BOLEHKAH GUNA DEODORANT PADA RAMBUT

BOLEHKAH GUNA DEODORANT PADA RAMBUT | Saya pun baru tahu sebenarnya ramai wanita yang bertudung suka menggunakan deodorant dekat rambut dan bahagian kepala. Deodorant akan disapu dibahagian kulit kepala dibawah rambut dengan tujuan untuk mengelak kan peluh berlebihan yang menyebabkan bau. Cara ini dikatakan digunakan oleh kebanyakan pelajar-pelajar yang terpaksa berpanas dan seharian di di kelas.

guna deodorant dekat rambut


Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna tiktok yang menunjuk kan cara bagaimana dia menggunakan deodorant dibahagian kepala untuk mengelak kan kulit kepala berminyak . Video tersebut mengundang banyak pendapat dan ramai yang tidak bersetuju dengan cara tersebut. 

Boleh kah deodorant digunakan dibahagian kepala dan rambut?

Deodoran bukan antipeluh dan ianya tidak menghalang peluh. Fungsi deodorant adalah untuk menutup bau busuk yang dihasilkan oleh bakteria metabolisme peluh . 

Untuk peluh yang berlebihan antiperspirant digunakan  sebagai rawatan dan boleh digunakan hampir di mana-mana bahagian badan yang berpeluh seperti tangan, kaki, muka, belakang, dada, dan juga pangkal paha.

guna deodorant dekat rambut


Ini bermakna deodorant tak sesuai untuk digunakan dibahagian kepala apalagi untuk tempoh masa yang lama. Jika untuk merawat peluh anda boleh gunakan Antiperspirant.

Baca:TIPS SUPAYA PERFUME TAHAN LAMA DAN TIDAK BAU BERCAMPUR PELUH KETIKA CUACA PANAS

Namun sekarang deodorant sudah dinaik taraf dengan menggabungkan antiperspirant bersama dengan deodorant. Banyak jenama yang sudah menghasilkan deodorat yang digabungkan dengan antiperspirant. Namun ianya masih tidak menjadikan ianya boleh dipakai diatas kulit kepala

Untuk Deodorat  ianya juga tidak sesuai untuk di gunakan dibahagian-bahagian yang berbulu lebat seperti rambut atau kulit kepala kerana deodorant mengandungi alkohol.

Penggunaan yang kerap dan  terlalu lama boleh merosakkan rambut anda. Semburan deodoran dan cologne mengandungi kuantiti alkohol yang tinggi  dan  menggalakkan rambut jadi kering yang juga menyebabkan rambut mudah patah. Hanya basuh rambut anda dengan syampu jika ia berbau busuk.


Apa Perlu Buat Jika Kulit Kepala berpeluh Dan rambut Berbau

Cuaca yang panas di negara kita membuatkan kita tidak boleh mengelak dari masalah kulit kepala berpeluh dan ada masanya ia akan berbau  jika jarang mencuci rambut. Bagi mengatasi masalah kulit kepala berpeluh hingga membuatkan rambut berbau anda boleh mencuci rambut dengan lebih kerap menggunakan shampoo.

guna deodorant dekat rambut



Pastikan anda mencuci rambut setiap kali mandi dan pastikan rambut anda cukup kering sebelum memakai hijab.

Penggunaan semburan rambut yang mengandungi antiperspirant juga digalak kan. Ianya lebih mudah didapati dan sangat senang digunakan malah selamat dan berkesan berbanding anda menggunakan deodorat yang sepatutnya digunakan untuk bahagian tubuh yang lain.

Catat Ulasan

0 Ulasan