CARA MENYELESAIKAN MASALAH PERBALAHAN YANG BERPANJANGAN DALAM PERKAHWINAN | Dalam rumahtangga pasti akan ada waktu-waktunya kita menghadapi krisis sama ada kecil atau besar. Besar atau kecil masalah yang dihadapi pasangan berumah tangga tidak boleh memandang ringan kerana setiap yang bersar bermula dengan perkara yang kecil. Begitu juga dengan krisis rumahtangga. Masalah yang dianggap kecil itu jika berulang kali berlaku pasti semakin lama menyabbakan ianya menjadi nanah dalam rumahtagga. Pergaduhan dan perbalahan yang panjang dalam rumahtangga disebut sebagai Shiqaq.
Rumahtangga menjadi seperti medan peperangan. Komunikasi setiap hari hanya mencetuskan perang mulut dan emosi juga semakin terjejas. Anda seperti hilang arah dan tidak tahu lagi bagaimana cara terbaik untuk berkomunikasi dengan pasangan.
Terdapat 5 punca utama yang kerap menjadi perbalahan yang berpanjagan dalam rumahtangga iaitu, Tabiat buruk, kewangan, cemburu,masalah seksual dan tiada masa bersama.
Namun bagaimanakah cara terbaik untuk pasangan suami isteri mengatasi masalah perbalahan yang panjang dan berulang ni?
BACA: CUACA PANAS : TIPS MUDAH MEMILIH RUMAH SEJUK DAN NYAMAN
Hakam Sebagai Orang Tengah
Dalam islam, orang tengah yang disebut sebagai hakam akan berperanan dan berfungsi untuk mencari jalan perdamaian antara pasangan ini. Peranan dan fungsi Hakam sangatlah besar, bahkan mulia di sisi syariat.
Hakam boleh diberi kuasa oleh Mahkamah untuk menamatkan konflik dengan jalan Talaq atau Khul iaitu cara perdamaian atau perpisahan.
0 Ulasan