BERKHATAN GUNA TEKNIK LASER | BERAPA LAMA LUKA BERSUNAT SEMBUH | Pada 19.2.2023 Mikhail dah selamat berkhatan selepas 2 tahun tertangguh. Mula-mula tangguh sebab PKP lepas tu tangguh sebab badan dia ada alahan .Gatal-gatal 1 badan sampai ke anu. Doktor suruh tunggu sembuh baru boleh khatan. Lepas dah sihat, tangguh lagi sebab sekolah dan ada Liga Akademi Bolasepak Pulau Pinang, dan akhirnya dapat jugak la dia berkhatan. Sebelum ni dia kata malu nak masuk campur kalau kawan-kawan berbual tentang berkhatan sebab dia tak khatan lagi.
Disebab kan dia malu berkhatan lewat jadi memang tak de la gambar sepanjang berkhatan tu. Yang ada cuma gambar aku kena tunggu depan klinik je. Tunggu kat luar pulak tu sebab kat dalam dah ramai budak-budak tunggu giliran. Cuma Mikhail dan ayahnya saja yang tunggu di dalam. Sebaiknya biarlah ayahnya yang iring anak kedalam waktu berkhatan tu.
Bukan apa, bila dengan ibu ni nanti keluar la manjanya.Lagi pulak bila tengok muka ibu yang risau semacam. Maklum la ibu tak pernah ada pengalaman anak atau adik lelaki berkhatan.
Lagipun biasanya doktor yang khatan kan anak kita tu lelaki. Leceh pulak nak bersoal jawab tentang punai dengan doktor lelaki.
BACA: Yang Aku Takuti
Bius Khatan tahan berapa lama
Sebelum Berkhatan doktor akan bius dulu. Tempoh berapa lama bius tu bertahan bergantung pada saiz la. Kalau budak kecil bius boleh tahan 2-4 jam. Tapi Mikhail ni, lepas 1 jam bius dah hilang. Mujur ada ubat tahan sakit. Selepas 4 jam rasa sakit dah berkurangan dan akan sedikit membengkak. Tapi bengkak tu akan hilang keesokan nya.
Selepas 4 jam bius pun dah hilang boleh buka balutan khatan. Yang ni aku suruh ayah dia la yang buat. Ayah dia titik-titik kan air supaya balutan tu mudah dibuka. Kiranya semua la ayahnya yang uruskan . Aku cuma bagi semangat dengan memberikan janji-janji palsu.
Proses berkhatan tu tak sampai 15 minit. Ianya bukan lah menggunakan laser seperti yang kita bayangkan. Peralatan yang digunakan untuk berkhatan ialah satu alat yang dipanggil sebagai cautery, di mana cautery ini akan menghasilkan haba pada hujung alat yang digunakan untuk memotong lebihan kulit dan sekaligus menghentikan darah sewaktu proses pemotongan. Kalau korang nak gambaran jelas tentang berkhatan guna laser boleh tonton video di Cara Bersunat guna laser
Berapa Lama Luka Khatan sembuh
Kalau ada yang cerita luka khatan sembuh dalam masa 4-5 hari korang jangan la yakin sangat yang luka khatan anak korang pun akan sembuh dalam tempoh tu. Berapa lama luka bersunat sembuh semuanya bergantung pada saiz. Kalau saiz kecil (umur 5-6 tahun ) mungkin luka bersunat akan cepat sembuh tak sampai 10 hari.
Macam Mikhail, umur 11 tahun, dah 18 hari benang masih belum jatuh semuanya tapi luka dah tak de. keruping hilang tepat 2 minggu. Dalam tempoh 10 hari pun masih belum berani nak pakai seluar. rasa ngilu tu yang dia tak tahan. Tapi dia dah boleh kena air waktu tu. Kalau sebelum ni lepas kencing kena hati-hati masa nak basuh takut terkena luka. Tapi lepas 7 hari dah boleh kena air. Untuk umur 11 tahun macam Mikhail luka berkhatan akan sembuh dalam 2 minggu.
Untuk 4-5 hari selepas khatan tak perlu letak apa-apa ubat. Mikhail ni pun selepas seminggu, luka pun dah kering, baru ayah dia titikkan minyak gamat sebab nak bagi keruping luka yang kering tu jatuh. Tapi kalau anak korang berani buang luka kering tu sendiri,tak payah la letak apa-apa minyak. Takut ada infeksi pulak.
Untuk bayaran berkhatan: RM 180.
Daftar dulu kat klinik yang korang pilih dan nanti doktor akan bagi tarikh. Sebaiknya daftar 2 minggu awal. Tapi kalau ada slot kosong doktor akan bagi tarikh awal je.
Ok.. Tu je la cerita pasal proses berkhatan Mikhail dan berapa lama luka bersunat sembuh. Lepas 16 hari Mikhail pun dah kembali ke latihan bola kat sekolah dan akademi.
0 Ulasan