CARA MENGENALI KASUT KULIT DARI KULIT BABI

CARA MENGENALI KASUT KULIT DARI KULIT BABI |  Dengan kemudahan zaman kini ramai yang suka membeli kasut dan barangan kulit melalui website. Mudah dan cepat. Tapi hati-hati kerana sebelum kita membeli barangan kulit seperti kasut dan beg dari mana-mana website penting untuk kita tahu bahawa produk tersebut tidak menggunakan kulit babi dalam pembuatan produk mereka.

kasut dari kulit babi

Biasanya kulit babi digunakan banyak untuk produk seperti kasut terutamanya di bahagian dalam kasut. Untuk bahagian atas dan luar kasut biasanya mereka menggunakan kulit yang ketebalan nya 2 - 2.5 mm. Tapi kulit babi agak nipis jadi kulit babi tak digunakan dibahagian atas kasut lelaki. Dia akan digunakan dibahagian lapik dan bahagian dalam kasut. Penting untuk memeriksa bahagian dalam kasut jika anda ingin membeli kasut.

Untuk bahagian lain , kulit haiwan yang biasa digunakan ialah kulit kerbau yang lebih tebal dan tahan lasak. Ianya bahagian lapisan kulit haiwan yang tebal. Ianya disebut sebagai suede. Suede mungkin dari kulit kambing, lembu, kerbau atau boleh jadi juga ianya dari kulit babi. Jika peniaga menjelaskan kulit tersebut adalah suede, minta info lebih lengkap untuk memastikan jenis kulit suede yang digunakan.

kasut dari kulit babi


kebanyakan kulit babi akan digunakan sebagai pelapik kasut lelaki yang mudah dikenal pasti, manakala dalam bilangan yang sangat kecil ia digunakan dalam bahagian atas kasut wanita dalam versi suede yang sukar kenal pasti.

Kebanyakan kasut yang dibuat di China menggunakan kulit babi. Mungkin ini satu cara untuk kita sebagai orang islam mengelak dari terbeli kasut yang dibuat dari kulit babi.


Ciri-ciri kasut dibuat dari kulit babi.

Untuk mengenali kasut yang diperbuat dari kulit babi, penting untuk mengetahui ciri-ciri kasut yang dibuat dari kulit babi. 

Kasut dari kulit babi mempunyai liang yang lebih besar dan jelas di lihat. Permukaan nya licin apabila di sentuh.Kulit babi terkenal dengan corak 3 titik yang bertaburan secara rawak, senget dan lutsinar .

Titik-titiknya juga kelihatan berketul-ketul dan berbutir pada permukaan kulit. Suede kulit babi juga lebih lembut, apabila disentuh berbanding suede lembu.

kasut kulit babi



Kulit babi pada kasut biasanya terdapat pada bahagian pelapik kaki dan bahagian dalam kasut. 

Struktur gentian kulit babi lebih longgar, menganjal dan tak memerap peluh, menjadikannya lapisan dalam yang ideal untuk kasut. Namun, di sebalik kebaikannya, kulit babi lebih mudah koyak berbanding kulit lembu atau kambing.

Harganya juga lebih murah dan sangat mudah didapati terutamanya di negara seperti China.

Catat Ulasan

0 Ulasan