CARA PALING SENANG MASAK NASI TOMATO GUNA PERENCAH IMAN | Dah lama rasa nak masak nasi tomato untuk anak-anak sebab dia orang ni memang suka ayam masak merah. Nasi tomato sangat sesuai dimakan dengan ayam masak merah selain dari gulai daging dan daging masak hitam.
Hari kedua Ramadan pergi pasaraya dekat dengan rumah ni nak cari bahan-bahan untuk masak nasi tomato. Lalu je kat bahagian rempah-ratus tu nampak la satu paket perencah nasi tomato. Bila saya baca je dia punya step masakan kat belakang paket tu rasa macam semudah ABC je.
Bila sampai je di rumah terus suruh anak tolong basuhkan beras. Kemudian suruh dia ikut cara-cara kat belakang paket tu. Memang mudah sampai anak lelaki yang tak pernah memasak pun boleh masak nasi tomato. Sedap pulak tu. Sebiji sama mcam orang jual kat kedai.
Harga 1 paket perencah nasi tomato ni dalam Rm3 je kalau tak salah saya. Bahagian dalam nya ada di dua perencah. 1 pes dan 1 lagi serbuk perasa. 1 paket ni boleh masak 3-4 cawan beras. Resepi nasi tomato sukatan cawan.
Dah siap masak baru teringat nak snap gambar paket perencah nasi tomato ni. Walaupun 1 paket ni boleh masak 3-4 cawan beras tapi saya guna separuh saja sebab kami cuma 4 beranak je. Tak makan nasi banyak. Saya guna separuh untuk 2 cawan beras saja. Tak pandai nak agak lagi.
Sebab tu kaler nasi ni macam pucat saja sebab tak letak perencah nya banyak. Lain kali boleh letak banyak lagi supaya kaler lebih cantik. Sambil anak siapkan nasi tomato, saya buat ayam masak merah dan acar nenas dan timun.
Lengkap la nasi tomato saya ni.tempoh masa untuk siapkan nasi tomato cukup singkat dan cepat. Jom saya kongsikan cara lengkap memasak nasi tomato yang sedap.
Bahan-bahan buat nasi tomato simple
3 cawan beras - basuh dan toskan air nya.
1 paket perencah nasi tomato iman
600 ml air biasa
Cara Masak Nasi Tomato.
Untuk masak nasi tomato guna perencah ni kita tak payah tumis atau sediakan apa-apa bahan rempah sebab 100% kita gunakan perencah Nasi tomato. Dalam perencah ni dah siap semua rempah ratus.
1. Basuh beras hingga bersih.
2. Masuk kan 600ml air biasa
3. Masuk kan 2 sudu besar minyak masak atau boleh guna butter atau majerin
4. Masuk kan perencah dan pes iman.
5. Kacau sebati
6. Tekan periuk nasi. Tunggu sampai masak. Boleh la dihidangkan Nasi Tomato dengan ayam masak merah. Baca di sini untuk resepi ayam masak merah ..
7. Biasanya Nasi tomato utara dihidangkan bersama acar timun dan nenas. Cara saya buat acar timun dan nenas sangat simple dan cepat.
Resepi Acar Nenas dan Timun yang simple dan sedap
Bahan untuk 5 orang makan
1 batang timun saiz kecil
1 biji nenas saiz kecil
1 biji bawang besar
3 tangkai cili api. Kalau tak nak pedas guna cili merah besar
sedikit gram dan sedikit gula.
1 sudu besar perahan limau nipis atau cuka
Cara penyediaan:
Potong nenas dan timun. bersihkan dan hiris .
Hiris bawang besar dn cili.
Campur semua dalam 1 bekas dan masuk kan garam dan gula.
Letak cuka kalau mahu sedikit masam.
Dah siap. Selamat mencuba resepi nasi tomato simple dan sedap.
0 Ulasan