"SAYA LANGSUNG TAK TAHU MASALAH RUMAHTANGGA YANG DILALUI MEREKA " - JANNA NICK | Umum mengetahui kisah perang rumahtangga antara isteri-isteri seorang jurulatih bolasepak baru-baru ini. salah seorang isteri jurulatih tersebut adalah peserta sebuah rancangan realiti nyanyian yang sedang bersiaran di TV3, Fyna Jebat.
Rancangan tersebut yang dikendalikan oleh pengacara Janna Nick bersama Sean Lee, mendapat kritikan sejak minggu pertama lagi membabitkan pengacara Janna Nick. Namun kritikan pada Janna Nick muncul kembali di minggu ke 6.
Minggu lepas selepas pasangan Fyna jebat dan Aida Jebat membuat persembahan, Janna Nick memberikan soalan yang dikatakan agak sensitif untuk Fyna hingga membuatkan pelakon Azhar Sulaiman dan Firz Fairuz menegur produksi rancangan berkenaan.
BACA: KISAH 2 ARTIS KOREA YANG BERKAHWIN DENGAN AHLI KELUARGA 'SAMSUNG' DENGAN 2 NASIB BERBEZA
Janna yang tidak berpuas hati dengan teguran tersebut memberi maklum balas apabila pengikut-pengikut Firz Fairus mula menyalahkan dirinya yang dikatakan sengaja memberi soalan panas untuk Fyna hingga mencetuskan rasa kurang senang pihak di sana.
Di laman instagram Janna kemudian nya menjelaskan situasi sebenar dan mendakwa dia tidak tahu menahu langsung tentang masalah rumah tangga penyanyi berkenaan.
" Saya ni jarang la nak defensive.
Kalau orang nak kata. Kata la.. saya ok.
Tambahan kalau yang mengata tu adalah netizen.
Tapi bila ada pelakon veteran dalam industri yang menuduh secara membabi buta & konon saya sengaja nak sakitkan hati first wife kepada si polan.
Saya jadi marah. Cuba untuk tidak endahkan tapi media media mula menjadikan saya sebagai “ TAJUK” utama perbalahan di antara isteri pertama & isteri kedua.
Walhal saya langsung tidak tahu akan kewujudan isteri pertama & masalah rumahtangga yang dilalui mereka.
This would be my last statement, saya harap para media hormati saya & Jangan libatkan saya dengan masalah rumahtangga orang lain.
Saya juga memohon maaf secara terbuka kepada isteri pertama tersebut sekiranya gurauan itu telah pun menyakitkan hati.
Di page sebelah, saya sertakan script yang telah di “bold” kan dengan Warna merah yang membawa maksud. “Wajib tanya”. I love my team & I love everyone dalam #familiduoTV3
Sebagai pengacara.. saya akui segala kekurangan adalah kelemahan saya sendiri & yang baik itu dari Allah SWT." - Janna Nick
Janna juga memuat naik sebuah keratan skrip yang patut diajukan kepada peserta mengikut apa yang sudah disediakan oleh produksi bagi membuktikan bahawa semua soalan yang diajukan pada peserta bukan lah dari Janna sendiri.
Janna menjelaskan dia tidak kisah jika dikritik netizen namun disebabkan ada teguran membabi buta dari artis veteran dia merasakan dia tidak boleh berdiam diri.
0 Ulasan