CARA BUAT JAMU KUNYIT ASAM UNTUK LANCARKAN HAID DAN HALUSKAN KULIT | Kunyit mempunyai banyak khasiat dari segi kesihatan. Malah dalam seharian juga kunyit dijadikan bahan untuk melengkapkan masakan. Kunyit juga dijadikan pewarna makanan. Dalam kehidupan seharian tak lepas dengan penggunaan kunyit terutamanya bagi masyarakat Melayu di Malaysia
Begitulah kepelbagaian fungsi kunyit dalam seharian. Ada antara wanita yang menjadikan jamu kunyit sebagai amalan kesihatan seharian. Namun amalan mengambil kunyit secara berlebihan boleh mengundang keburukan
Amalan minum air jamu kunyit asam sudah sebati dalam masyarakat kita. Kebaikan nya untuk melancarkan haid dan haluskan kulit membuatkan jamu ini mudah didapati dan ramai yang menjualnya. Jamu kunyit asam atau lebih dikenali sebagai kunir asam asalnya dibawa dari pendatang dari Indonesia. Rasanya yang lebih sedap berbanding jamu lain yang pahit membuatkan jamu kunyit asam ini mudah diterima masyarakat kita.
Jamu kunyit ini juga kini terdapat dalam pek sedia bancuh yang memerlukan kita mencampurkan air sahaja dan sedia untuk diminum. Namun ada antaranya yang mengandungi gula yang tinggi. Adalah lebih baik jika jamu kunyit ini dibuat sendiri agar kita dapat memastikan bahan yang digunakan baik untuk tubuh badan kita.
Jamu kunyit tidak boleh diamalkan setiap hari terutamanya bagi mereka yang tidak pernah minum jamu. Pengambilan 1 cawan setiap 2 -3 kali seminggu selepas makan sudah cukup untuk tubuh badan. Selain itu mereka yang minum jamu perlu minum air putih dengan cukup. ( Berat badan Bahagi dengan 25 = Jumlah air patut minum)
Untuk menghasilkan jamu asam yang bagus berikut adalah bahan dan cara lengkap membuat jamu kunyit asam yang baik untuk kesihatan.
Resepi Jamu kunyit dan Bahan-bahan
50 gram gula kabung
20 g asam jawa
300g kunyit hidup
Selain bahan-bahan diatas anda juga boleh mencampurkan perahan limau nipis, serai dan juga daun pudina untuk menyedapkan lagi jamu kunyit anda
Cara Membuat Jamu Kunyit Asam:
Cara Membuat Jamu Kunyit Asam:
1. Cuci kunyit hidup sehingga bersih dan buang kulitnya.
2. Parut atau kisar kunyit dengan 200ml air kemudian perah airnya dan buang hampas kunyit tersebut.
3. Dengan api perlahan didihkan 250ml air dan masuk kan air perahan kunyit tadi bersama dengan gula kabung dan asam jawa. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih
4. Setelah mendidih sejuk kan jamu dan tapis sebelum dimasuk kan ke dalam botol atau bekas yang bersih. Begitulah resepi jamu kunyit asam yang sangat mudah
Jamu kunyit asam boleh diminum ketika panas atau pun sejuk. Pengambilan jamu kunyit ini perlu mendapatkan nasihat doktor tambahan lagi jika anda mempunyai masalah kesihatan seperti darah rendah atau pun diabetis.
Pengambilan yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan. Jamu kunyit sesuai untuk lelaki dan wanita.
Manfaat minum jamu kunyit asam
Walaupun ramai yang mengamalkan pengambilan jamu kunyit namun dari kajian saintifik belum dapat mengesahkan keberkesanan jamu kunyit untuk merawat dan menyembuhkan apa-apa penyakit. Malah penggunaan nya yang berlebihan akan menyebabkan masalah kesihatan.
Bagi mereka yang ingin mengamalkan jamu kunyit adalah lebih baik mendapatkan nasihat dokor dan berpada-pada dalam pengambilan sebarang jamu yang tiada pengesahan dari pakar perubatan berdaftar.
0 Ulasan