah Wallahu Akbar, Walaa Haula Walaa Quwwata illaa Billa Hil Aliyyil ‘Azim. Allahhumma solli a'laa saiyidinaa Muhammad

Makna: Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung
Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad


Kemudian Jemaah dan bilal akan melafazkan seperti di bawah: 

solat terawih di masjid

solat terawih di masjid




3. Lafaz Niat solat Terawih Berjemaah (makmum): 

solat terawih berjemaah



Usolli Sunnatat-Tarawih Rak’ataini Makmuman Lillahi Taala

Makna: Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.



4. Rakaat Pertama Wajib baca surah Al-Fatihah 

surah al-fatihah



Makna:  Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

 
Kemudian disusuli dengan mana-mana surah lazim pilihan imam. Contoh Surah : AL-Fil.

5. Bacaan Rukuk 3x

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ


Subhana rabbiyal azimi wa bihamdi

Maha Suci Rabbku yang maha Agung dan maha terpuji


6. Bangkit dari Rukuk

سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

Samia'llahhu liman hamidah

Sesungguhnya Allah Maha mendengar sesiapa yang memuji Nya


7. Bacaan Sujud 3x

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ



Subhaana robbiyal a’laa wa bihamdih

Maha Suci Rabbku yang Maha Tinggi dan segala pujian aku kepadaNya


8. Duduk diantara dua sujud



رَبِّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاجْبُرْنِي ، وَارْفَعْنِي ، وَارْزُقْنِي ، وَاهْدِنِي

Rabbighfirlii, Warhamnii, Wajburnii, Warfa’nii, Warzuqnii, Wahdinii ,Wa’aaifinii, Wa’fuanii

Ya Tuhanku ampunilah aku dan sayangi aku dan tutuplah aib-aibku dan angkatlah derajatku dan berilah aku rezeki dan berilah aku petunjuk dan sehatkanlah aku dan maafkanlah aku


9. Bacaan Sujud 3x

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ


Subhaana robbiyal a’laa wa bihamdih


Maha Suci Rabbku yang Maha Tinggi dan segala pujian aku kepadaNya


Kemudian bangun berdiri untuk rakaat Ke dua


10.  Rakaat kedua baca surah Al-Fatihah

al-fatihah

Makna:  Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

 
Kemudian disusuli dengan mana-mana surah lazim pilihan imam. Contoh surah : An Nas

11. 5. Bacaan Rukuk 3x

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ


Subhana rabbiyal azimi wa bihamdi

Maha Suci Rabbku yang maha Agung dan maha terpuji



12. Bangkit dari Rukuk

سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

Samia'llahhu liman hamidah

Sesungguhnya Allah Maha mendengar sesiapa yang memuji Nya


13. Bacaan Sujud 3x

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ


Subhaana robbiyal a’laa wa bihamdih

Maha Suci Rabbku yang Maha Tinggi dan segala pujian ku kepadaNya


14. Duduk antara dua sujud


رَبِّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاجْبُرْنِي ، وَارْفَعْنِي ، وَارْزُقْنِي ، وَاهْدِنِي

Rabbighfirlii, Warhamnii, Wajburnii, Warfa’nii, Warzuqnii, Wahdinii ,Wa’aaifinii, Wa’fuanii

Ya Tuhanku ampunilah aku dan sayangi aku dan tutuplah aib-aibku dan angkatlah derajatku dan berilah aku rezeki dan berilah aku petunjuk dan sehatkanlah aku dan maafkanlah aku


15. Bacaan Sujud 3x

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ


Subhaana robbiyal a’laa wa bihamdih


Maha Suci Rabbku yang Maha Tinggi dan segala pujian aku kepadaNya


16. Duduk Tahiyat Akhir

Tahiyat Akhir


17. Memberi salam kanan dan kiri.

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ

18. Zikir dan selawat selepas rakaat ke 2.

Solat terawih berjemaah



19. Solat terawih rakaat ke 3 dan ke 4 diteruskan.

Ulang membaca langkah ke 3 diatas hingga selesai memberi salam. Kemudian ulang langkah solat Terawih sehingga rakaat 5 dan 6. dan juga rakaat seterusnya.

Bacaan selawat dan bacaan tertentu ketika memulakan atau di antara solat terawih tidaklah dimestikan jika kita tidak menghafalnya. Namun, tidak salah juga jika kita ingin mengamalkannya kerana tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.


Solat Terawih sendirian di rumah.

1. Lakukan solat sunat Ba'diyah Isyaksebelum menunaikan solat terawih. 

Niat solat sunat Ba'diyah 

solat terawih dirumah
Usolli Sunnatal Isyak’i Rak’ataini Ba’diyyatan Lillahi Ta’ala

Makna: Sahaja aku solat sunat selepas Isyak dua rakaat kerana Allah Taala

Kemudian lakukan solat sunat 2 rakaat seperti biasa.


2. Selepas selesai solat sunat Ba'diyah barulah diteruskan dengan solat Terawih
 
Niat solat terawih : 

solat terawih dirumah


3. Wajib Baca surah alfatihah 

alfatihah


4. Baca surah lazim : Surah An Nas

surah an-nas

 

5. Bacaan Rukuk 3 x



سُبْحَانَ رَبِّىَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ


Subhana rabbiyal azimi wa bihamdi

Maha Suci Rabbku yang maha Agung dan maha terpuji


6. Bangkit dari Rukuk

سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

Samia'llahhu liman hamidah

Sesungguhnya Allah Maha mendengar sesiapa yang memuji Nya


7. Bacaan Sujud 3x

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ



Subhaana robbiyal a’laa wa bihamdih

Maha Suci Rabbku yang Maha Tinggi dan segala pujian aku kepadaNya


8. Duduk diantara dua sujud



رَبِّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاجْبُرْنِي ، وَارْفَعْنِي ، وَارْزُقْنِي ، وَاهْدِنِي

Rabbighfirlii, Warhamnii, Wajburnii, Warfa’nii, Warzuqnii, Wahdinii ,Wa’aaifinii, Wa’fuanii

Ya Tuhanku ampunilah aku dan sayangi aku dan tutuplah aib-aibku dan angkatlah derajatku dan berilah aku rezeki dan berilah aku petunjuk dan sehatkanlah aku dan maafkanlah aku


9. Bacaan Sujud 3x

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ


Subhaana robbiyal a’laa wa bihamdih


Maha Suci Rabbku yang Maha Tinggi dan segala pujian aku kepadaNya


Kemudian bangun berdiri untuk rakaat Ke dua

 10. Baca Surah Al-Fatihah

al-fatihah



11. Baca surah lazim: surah al-kautsar

al-kautsar


12. Bacaan Rukuk 3 x



سُبْحَانَ رَبِّىَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ


Subhana rabbiyal azimi wa bihamdi

Maha Suci Rabbku yang maha Agung dan maha terpuji


13. Bangkit dari Rukuk

سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

Samia'llahhu liman hamidah

Sesungguhnya Allah Maha mendengar sesiapa yang memuji Nya


14. Bacaan Sujud 3x

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ



Subhaana robbiyal a’laa wa bihamdih

Maha Suci Rabbku yang Maha Tinggi dan segala pujian aku kepadaNya


15. Duduk diantara dua sujud



رَبِّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاجْبُرْنِي ، وَارْفَعْنِي ، وَارْزُقْنِي ، وَاهْدِنِي

Rabbighfirlii, Warhamnii, Wajburnii, Warfa’nii, Warzuqnii, Wahdinii ,Wa’aaifinii, Wa’fuanii

Ya Tuhanku ampunilah aku dan sayangi aku dan tutuplah aib-aibku dan angkatlah derajatku dan berilah aku rezeki dan berilah aku petunjuk dan sehatkanlah aku dan maafkanlah aku


16. Bacaan Sujud 3x

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ


Subhaana robbiyal a’laa wa bihamdih


Maha Suci Rabbku yang Maha Tinggi dan segala pujian aku kepadaNya

17. Bacaan Tahiyat Akhir

tahiyat akhir

18. Memberi salam Kanan dan kiri.

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ
 

Kemudian boleh teruskan solat seperti mula , untuk rakaat ke 3 dan ke 4 dan seterusnya. Lakukan setiap solat sebanyak 2 rakaat. 

Catat Ulasan

0 Ulasan