REVIEW DAN SINOPSIS : UNLOCK MY BOSS

REVIEW DAN SINOPSIS : UNLOCK MY BOSS | Drama lakonan Park Sung Woong ini siarkan di Prime Video sejak 7 Disember 2022. Drama dengan 12 episod ini diarahkan oleh Lee Chul Ha dan di tulis oleh Park Sung-Hyun (webcomic) dan  Kim Hyeong-Min. Menampilkan ramai pelakon-pelakon, drama dengan genre fantasi ini mempunyai pengikut tersendiri dan mendapat rating paling tinggi untuk episod akhir berbanding drama lain yang sedang ditayangkan.

unlock my boss review


Review Unlock My Boss.

Drama ni dah berakhir seminggu yang lepas sejak artikel ini ditulis. Saya memang follow drama ni memandangkan ini adalah genre yang saya suka. Cuma ada beberapa perkara yang saya nak ulas dan korang perlu tahu sebelum korang tonton drama ni.

Pada awal episod drama ni sangat menarik dan jalan ceritanya juga ada kekuatan untuk penonton terus menonton drama ni.Tapi bila masuk jalan cerita dimana Park In Sung menjadi CEO, saya macam rasa ada babak yang tak masuk akal dimana ada pekerja dan pegawai atasan tak mengenali CEO baru syarikat  tu.

Lebih aneh lagi bila dia bebas keluar masuk kedalam rumah bekas CEO tanpa dikenali orang gaji rumah tersebut. Mungkin ada yang saya terlepas pandang tapi ianya agak mustahil seorang CEO yang diketahui sekutu kepada CEO yang lama, masuk ke rumah dan menyamar sebagai orang yang tiada kaitan dengan syarikat.

unlock my boss Chae Jong Hyeop Seo Eun-Su and Park Sung Woong


Yang kedua adalah babak akhir yang agak tergantung. Mungkin penulis sudah merancang akan ada Unlock My Boss 2, itu saya tak pasti. Cuma saya harapkan untuk musim kedua perlu ada jalan cerita yang boleh diterima.

BACA:REVIEW DAN SINOPSIS : THE JINX'S LOVER

Bagi saya cerita ni menarik cuma perlu plot yang lebih kemas. Contohnya babak dimana Park In Sung berangan, ianya buat penonton keliru sama ada itu babak sebenar ataupun hanya angan-angan Park In Sung. Babak seperti itu tidak diterjemahkan dengan cukup baik.

Sinopsis Unlock My Boss

Kim Sun Joo seorang developer dan CEO sebuah syarikat IT. Satu hari ketika dia sedang memandu , dia dikejar seseorang dan menyebabkan dia di bunuh. Ketika dia merasakan yang dia hampir mati, rohnya tiba-tiba masuk ke dalam telefon pintar miliknya dan dia terperangkap di dalam telepon pintarnya.

unlock my boss Chae Jong Hyeop


Telefon nya kemudian ditemui oleh Park In Sung, seorang pemuda yang tidak mempunyai pekerjaan. Dia pernah menghadiri temuduga di syarikat milik Kim Sun Joo namun di tolak. Kehidupan nya yang miskin dan bergelut untuk mendapat pekerjaan membuatkan In Sung hanya mampu bergantung pada kedua ibu bapanya.

Selepas menemui telefon pintar milik Sun Joo, In Sung terkejut mendapati telefon pintar itu boleh berkomunikasi dengan nya. Atas arahan Sun Joo , In Sung menerima tawaran Sun Joo untuk menggantikan kan sebagai CEO syarikatnya memandangkan kematian Sun Joo masih belum diketahui sesiapa. 

Dengan bantuan In Sung, Sun Joo mahu menyiasat siapakah pelaku yang telah membunuhnya. 



Pelakon Unlock My Boss

Chae Jong-Hyeop

Seo Eun-Su

Park Sung-Woong

Lee Sang-Hee

Jeong Dong-Hwan

Kim Sung-Oh

Ahn Nae-Sang

Kim Young-Sun 

Catat Ulasan

0 Ulasan