DOA DAN TIPS SUPAYA ANAK RAJIN SOLAT

DOA DAN TIPS SUPAYA ANAK RAJIN SOLAT | Sebagai umat islam tentu kita semua sudah sedia maklum bahawa solat adalah tiang agama bagi seluruh umat islam. Disebabkan itu mengajar anak untuk belajar mendirikan solat sejak mereka kecil sangatlah penting. Tetapi dalam kita berusaha mengajar solat kepada anak-anak, sudah tentu perkara tersebut bukan lah mudah bagi kita sebagai ibu bapa. Namun kita harus mengetahui apakah punca utama anak kita malas solat.

ajar anak solat


Jadi bagaimanakah caranya agar  anak-anak mahu solat dengan kesedaran diri mereka sendiri tanpa perlu ibu bapa memaksa dan memarahi mereka?  Adakah perlu setiap kali hendak solat ,kita menakut-nakutkan mereka dengan kisah pedihnya api neraka?

Tips Supaya Anak Rajin Solat 


Firman Allah SWT di dalam al-Quran:

ÙˆَØ£ْÙ…ُرْ Ø£َÙ‡ْÙ„َÙƒَ بِالصَّÙ„َاةِ ÙˆَاصْØ·َبِرْ عَÙ„َÙŠْÙ‡َا

Maksudnya: Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.

Ayat ini diturunkan sebagai perintah kepada Nabi Muhammad SAW dan juga kepada kepada semua umatnya supaya sabar dalam mendirikan solat dan memerintahkan ahli keluarga untuk melaksanakannya. Apabila turunnya ayat ini, Rasulullah SAW akan pergi ke rumah Saidina Ali dan Saidatina Fatimah pada setiap waktu Subuh untuk mengejutkan mereka bagi mendirikan solat.

BACA: DOA-DOA YANG PALING BAIK UNTUK WANITA MENGANDUNG BACA SEBELUM BERSALIN

Begitulah cara nabi tanpa jemu mendidik anak-anak nya untuk solat. Baginda juga sentiasa menjelaskan kepentingan dan pelbagai keistimewaan apabila mendirikan solat.

Rasulullah SAW juga mengajarkan supaya disuruh anak untuk mendirikan solat pada umurnya mencapai usia tujuh tahun dan memukulnya dengan pukulan yang tidak mencederakan dengan niat untuk memberi pengajaran ketika anak tersebut berumur sepuluh tahun.

ajar anak solat


Ini bermakna jika anak sudah berusia 10 tahun, kita boleh menggunakan sedikit ketegasan untuk mendidik anak supaya mendirikan solat namun jangan sampai mencederakan anak.

Terdapat fatwa dari Sheikh Uthaimin berkaitan solat subah bagi anak-anak yang belum baligh. Menurutnya jika sekiranya pada hari yang sejuk bersangatan atau mempunyai kesukaran untuk bangun pada paginya itu, maka tidak mengapa untuk membiarkan anak yang belum baligh tersebut dengan tidak mengejutkannya. 

Namun, jika sekiranya dia bangun, hendaklah menyuruhnya untuk mendirikan solat. Begitu pula, pada hari yang suhunya biasa dan tiada kemudaratan untuk membangunkannya, maka hendaklah membangunkannya sehingga dia terbiasa dengan keadaan tersebut dan mendirikan solat secara berjemaah.

Tetapi amatlah digalak kan untuk ibu bapa mengingatkan anak untuk mengqadakan solat yang ditinggalkan agar anak lebih terbiasa dan menjadi disiplin untuk solat.


Begitulah cara dan tips yang bagus untuk ajar anak solat sejak kecil mengikut ajaran islam dan amalan nabi.

Selain itu ibu bapa boleh menggunakan tips dibawah agar urusan ajar anak solat menjadi lebih mudah dan berkesan.

1. Cuba berikan ganjaran berupa hadiah atau pujian untuk anak. Kanak-kanak diawal usia biasanya mereka sangat suka jika diberi hadiah apabila berjaya melakukan sesuatu.

cara ajar anak solar

 

2. Jangan hanya boleh menyuruh anak untuk solat, tetapi anda sebagai ibu bapa juga harus memberikan contoh solat tepat pada waktunya kerana anda adalah cerminan pada anak-anak.

3. Jika anak anda sudah dewasa dan sudah mempunyai smartphone sendiri ingatkan padanya untuk solat, melalui media sosial. Tidak perlu malu untuk melakukannya, kerana hal itu memang menjadi kewajipan anda.

4. Beri Pengajaran, bukan menyakiti. Ketika anak anda sudah tidak boleh dinasihati  dengan kata kata, maka anda boleh memukulnya ketika usianya sudah 10 tahun ke atas. Perlu diingatkan ini bukanlah pukulan yang menyakitkan, tapi pukulan kasih sayang dan amaran yang akan menyelamatkan anda dan juga anak anda kelak di akhirat nanti. 


Doa Agar Anak Rajin Solat

Selain tips-tips di atas anda juga boleh membacakan doa dibawah untuk ajar anak solat. Doa dibawah sebaiknya dibaca sejak awal perkahwinan lagi dan dijadikan amalan doa seharian.

Doa ini ada di dalam Al Quran iaitu dalam surah Ibrahim ayat 40. 

Doa anak rajin solat
“Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” 

Semoga artikel ini dapat membantu anda mendidik anak-anak dah keluarga untuk solat.

Catat Ulasan

0 Ulasan