BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN TV3 EPISOD 2

 BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN TV3 EPISOD 1 | Drama adaptasi novel karya Liana Afiera Malik menemui penonton slot Samarinda di TV3 bermula 21 March 2023. Drama dengan 40 Episod ini menampilkan ramai pelakon popular seperti Janna Nick, Hisyam Hamid dan Amar Bahrin. Mengisahkan tentang kehidupan Larasati Aisya yang penuh onak dan duri dalam menghadapi konflik dalam perniagaan dan keluarga.

bukan puteri lindungan bulan


Episod: 40
Tarikh Tayangan: 21 Mac 2023
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Eenaz Mokhtar
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Pelakon: Hisyam Hamid, Janna Nick, Amar Baharin, Niena Baharun, Afifah Nasir, Shah Iskandar, Zarina Zainuddin, Azhar Amir, Nasz Sally, Annie Mosha, Nizam Kama, Danish Iskandar

Pelakon Bukan Puteri Lindungan Bulan

Janna Nick sebagai Larasati Aisya
Hisyam Hamid sebagai Zafir
Amar Baharin sebagai Zakuan
Niena Baharun sebagai Farah
Afifah Nasir sebagai Sabrina
Shah Iskandar sebagai Lukman
Zarina Zainuddin sebagai Datin Fariza 

Bukan Puteri Lindungan Bulan Full episod 2


Kedatangan Sabrina ke dalam rumah tersebut membuatkan Lara tak senang duduk. Namun dia terpaksa mendiamkan diri demi abangnya Lukman. Hubungan Sabrina dan Lara memang tidak baik sejak mereka kecil lagi. 

Lara tak tahu apa yang membuatkan Lukman terpikat dengan Sabrina hingga sanggup berkahwin dengan wanita tersebut. Lara tak boleh menerima Sabrina kerana ibu dan ayah Sabrina pernah menipu wang keluarganya satu masa dulu. Lara tak mudah melupakan semuanya.

Lukman mengatakan dia memilih Sabrina kerana cinta. Apa yang keluarga Sabrina lakukan dulu adalah antara ayah sabrina dan arwah ayahnya. Dia tidak boleh menjadikan itu sebagai penghalang cintanya dengan Sabrina.


Lara tak tahu apa lagi yang harus dikatakan selepas Lukman berkeras untuk tetap bersama Sabrina. Lebih-lebih lagi tinggal bersama Sabrina di dalam rumah tersebut. Bukan lah sesuatu yang mudah bagi Lara


Sabrina kecewa apabila mengetahui rumah besar tersebut bukan milik Lukman tapi milik Lara. Dia terus mengadu pada ibu dan ayahnya tentang kejadian bersama Lara. Ayah Sabrina terus memarahi Lukman kerana membiarkan Sabrina sedih.

Lukman mudah termakan dengan pujukan Sabrina walaupun keluarga Sabrina melayan Lukman dengan teruk.

Lara menghubunga Zafir dan Zafir tahu Lara berada dalam mood yang tidak baik. Zafir risau dan terus keluar bertemu Lara. Zafir terkejut apabila mengetahui Lukman sudah berkahwin dengan Sabrina.

Zafir meminta Lara memberi sedikit masa untuk Sabrina. Mana tahu jika Sabrina sudah berubah. Lara brasa sedikit lega selepas meluahkan perasaan sedihnya pada Zafir.

Pagi itu Lara bangun dari tidur dan terbau masakan yang sangat sedap. Disangka kan Mak Piah di dapur rupanya Sabrina. Lara tak suka melihat Sabrina di dapur. Tambahan pula Sabrina suka bercakap perkara yang menyakitkan hatinya.


Lara duduk di meja makan bersama Lukman dan Sabrina untuk bersarapan. Tapi dia lansung tidak menyentuh masakan yang dimasak Sabrina. Ketika sedang makan Lukman asyik memuji masakan Lara dan Mak piah. Lara juga meminta Mak Piah mengajar Sabrani memasak. Sabrina sangat marah dan terus beredar dengan marah dari situ.

Lukman mengekori Sabrina., Sabrina meluahkan rasa sakit hati keranaLukman asyik memuji Lara dan Mak piah sedangkan dia yang bertungkus lumus memasak. Ketika dia sedang bertengkar dengan Lukman, tiba-tiba pintu rumah di buka. Muncul Datin Fariza. Sabrina tergamam.

Datin Fariza bertanyakan khabar ibu dan ayah Sabrina. Datin juga bertanyakan Lukman adakah hanya dirinya yang tidak tahu bahawa Lukman sudah berkahwin dengan Sabrina. Lukman serba salah untuk menjawab pertanyaan ibunya. Dia sedar tindakan nya salah tapi cintanya pada Sabrina tak boleh di halang.

Zakuan datang ke rumah Lara. Dia bertanya Lara jika dia boleh berjumpa Lukman. Lara tidak membenarkan Zakuan berjumpa dengan Lukman. Tapi Lukman tiba-tiba muncul dan menyapa Zakuan. 

Datin Fariza tidak dapat menahan rasa kecewanya dengan tindakan Lukman berkahwin dengan Sabrina. Dia tidak boleh melupakan apa yang dilakukan oleh keluarga Sabrina. Suami nya mencadangkan agar dia menjemput anak-anak dan menantunya datang makan bersama di rumah. Dia mahu Fariza dapat berbaik-baik dengan Lukman, Lara dan Sabrina. Jika Fariza terus memarahi mereka mungkin sampai bila-bila Fariza tidak akan dapat bersama anak-anaknya. 


Lara berdiri di tepi Tasik. Dia menjerit sepuas hati melepaskan perasaan marahnya terhadap , ibunya, Lukman dan Sabrina. Lara masih tak boleh menerima tindakan Lukman. Zafir mengatakan yang dia boleh membuat Lara gembira. Lantas dia mengeluarkan sebuah hadiah untuk Lara. Lara berasa serba salah. 

Ini bukan lah kali pertama. Dia sedar sudah banyak kali Zafir meluahkan perasaan padanya tapi hatinya belum bersedia untuk itu. Lara menghulurkan tangan nya dan Zafir menyarungkan seutas rantai tangan buat Lara. Lara menerimanya bukan kerana dia menerima cinta Zafir tetapi kerana Zafir mengatakan hadah tersebut hanya untuk gembirakan  Lara. Tidak bertujuan apa-apa. 

Sabrina melihat Zakuan keluar selepas berbual dengan Lukman. Dia bertanya pada Lukman tentang Zakuan. Sabrina nampak seperti tertarik dengan lelaki tersebut.

Datin Fariza menjemput Lara , Lukman, sabrina dan Zafir datang makan bersama di rumah. Lara memberitahu Zafir dia tidak mahu pergi. Tapi Zafir memujuk. Akhirnya Lara mengalah. Lara sebenarnya tidak mahu melihat suami baru ibunya.

Malam itu mereka semua berkumpul di rumah Datin Fariza. Mereka makan bersama . Datin Fariza menyarankan mereka agar membuat majlis perkahwinan. Sabrina menolak dan mengatakan yang dia sedang mengandung . Semua tergamam mendengar kata-kata Sabrina termasuk Lukman.

bersambung...




Catat Ulasan

0 Ulasan