REVIEW DAN SINOPSIS : THE INTEREST OF LOVE | Kdrama ini bersiaran sejak 21 Disember 2022. Dengan 16 episod dan disiarkan di Netflix setiap rabu dan Khamis. The Interest Of Love diarahkan oleh Jo Young Min iaitu pengarah yang sama untuk drama Do You Like Brahms?. Untuk drama 16 episod ini ianya diterajui oleh Yoo Yeon Seok dan Moon Ga Young.
Drama ini diadaptasi dari sebuah novel berjudul Sarangui Yihae" karya oleh Lee Hyeok-Jin yang diterbitkan pada tahun 2019.
Review Kdrama The Interest Of Love
Untuk episod awal drama ni agak perlahan dan agak lambat untuk kita masuk dalam penceritaan nya. Sememangnya drama ni setiap episod perlahan saja. Cuma bila dah masuk ke episod 3 , kita dah tahu jalan ceritanya barulah rasa menarik dan berminat untuk tonton episod yang lain.
BACA: REVIEW DAN SINOPSIS : MAY I HELP YOU
Jalan cerita drama ni susah nak jangka. Itulah sebab kenapa ramai yang suka kan drama ni. Masing-masing tertanya-tanya apakah kesudahan 2 pasangan kekasih ni. Watak yang dibawa juga mungkin sebenarnya tak sama macam yang kita tonton.
Contohnya watak Park Mi Gyeong yang dipegang oleh Keum Sae Rok, nampak macam kebaikan nya ada muslihat terhadap Ahn Su Yeong. Mungkin kah dia sudah tahu tentang hubungan Ha Su dan Su Yeong? Itulah yang membuatkan drama ni jadi tanda tanya.
Sehingga artikel ni ditulis , drama ni dah masuk episod 8. Sebenarnya ada banyak juga isu-isu dalam drama ni. Contohnya tentang kawan-kawan sekerja yang bermuka-muka, didepan baik tapi dibelakang selalu bersangka buruk.
Isu tentang majikan yang salah guna kuasa juga ditonjolkan dalam drama ni. Begitu juga dengan cinta 3 segi serta isu salah faham dalam keluarga.
Drama yang sarat dengan berbagai isu sebegini membuatkan ianya lebih dekat dengan penonton.
Saya sendiri pun tak tahu nak aak apa kesudahan drama ni. Semakin lama semakin menarik membuatkan kita tertanya-tanya apa akan berlaku pada mereka.
Sinopsis Kdrama The Interest Of Love
Ha Sang Su dan Anh Su Yeong bekerja di sebuah Bank. Su Yeong seorang yang cantik dan selalu mencapai target dalam pekerjaan nya membuatkan dia sering menjadi perhatian rakan sekerja serta ketuanya.
Namun dia tidak merasakan penghargaan yang diberikan oleh ketuanya sebagai ganjaran untuknya tapi lebih kepada mengambil kesempatan. Tambahan pula dia bukan berpelajaran tinggi seperti rakan sekerja yang lain.
Sang Su sudah lama meminati Su Yeong. Dia juga kerap mendengar rakan sekerja lain mengkritik Su Yeong. Ini membuatkan dia ragu-ragu untuk mendekati Su Yeong kerana risau jika rakan sekerja lain akan bergosip dibelakangnya.
Disaat dia dan Su Yeong semakin rapat, Su Yeong memutuskan untuk tidak menerima Sang Su kerana dia tahu tentang rasa ragu Sang Su pada nya.
Sang Su kemudiannya menerima cinta Park Mi Gyeong yang juga rakan sekerja mereka yang sangat baik dengan Anh Su Yeong. Begitu juga dengan Anh Su Yeong yang memutuskan untuk menjalinkan hubungan dengan pengawal keselamatan di bank tersebut.
Walaupun sudah mempunyai kehidupan cinta masing-masing namun jauh disudut hati mereka masih timbul rasa cemburu. Mereka masih mencuri pandang . Apakah mereka dapat menahan perasaan mereka?
Jangan lupa teruskan tonton dram menarik ini.
Pelakon The Interest Of Love
Yoo Yeon Seok
Moon Ga Young
Keum Sae Rok
Jung Ga Ram
0 Ulasan