DOA DAN AMALAN AGAR ISTERI CEPAT HAMIL| Tujuan perkahwinan, selain dari menghalalkan hubungan pasti ada impian untuk menimang cahaya mata. Namun apabila sudah bertahun-tahun berkahwin tapi isteri masih belum ada tanda-tanda untuk mengandung pasti timbul kerisauan dan resah di hati. Apalagi jika kerap diaju soalan mengenai anak.
Berdoa agar cepat hamil adalah salah satu usaha yang boleh dilakukan bagi pasangan suami isteri. namun sebaiknya doa agar cepat hamil elok dibaca diawal perkahwinan lagi.
Dalam artikel ini saya akan menerangkan tentang doa dan amalan agar cepat hamil menurut islam. Doa meminta keturunan
Doa Agar Isteri cepat hamil
1. Inilah Doa Agar Isteri Cepat mengandung Menurut Islam . doa agar cepat hamil anak pertama
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
(Rabbi Habli min ladunka dzurriyyatan thayyibatan innaka sami’ud du’a)
Ertinya: “Wahai Rabbku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa". - Ali Imran:38.
Amalan doa di atas disebutkan dalam Al Qur'an surah Ali Imran ayat 38, Nabi Zakaria Memohon dengan doa tersebut agar diberi keturunan yang baik.
BACA: DOA-DOA YANG PALING BAIK UNTUK WANITA MENGANDUNG BACA SEBELUM BERSALIN
2. Doa agar isteri cepat mengandung. Doa agar cepat hamil menurut islam
َرِّب َهْب ِلي ِمَن الَّصاِلِحيَن
(Robbi hab li minassolihin )
Ertinya: "Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang salih" - As-Shaffat : 100
Doa diatas merupakan doa dari Abul Anbiya' Nabi Ibrahim alaihissalaam. Isteri beliau, Sarah, adalah seorang yang mandul dan usianya sudah lanjut. Berkat doa di atas, Nabi Ibrahim dianugerahi Ismail (dari isterinya ,Hajar) dan Ishak (dari isterinya, Sarah)
3. Doa Supaya Cepat Hamil. Ikhtiar agar cepat hamil.
رَبِّ لَا تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَّاَنْتَ خَيْرُ الْوٰرِثِيْنَ
“Ya Tuhanku, Janganlah Engkau biarkan aku sendirian (tanpa keturunan), dan Engkaulah Pewaris terbaik. - Al- Anbiya: 89
4. Doa Mohon dikurniakan Zuriat . Doa mohon dikurniakan zuriat dalam rumi.
ُمَّتِقيَن ِإَماًما ْل َنا ِل ْل َأْعُيٍن َواْج َع َنا ِمْن َأْزَواِجَنا َو ُذِّرَّياِتَنا ُقَّر َة َرَّبَنا َهْب َل
( robbana hab lana min azwajina wa dzurriyatina qurrata a'yunin waj'alna lilmuttaqina imaama)
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati, dan jadikanlah kami sebagai pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.” - Al-Furqan : 74
Bacalah doa diatas selepas solat fardudan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Insyaallah dengan doa dan amalan agar isteri cepat mengandung ini, Allah akan memberikan hasil terbaik dari semua ikhtiar dan doa-doa kita.
Amalan agar doa cepat hamil di perkenankan Allah s.w.t
Sentiasa bersyukur
Sebagai umat islam memperbanyak kan rasa syukur akan apa sahaja yang dilalui dan dihadirkan dalam hidup, menandakan hidup yang bahagia kerana dia yakin setiap sesuatu itu ada hikmahnya
0 Ulasan