VIDEO TIKTOK McCORMICK ADA PORK - PEMILIK VIDEO DIMINTA LEBIH TELITI

VIDEO TIKTOK McCORMICK ADA PORK - PEMILIK VIDEO DIMINTA LEBIH TELITI | Sudah menjadi kebiasaan bagi kita untuk melihat label kandungan bahan makanan yang terdapat disetiap produk makanan. Ini penting agar kita mengetahui bahan kandungan sebelum kita membeli agar tidak berlaku kesilapan terutamanya jika kita mempunyai alahan. Selain itu sebagai muslim bahan yang diharamkan juga perlu diambil kira.

McCormick


Namun pengguna seharusnya membaca label pada produk makanan dengan teliti dan tidak melulu membuat tuduhan dan sangkaan. Jika tidak memahami apa yang tertera pada label , dapatkan pengesahan pada pembantu kedai atau pasaraya tempat kita membeli barangan tersebut.

Seorang pengguna TIKTOK  dikecam hebat apabila beliau memuat naik sebuah video yang memaparkan satu jenama produk yang dikatakan mengandungi babi.

 

Dalam video tersebut dia meminta pengguna agar berhati-hati membeli perasa makanan berjenama McCORMICK kerana tertera perkataan 'Pork " pada label produk berkenaaan. Dia juga Mengatakan produk tersebut turut dibeli pengguna muslim dilaman Shopee.

Salah faham tersebut mengundang kritikan netizen yang mendakwa wanita yang dikenali sebagai Shaheera itu tidak memahami apa yang tertera pada label produk. 

McCormick

BACAGAMBAR RITUAL MENEBUS DOSA DI FILIPINA

Pada label dibahagian belakang tersebut sebenarnya tertulis  - USE ON: BEEF, CHICKEN, LAMB, PORK, FISH, SEAFOOD, POTATOES. Yang bermaksud , produk tersebut boleh digunakan untuk bahan-bahan seperti tertera. Namun disebabkan wanita tersebut tidak membaca label dengan teliti, dia menyangka kan prduk tersebut mempunyai "pork".

"Masalahnya dia faham tak terms "Use on" tu.. Knp bila nmpk tulisan PORK je semua nak claim ada benda tu dlm dia ehh? Aduhaiii... Tolonglah sesiapa pegi pesan kat org mcm ni sila baca betul2 sebelum nak tetiba kelam kabut tak tentu pasal mcm ni "

"Mesti time dia tengah rekod tu dia bangga giler sebab jadi orang pertama yang discovered that thing & fikir mesti ramai yang akan puji dia sebab peka & prihatin ada pork dalam spices tuh. Too bad lah acik. Orang lain semua tahu, acik jer tidak"

Google translate kn ada ambil gambar keluar ler terjemahan nya. Aku buta bahasa Inggeris juga tapi tak de bodoh sangat. Ah letih mcm nie asal tulis pork je mengelupor nak jadi terpaling cerdik.

McCormick



Setelah mendapat kecaman dan menyedari kesilapan nya , pengguna tersebut telah memadam video tersebut dan akaun tiktok nya juga sudah diperibadikan.

Diharapkan orang ramai tidak mudah mempercayai video tersebut yang sudah tersebar disosial media dan lebih teliti dalam membaca label kandungan pada mana-mana produk dipasaran. 

Catat Ulasan

0 Ulasan