BACKPACKER MINTA DERMA UNTUK TAMPUNG KEHIDUPAN SEPANJANG BERCUTI DIMALAYSIA. KERAJAAN PERLU LAKUKAN SESUATU | Semakin ramai pelancong asing yang datang ke Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai content untuk sosial media mereka. Sikap rakyat Malaysia yang ramah dan mesra membuatkan Malaysia menjadi tempat backpacker ini bukan sahaja mendapatkan pengaruh di sosial media, malah mereka juga semakin berani mengambil kesempatan.
Kita tidak menghalang kemasukan mereka ke sini namun sikap mengambil kesempatan mereka memang cukup meresahkan kerana mereka sudah berani meminta makanan percuma untuk menjimatkan wang dan ada yang meminta wang semata-mata untuk tambang pulang ke tanah air mereka.
Seperti gambar yang dikongsi diatas, mereka akan menggunakan bahasa Malaysia untuk membuatkan penduduk tempatan berasa kagum dan bangga apabila bangsa asing menggunakan bahasa malaysia.
Di Tiktok sendiri sudah banyak saya lihat beberapa backpacker berjaya mengumpulkan ramai pengikut hanya disebabkan dia mengucapkan beberapa patah perkataan dalam Bahasa Malaysia. Ada juga yang menjadikan makanan tempatan sebagai content untuk menarik lebih ramai pengikut.
BACA: CARA PALING CEPAT UNTUK BUAT TIDUR LENA DALAM MASA KURANG 3 MINIT
Hakikatnya mereka melakukan semua itu hanya untuk meraih perhatian rakyat Malaysia dan apabila semakin ramai pengikut mereka semakin berani bertindak seperti gambar diatas.
Mereka bebas melancong , makan angin kesana kemari tanpa bekerja. Bila tak ada sumber kewangan dan makanan mereka minta saja pada penduduk tempatan.
Tapi Masih ramai antara kita yang tidak menyedari taktik dan muslihat backpacker asing ini. Mudah tertipu dengan wajah mat saleh, dengan pelat melayu dan pura-pura mengemari semua makanan malaysia.
Ye..Memang makanan Malaysia sangat sedap, tapi kalau dah lapar memang semuanya sedap.
Cubalah anda pergi ke negara mereka. Lakukan seperti apa yang mereka lakukan disini. Lihat apa yang bakal terjadi kepada anda.
Sudah masanya kerajaan Malaysia membuat satu perubahan untuk mengawal kemasukan backpacker seperti ini. Mungkin ada baiknya jika pelancong yang memasuki Malaysia perlu menunjukkan bukti mereka mempunyai tiket pergi balik dan penginapan yang betul untuk memasuki negara ini.
Tak ada lagi pelancong yang berani bermalam seperti gelandangan atau menumpang rehat di rumah orang.
Malaysia tak perlu menunjuk kan sikap seperti orang terdesak untuk mendapatkan pelancong agar datang ke sini. Semoga pihak imigresen mempunyai penyelesaian yang lebih baik mengenai perkara ini.
Berbalik kepada gambar diatas, menurut ramai netizen mendakwa pasangan tersebut setiap hari akan mengemis wang disitu. Ramai yang akan menghulurkan wang pada mereka.. Jadi wang yang mereka dapat sebenarnya bukan lah untuk tambang pulang ke negara mereka tapi lebih kepada untuk menampung perbelanjaan mereka bercuti disini.
Apa perasaan anda jika ada orang yang tidak bekerja, banyak duit kemudian mereka bercuti dengan wang anda. Adakah anda senang dan menerimanya??
0 Ulasan