CUCI MICROWAVE GUNA MOP LANTAI - 7 ELEVEN MOHON MAAF

CUCI MICROWAVE GUNA MOP LANTAI - 7 ELEVEN MOHON MAAF | Mencuci peralatan memasak memerlukan ketelitian dan alatan yang sesuai apalagi jika menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan makanan. Kebersihan menjadi aspek utama dalam proses mencuci peralatan memasak. Begitu juga jika ingin mencuci microwave. Guna kain atau tisu yang bersih untuk mencuci bahagian dalam microwave agar bebas kuman dan bau minyak dan makanan hilang.

7 eleven mohon maaf

Seorang pekerja kedai serbaneka 7 Eleven baru-baru ini telah mengejutkan ramai rakyat Malaysia dengan caranya yang "cepat dan mudah" untuk membersihkan ketuhar gelombang mikro.


Gambar seorang pekerja kedai serbaneka sedang membersihkan ketuhar gelombang mikro menggunakan mop tular di media sosial sejak 22 Januari. Ini membuatkan ramai yang tidak berpuas hati dan marah dengan tindakan pekerja tersebut 
terutamanya bagi mereka yang kerap mengunjungi kedai serbaneka itu. Lokasi kedai itu bagaimanapun tidak didedahkan.

Permohonan Maaf 7 Eleven


Semalam (24 Januari), kedai serbaneka tersebut telah membuat permohonan  maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia berhubung perkara itu menerusi laman twitter.

permohonan maaf 7 eleven



“Ini adalah satu pelanggaran yang jelas dan tidak menggambarkan standard tinggi yang telah kami terapkan selama ini di semua kedai kami.”


Kedai serbaneka itu juga memberi jaminan bahawa sejarah tidak akan berulang berikutan tindakan yang telah diambil terhadap pekerja yang gagal mematuhi protokol sanitasi yang ketat.


Selain itu, kedai itu juga mengesahkan bahawa pekerja tersebut telah digantung tugas, dan microwave di kedai telah digantikan dengan yang baharu.

"Kedai sedang menjalani proses pembersihan dan sanitasi menyeluruh."




Sebagai maklum balas kepada komen yang mempersoalkan latihan untuk semua pekerja, 7 Eleven menjelaskan 
“Kami menawarkan program latihan untuk pekerja kami sebelum mula bertugas di kedai kami, termasuk SOP kebersihan ”

Semoga apa yang berlaku ini dapat menjadi peringatan kepada semua dimasa hadapan terutama bagi mereka yang bekerja di bahagian  F&B agar TIDAK mengambil mudah isu kebersihan. 

Catat Ulasan

0 Ulasan