"..HANYA OKU TAK BUANG LEPAS MAKAN" - STAF FAMILYMART DIDAKWA MENGHINA OKU | Sudah menjadi kebiasaan dan menjadi kebaikan jika saling ingat mengingati sesama manusia. Namun adakalanya peringatan yang diberikan terlalu kasar hingga membuatkan golongan tertentu rasa terhina.
Rangkaian francais kedai serbaneka, Familymart hari ini mendapat kritikan ramai apabila tersebar gambar peringatan untuk pelanggan mereka dengan menggunakan ayat ' TOLONG BUANG LEPAS MAKAN, HANYA OKU TAK BUANG LEPAS MAKAN'. Peringatan tersebut membuatkan ramai yang tidak selesa kerana ianya menghina golongan OKU.
Peringatan itu juga selah-olah menggambarkan bahawa golongan OKU berkelakuan buruk seperti membiarkan sisa makanan selepas makan.
BACA:TUKANG CUCI WANITA DI MASJID NEGARA FASIH BERBAHASA JEPUN TARIK PERHATIAN WARGANET
Menyamakan tindakan buruk dengan golongan OKU bukan lah perkara baru. Kerapkali kata-kata menyatakan sikap buruk, atau tidak baik dikaitkan dengan golongan OKU. Sedangkan masih ramai golongan OKU yang mampu berfikir dengan baik, bertindak dengan waras dan mempunyai sahsiah diri yang baik dan terpuji.
Malah orang yang normal sendiri masih ramai yang tidak berakhlak baik dan bertindak tanpa berfikir panjang.
Diharapkan pihak Familymart lebih berhati-hati dalam menyampaikan peringatan untuk pelanggan mereka agar tidak mengundang rasa penghinaan dan tidak senang sesetengah golongan.
Orang ramai juga perlu menghentikan kebiasaan menyamakan apa-apa tindakan buruk dengan golongan OKU.
Jika dia tulis 'hanya OKU tak "PERLU" buang lepas makan', logiklah macam tu.. Tapi dia tulis 'hanya OKU tak buang lepas makan' tu, lain maksudnya
0 Ulasan