YEE SANG HALAL KE? CARA BUAT YEE SANG | Selalu sangat jumpa pertanyaan, "yee sang ni halal ke?" Sebenarnya Yee Sang dibuat tanpa menggunakan sebarang daging. Ianya dibuat daripada buah-buahan, sayur-sayuran yang berwarna-warni serta keropok. Ada juga diletak kan ikan mentah, biasanya ikan salmon digunakan untuk membuat Yee Sang. Yee Sang adalah hidangan wajib yang dimakan bersama keluarga ketika menyambut Tahun Baru Cina.
Tentang soalan sama ada Yee Sang halal atau tidak, ianya bergantung kepada bahan yang digunakan, dan dimana anda mendapatkan Yee Sang tersebut. Sebagai contoh, anda membeli Yee Sang yang disediakan di restoran tidak halal. Jadi makanan tersebut akan menimbulkan keraguan tentang status halal. Jadi lebih baik dielak kan kerasa risau dengan penggunaan alatan sewaktu penyediaan hidangan tersebut.
Begitu juga dengan bahan-bahan untuk membuat Yee Sang. Sayuran dan buah-buahan memang halal. Tapi mungkin terdapat campuran bahan lain yang tidak mendapat sijil halal seperti sos Hoisin atau produk sos plum.
Jadi halal atau tak halal bergantung pada pengesahan sijil halal syarikat pengeluaran produk-produk tersebut tersebut.
BACA:RESEPI AYAM MASAK MERAH SIMPLE TAPI SEDAPResipi Yee Sang Homemade - Halal dan Sedap
Bahan-bahan biasa:
Capsicum
jeruk halia
kubis merah
ketumbar
Bawang besar
timun
Salmon (segar atau salai)
Limau Bali
mangga
Buah mandarin
dumpling skin/wonton
Bahan-bahan untuk dressing:
2 sudu besar air
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos hoisin jenama LIFE
1/2 sudu kecil lada putih
1/2 sudu kecil Chinese 5 Spice Jenama McCormick
Topping tambahan (untuk semasa menghidang):
bijan
Kacang tanah panggang/tumbuk
Jus Limau nipis atau lemon
Arahan :
Goreng dalam minyak yang banyak hingga perang keemasan (anggaran 30 saat - 1 min).
Toskan dan simpan dalam bekas kedap udara.
2. Potong sayur-sayuran menjadi jalur panjang yang halus dan potong buah-buahan menjadi potongan yang lebih kecil - pastikan anda meletakkan semua bahan secara berasingan dan jangan mencampurkannya. ketepikan.
3. Satukan semua bahan- untuk dressing dalam kuali kecil di atas api sederhana, kacau sentiasa untuk memastikan bahan sebati.
Bahan-bahan untuk topping juga di letak an dalam mangkuk kecil disisi pinggan Yee Sang.
Sebaik sahaja semua orang berkumpul di sekeliling meja dan bersedia untuk lou , renjis-renjiskan dressing atas sayur-sayuran, taburkan bijan dan kacang tanah hancur di atas juga.
Bila tiba masanya , mula mngangkat salad menggunakan penyepit dan nikmati lah ia.
0 Ulasan